Tuesday, 3 September 2019

Had umur persaraan 65 tahun

Naik had umur persaraan kepada 65 tahun


Waduh waduh. Apa lagi yang kerajaan nak buat ni? Naik had umur persaraan kepada 65 tahun? Dah gila ke apa? Dah menggigil lutut nak buat kerja woi. Cucu dah berderet minta kena jaga. Siapa punya idea lah ni?

Had umur persaraan 65 tahun

Peluang kerja golongan muda ke sektor awam tersekat


Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, dalam masa sama, turut diperhalusi ialah cadangan supaya kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan sebanyak RM500.

"Perbincangan mengenainya masih di peringkat awal dan kerajaan akan memperhalusinya sebelum membuat keputusan.
"Sekarang had umur persaraan 60 tahun dan di Singapura sudah dinaikkan kepada 65 tahun. Cadangan ini boleh diperhalusi dan kerajaan akan membuat keputusan yang baik pada masa akan datang," katanya.

Akibat dari idea ini, ia akan menutup peluang golongan muda untuk kerja di sektor awam. Bayangkan dari umur 55 tahun, di naikkan ke 60 tahun dan di naikkan lagi ke 65 tahun. Walaupun untuk sambung kerja ini di buat secara opsyen kepada penjawat awam, tapi umur 55 tahun pun dah ramai yang nak pencen dah. Tak larat nak kerja. Unless penjawat awam tu memang sanggup untuk sambung kerja secara kontrak. Tapi rasannya eloklah sampai umur 55 tahun tu. Bagi lah can kat orang muda ni.

Apalah nak ikut Singapura sangat. Negara dia kecik. Mungkin pelapis kurang. Tu yang umur persaraan di naikkan. Tapi dekat Malaysia ni, ramai yang nak masuk kerja di sektor awam. Tapi buka 1 kekosongan, yang apply nya berpuluh ribu. Lagi mau naikkan umur persaraan ke?

1 comments:

  1. nasib baik tak jadi, kalau tidak lagi tipis la peluang untuk bekerja dalam kerajaan ni.

    ReplyDelete