3 Janji Barisan Nasional jika menang PRU14





Pengecualian cukai, cuti peristiwa dan tiada caj tol pada hari raya


Malam ini, 8 May 2018, dalam ucapan bersama penduduk pekan, Dato Seri Najib telah mengumumkan 3 janji Barisan Nasional jika menang PRU14.


Pengecualian Cukai mereka berumur 26 tahun ke bawah


Wowww...memang kita nampak janji ni untuk menarik golongan muda.


Tapi persoalan juga, berapa banyak cukai yang di bayar oleh mereka yang berumur 26 tahun ke bawah ni?

Rasanya cukai perlu di bayar (kalau tak silap), mereka yang bergaji RM4,000 ke atas (betulkan kalau salah).

Jadinya, berapa ramai belia yang berumur 26 tahun ke atas yang gajinya RM4,000 ke atas. Mungkin ada juga yang membayar cukai pada usia ni. Itupun jika mereka mendapat bonus dari syarikat dengan jumlah yang agak tinggi.

Rata-rata, belia yang berumur 26 tahun ke atas baru memasuki alam pekerjaan dengan sejumlah gaji paling tinggi RM3,500. Mungkin ada yang bergaji lebih dari RM3,500. Namun jumlahnya mungkin sedikit sahaja.

Cuti Peristiwa 14 & 15 Mei 2018


Janji ni rasanya nak counter janji Pakatan Harapan untuk cuti 10 & 11 Mei 2018.


Tiada bayaran tol sempena hari raya


Ok. Yang ni agak menarik. Tapi lagi menarik kalau bayaran tol dapat di kurangkan.


Setakat 3 hari ni, berapa sangat bayaran tol yang di pungut berbanding kenaikan bayaran tol selepas penggal kedua memerintah.

You all decide elok-elok esok ye.
Previous
Next Post »