Tukar motor radiator kereta

Kipas radiator kereta bunyi bising, tukar motor radiator kereta


Macam-macam hal bila kereta dah 9 tahun ni kan? Ada je yang minta duit. Huhuhhu... Weekend hari tu, tiba-tiba kipas radiator abang Wayne ada bunyi pelik. Bunyi pelik ni elok je sampai dekat rumah, lepas parking tiba-tiba bunyi kipas dia bising sangat.

Kipas radiator kereta bunyi bising, tukar motor radiator kereta
So, bila dah bunyi bising, abang Wayne pun tutup lah enjin dulu. Sebab bising sangat bunyi dia. Lepas tu, start enjin balik. Bila start enjin balik, tak de pula bunyi nya. Main-main betul la bunyi ni. Kejap ada, kejap takde.

Esok harinya, abang Wayne pun pergilah ke bengkel kereta terbaik Dengkil, Capture Garage.

Kipas radiator kereta bunyi bising, tukar motor radiator kereta

Sementara tengah tunggu pomen-pomen tu kemas bengkel, abang Wayne pun pusing-pusing area situ dan tunggu dekat kawasan parkir sambil-sambil tunggu bunyi kipas radiator tu berbunyi kembali. Sekali tunggu punya tunggu punya tunggu, tak muncul pula bunyi tu. Game Call of Duty Mobile kita dah main 3 game. Bunyi tak de juga. Hampagas betul. Di sebabkan kecewa bunyi tak muncul, abang Wayne pun terus pergi ke bengkel Capture Garage.

Bila bagitau pomen, dia kata mungkin motor radiator tu rosak sebab tengok radiator bergegar kuat. Tapi di sebabkan tak dengar bunyi yang betul, pomen kata cuba bawa balik dulu. Kalau ada bunyi tu datang balik.

Ok lah. Abang Wayne pun setuju. Kita balik sekejap. Tengok bunyi tu keluar ke tak. Haaa..dan dan sampai rumah, kemahen galak dia bunyi. Ni ada jembalang apa duduk dekat radiator ni? Asal sampai rumah je bunyi. Abang Wayne dengan reaksi penuh geram, lalu abang Wayne mencapai telefon bijaksana abang Wayne. Abang Wayne pun tekan punat record.


Nah, bila dah record, kita pun tunjuk lah sama owner Capture Garage. Walaupun tadi dah bagitau pomen dia. Owner Capture Garage yang macho lagi menawan dan tampan tu pula kata datang lah bengkel. Confirm motor tu rosak.
Kipas radiator kereta bunyi bising, tukar motor radiator kereta
Rupa motor kipas radiator

Bila siap pasang motor kipas radiator yang baru macam dalam gambar dekat atas, pergkhhh.....sedap sikit bunyi kipas tu. Aman je

Click to comment