Taman tema MAPS tutup - Abang Wayne murung

Taman tema MAPS tutup tanpa notis awal


Sedih...Sedih...Tiba-tiba je Abang Wayne dapat berita sedih ni pagi tadi dekat Twitter - Taman tema MAPS tutup. Mujur lah tahun lepas sempat Abang Wayne datang MAPS ni. Kalau tak, tak dan nak datang sini lagi.

Taman tema MAPS tutup

Harga tiket mahal, kurang studio animasi


Dari sudut pemerhatian Abang Wayne, tak pasti lah apa sebab sebenar yang membuatkan MAPS ni di tutup. Tapi, tahun lepas Abang Wayne datang, ramai juga orang. Cuma Abang Wayne tak lah masuk semua studio. Masuk yang Boboiboy je lah. Salah satu sebabnnya, mama Harraz pregnant. Yang ada hantu-hantu tu Abang Wayne tak masuk.

Mungkin agaknya lah, MAPS ni kurang promosi. Atau juga taman temanya masih tak umpphhh...Animasinya kurang. Abang Wayne nampak Boboiboy je. Ada Smurf pun, yang naik train.

Agaknya kalau ada taman tema air, baru orang ramai kot.

Tak pun dia buat semua animasi yang ada dekat Malaysia. Yang dari Usop Sontorian ke Anak-anak Sidek ke sampailah ke Upin Ipin, Ejen Ali dan lain-lain lagi yang terbaru.

Nak lawan Legoland memang susah lah. Legoland nama besar. Promosi pun besar. Yang di belakangg tabir pun orang-orang besar.

Pendek kata.......


Dah gaduh politik pula.....


Dah dah tu.....Gaduh manjang. So apa recovery plan MAPS ni? Rakyat nak tau tu je. Asik salah sana salah sini.

Macam mana kitorang nak bawa anak-anak tempat yang ada kartun-kartun lagi lepas ni?

2 comments:

  1. Sangat lah sayang. Tempat dan tema tu macam ok dah. Cuma mungkin boleh buat penambahbaikan lagi. Tapi tu lah, sayangnya 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan? rasanya dah ok dah. cuma kena tambah penambahbaikkan

      Delete

Powered by Blogger.