Susu Pisang di kenakan tindakan KKM

Isu Tular Penjualan dan Pengiklanan “Susu Pisang” yang Membuat Akuan yang Dilarang


Susu Pisang. Bukan main viral lagi produk ni secara tiba-tiba. Abang Wayne pun nampaklah dekat timeline facebook tu. Sana sini susu pisang. "Abang tolong belikan susu pisang", "Sedapnya susu pisang". Nah, sekali Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun keluarkan amaran.

Susu Pisang di kenakan tindakan KKM


Amaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk "overclaimed"


Susu Pisang di kenakan tindakan KKM

Menurut siaran akhbar KKM yang boleh di baca DI SINI, produk susu pisang ni membuat akuan yang dilarang dan tular di media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain.

Penyataan seperti membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membantu membuang toksik dari badan, meningkatkan metabolisme, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen, mengurangkan obesiti dan sebagainya adalah dilarang pada label dan iklan produk makanan. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualti Makanan telah mengambil tindakan ke atas pihak yang mengedar atau menjual produk makanan tersebut yang tidak mematuhi mana-mana perundangan berkaitan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Selain itu, KKM sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pentadbir laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menyekat akses kepada laman web dan laman sosial mana-mana produk makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983. Sehingga kini, sebanyak 103 laman web dan laman sosial telah disekat.
Seksyen 17, Akta Makanan 1983 menetapkan larangan ke atas sesuatu iklan makanan termasuklah perkara-perkara yang dilarang pada label dan pernyataan-pernyataan yang boleh memperdayakan pengguna. Manakala di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit. Kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Akuan Iklan produk makanan yang DIBENARKAN tetapi BERSYARAT



Akuan Iklan produk makanan yang TIDAK DIBENARKAN




Nak jual boleh, tapi jangan overclaimed. Baik untuk itu ini. Clinical Test masih tak proven lagi. Dah cakap baik untuk itu ini. Cakap je lah susu ni sedap, fresh, terboekkkk....

4 comments:

  1. Sebagai pengguna juga mesti sentiasa berhati-hati dan sebelum membeli atau mencuba kalau boleh buat rujukan dahulu.

    ReplyDelete
  2. Produk makanan kalau overclaim memang salah. Memang patut pun KKM issue perkara ini.

    ReplyDelete
  3. Susah kalau berniaga yang menjanjikan produk bulan dan bintang tapi tak ada apa pun

    ReplyDelete
  4. nak untung punya pasal, sembang 1001 khasiat dalam produk tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.