Bila Che Beebah kepanasan





Radiator Viva bocor


Siapa yang pernah alami tengah pandu kereta, tiba-tiba overheat macam dalam gambar di bawah ni? Alamak, gambar bergegar. Hahaaaa... Kalau tengah pandu kereta, ada lampu kelip-kelip tu selain seatbelt, itulah tanda overheat yang akan memakan duit poket kita. Hihiiii


Kereta pun dah 10 tahun, memang banyaklah simptom-simptom penuaan dia tu. Masa kejadian tu, minggu lepas, petang tu hujan dengan kadar penurunan yang lebat. Lepas ambil Harraz dekat taska, BeWe pun singgahlah Petronas.

Elok je parkir di Petronas tu, ada 3 pasang mata yang dok perhatikan Che Beebah BeWe. Kita pun pelik juga. Kenapa diorang ni perhatikan kita.

Bila keluar kereta, pergkhhhhh...berasap bonet. Memang kompem radiator bocor. Nak buka radiator pun memag tak boleh. Enjin masih panas lagi. Boleh pula dah berhenti dekat Petronas tu tak beli air mineral. BeWe boleh pula teruskan sedikit lagi perjalanan untuk menjemput isteri tercinta.

Elok je sampai dekat-dekat nak sampai destinasi, Harraz pun inform BeWe. Dia cakap ada lampu kelip-kelip. Terus BeWe berhenti tepi. Dah berhenti masa tu, berasap lagi enjinnya. Bila dah matikan enjin, nak start balik tak boleh dah. Kena tunggu sejuk dulu.

Keadaan enjin yang berasap

Bila dah sejuk tu, berlari-lari lah BeWe cari kedai jual air. Lepas isi air tu, perjalanan di teruskan lagi terus kerumah dengan jarak destinasi 20 minit. Tak sempat nak sampai rumah, sekali lagi temperature naik. Kita pun time tu cepat-cepat bawa kereta nak sampaikan dekat rumah yang berjarak lagi 3-4 minit untuk sampai.

Bila cek radiator tu dekat rumah, nampaklah ada kebocoran seperti video di bawah ni.


Fuh.....sedih la pula bila Che Beebah kita ni tak perform. Kena warded la nampaknya Che Beebah oi....

Nanti BeWe sambung lagi kisah Che Beebah kepanasan ye.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
1 October 2018 at 13:15 delete

Bbbeeeeeeeeebbbaaaahhhhh saangaaatttttt.....!!!

Reply
avatar
MommySado
AUTHOR
3 October 2018 at 15:46 delete

Haiyoo tetiba radiator problem. Mujur dekat dengan rumah lagi sempat nak tengok kereta (pernah kena dengan wira dulu2 hehe)

Reply
avatar