carian di sini




Post Page Advertisement [Top]

Gurauan Hari Raya Korban mengenai Poligami


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Insya allah pada hari ahad ini kita akan meraikan hari raya korban dan di ikuti cuti peristiwa pada hari isninnya. Best kan sambung cuti. Abang Wayne sambung pula lagi hari selasa tu. Yezzz....Balik kampung....suasananya...ya allah....seronok. Dengan angin yang bertiup mendayu-dayu. Subhanallah. Berjumpa pula saudara mara. Masya allah....... Dengan menghampiri hari raya korban ni, Abang Wayne dapatlah satu (1) mesej Gurauan Hari Raya Korban mengenai Poligami.

Gurauan Hari Raya Korban mengenai Poligami

Bergurau berpada


Bergurau itu memang menyeronokkan. Tapi dalam bergurau, kena ada batasan. Lagi-lagi bab yang sensitif ni. Bukanlah Abang Wayne nak tunjuk pandai atau menghentam si penulis status tu.

Abang Wayne nak sampaikan pendapat Abang Wayne sebenarnya. Abang Wayne tidak lah bersetuju sangat dengan pendapat di atas tu.

Lelaki yang patut berkorban


Rata-rata lelaki dan namanya lelaki, bila sebut bab poligami ni, laju beb. 200% setuju dan 800% bersemangat!

Kalau kita lihat pendapat di atas tu, Abang Wayne berani katakan bahawa lelaki lah yang perlu sanggup berkorban. Jika di tanya mengapa, Abang Wayne akan jelaskan.

Lelaki perlu bahagikan badannya beberapa kerat


Senang je jawapan Abang Wayne. Bagi lelaki yang berpoligami ni, kita andaikan dia berpoligami sebanyak 2 lah. Yang paling ramai bilangannya (mungkin). Lelaki ini perlu berkorban masa, kudrat, ekonomi, emosi kepada 2 orang isterinnya. Namun jika setiap isterinya mempunyai setiap seorang mempunyai 4 orang anak, lelaki ini perlu bahagikan lagi kepada 8 bahagian. Bayangkan, lelaki itu perlu bahagikan dirinya kepada 10 bahagian. Dia seorang diri, di bahagikan kepada 10 bahagian. Bayangkan kalau seekor ayam tu, kita potong 10. Tentu kecil bahagian-bahagian tersebut. Namun bagi isternya, hanya perlu di bahagikan kepada 5 bahagian sahaja. Siapa lagi banyak berkorban? Tu belum lagi nak buat schedule balik rumah. Kang 3 hari, kat rumah sini. 3 hari rumah sana. lagi 1 hari tido atas jalan. Hahhahha.... Jelas nyata sekarang, sememangnnya lelaki lah yang perlu berkorban. Bukan perempuan. Mindset tu kena tukar.

Anda setuju? Nyatakan pendapat anda di ruangan komentar ya.

Chow.....

2 comments:

  1. Amboiiii.. metafora abe we tu menakutkan lah. Macam ayam di potong 10..! Kesian suami di ayam-ayamkan.. hehehehe.. :)

    Poligami bagi lelaki = 200% happy
    Poligami bagi wanita = 0.0000000000000002% happy

    hehehehe.. :p

    ...

    ReplyDelete
  2. biasa lah, menda sunat ni semua suka kot tapi menda wajib kadang tu tak cukup lengkap pun di zaman moden mencabar ni. huhuhuhu

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib