Kad Ceria - Bantu warga KL, Putrajaya dan Labuan

Kad Ceria – Bantu Penduduk KL, Putrajaya Dan Labuan


Kad Ceria yang di perkenalkan oleh Ketua Kampung KL, Datuk Tengku Adnan adalah satu inisiatif yang sangat baik dan optimis kearah hebatkan negaraku. Dengan adanya Kad Ceria ini, ia dapat membantu penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

kegunaan kad ceria


Apa itu Kad Ceria


Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

Sasaran Pengguna Kad Ceria


Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Sahaja.



Keistimewaan Kad Ceria

 
Antara kelebihan dan keistimewaan Kad Ceria ialah:-

1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan

Kedai yang terlibat dengan Kad Ceria


Persoalan yang paling utama kepada pemegang Kad Ceria ialah Kedai manakah yang mengambil bahagian dan memberikan diskaun ini? Antara Kedai atau syarikat yang memberikan manfaat Kad Ceria ialah:-

kelebihan dan keistimewaan Kad Ceria

1.    Astro – Diskaun RM50 untuk pengguna NJOI Box sahaja;
2.    Secret Recipe -  Diskaun 10% untuk makan ala carte yang melebihi RM50 dalam satu resit;
3.    Mydin - Diskaun  5-20% bagi barangan bukan makanan;
4.    Kenny Rogers - Diskaun  10% : Pembelian ala carte sahaja
5.    KK Supermart, KK Home Deco, KK R&R, KK Motorsports dan KK Marketplace – diskaun 5-20% bagi produk terpilih;



Bukan itu sahaja, bahkan ada lagi kedai lain antaranya ialah:-

Perumahan


Astana Setia Sdn. Bhd. & Besteel Engtech Sdn. Bhd.– Diskaun RM2,000.00 : Daripada harga rumah;

Hospital


Hospital Pusrawi - RM 2500 : Pakej Bersalin (Bilik Seorang), RM 2000 : Pakej Bersalin (Bilik Berempat), RM 250 : Pakej Mamogram dan Ultrasound (Pemeriksaan Payudara), 5% : Perundingan Pakar, 5% : Ubat;

Makanan


Mykopiesatu, Food Truck Putrajaya, Wendy’s Burger, KLCC Food Truck yang memberikan diskaun 5% sehingga 10%

Kedai Cermin Mata


Focus Point – diskaun 10% bagi model dan jenama cermin mata terpilih;
100 Vision, Milano Eye Fashion, Bolton Vision dan AB Eyewear - 70% : bingkai dan kanta jenama Bolton, 60% : cermin mata jenama Bolton, 50% : cermin mata berjenama, 10% : kanta sentuh berjenama dan RM59 : pakej untuk pelajar dan OKU

Pakaian


Kamdar, Pusat Pakaian Hari-Hari

Lain-lain


BHP Petrol, , Tradewinds Travel Services Sdn Bhd, Celcom, Tomei Gold & Jewellery, Singer , Berjaya Books, Berjaya Hotels & Resorts
Wah, banyaknya Kedai yang mengambil bahagian. Sebanyak 26 kedai semuanya.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://kadceria.kwp.gov.my/rakan_dagang_umum.php

Permohonan Kad Ceria

 
Kepada penduduk KL, Putrajaya dan Labuan, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan anda di https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php 

Permohonan Kad Ceria

21 comments

avatar

nice one! baru best nak shopping kan!

avatar

Owh mcm ni fungsi die.. tq

avatar

Baru semalam ada nampak info ttg Kad Ceria ni kat TV ...

avatar

byk gak boleh guna kad ni eh lebih 6000 kedai..bestnya

avatar

Beruntung orang KL. Jimat banyak tuu.. !!

avatar

Dah apply..baru ku tahu wujud kad ni...

avatar

Siapa yang layak tu cepat2 la apply. Best kot kad ceria ni ;)

avatar

seronoknya kak pip kalau dpt kad ceria ni ...

avatar

Warga KL yg xde tu kena apply cepat..rugi x ambil peluang ni kan

avatar

byknya kelebihan kad ceria nih.

avatar

Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

avatar

bagus de kad ceria ini
#hebatkannegaraku

avatar

sebaik takcukup syarat je ni, kalau tak dah lama apply

avatar

Berbaloi dan best nak shopping lepas ni, bila pegang kad ceria. weehuuuuu

avatar

siapa yang layak tu kena apply cepat

avatar

Warga wp yang layak wajib apply...rugi tak apply

avatar

rezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.

avatar

Rasa nak apply je kad ceria ni..

avatar

Bestnye sbb kad ni banyak function. Biasa terhad penggunaan. Siapa dapt ni mmg ceria selalu la 😁

avatar

peerghh daebakk kad ceria ni!

avatar

Wahhh bagus ni.. nak jugak la

Click to comment