Halaman

    Social Items


Tukar lampu depan Saga BLM


Salam Ramadhan semua. Pagi ni BeWe nak share cara tukar lampu depan kereta, terutama kereta Proton Saga BLM.


Di sebabkan mentol depan ni sudah terbakar, wajib kita untuk menukar yang baharu demi keselamatan kita, penumpang dan orang sekeliling.

Cara buka mentol depan kereta


Bagi yang nak buka mentol depan kereta sendiri, caranya mudah sahaja. Bagi mentol sebelah kiri, ia berada di kawasan bateri kereta. Bateri kereta ni BeWe beli dengan khidmat Bateriku.com, jenama Amaron.


Terdapat soket yang perlu kita cabut dahulu. Agak ketat sedikit dengan ruang yang terhad. Jadi, longgarkan sedikit bateri supaya kita ada ruang. 

Sesudah soket di cabut, kita cabut getah di bawah ini pula. Getah ni bertindak sebagai penghalang air dari masuk ke dalam lampu. Terdapat tanda TOP pada getah ini dan ia harus di pasang mengikut tulisan ini.


Untuk mencabut mentol, kita juga harus mengumpil besi lock.


Gambar di atas menunjukkan jenama mentol ini di sebelah kiri bawah iaitu Osram.

Apa yang paling penting semasa membeli mentol ini ialah kod mentol yang tertulis seperti di dalam gambar di atas. Untuk Proton Saga, kod mentol di gunakan ialah H4.

Harga mentol Proton Saga BLM


Harga mentol proton Saga BLM yang BeWe beli ialah RM55. Ada kedai jual jenama lain dengan harga di antara RM25-35. Tapi jenamanya memang tak meyakinkan.


Ini adalah kotak mentol yang di maksudkan. Osram H4.

Tukar lampu depan kereta Proton Saga BLM

Sajian Ramadhan di Bangi Golf Resort terbaik


Bangi Golf Resort dan buffet Ramadhan memang tak dapat di pisahkan lagi. Sajian yang di hidangkan, memang tip top. Dah jadi acara tahunan BeWe berbuka di sini.


BeWe bagi teaser dulu la. Mengantuk nak taip. Huhuu......

Berbuka di Bangi Golf Resort

Iniesta sertai kelab Vissel Kobe


Lagenda, Maestro dan pakar passing Barcelona, Andre Iniesta akan menyertai kelab Jepun, Vissel Kobe musim depan. Patutnya JDT ambil dia ni. Baru lah boleh juara MPL 10 tahun berturut-turut.




Iniesta sertai kelab Jepun

Boboiboy Galaxy Episod 19 & 20 mantap


2 episod terbaru Boboiboy Galaxy iaitu Episod 19 & 20 sangat mantop gittew. Tapi kan, BeWe pula yang lebih excited dari Harraz. Acaner tu?





Boboiboy Galaxy Episod 19 & 20

Teka teki Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor bakal terjawab


Dato Seri Azmin Ali yang telah di namakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor.




Memetik dari website azminali.com

Dengan rasa penuh tawadu’ saya menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk saya memainkan peranan yang lebih besar di peringkat Kerajaan Persekutuan. Perkenan Tuanku ini adalah atas penjelasan dan pengesahan daripada YAB Perdana Menteri tentang skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baharu.

Dengan setulus hati, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih di atas titah nasihat dan pedoman yang diberikan oleh Tuanku sepanjang saya mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Titah nasihat dan pedoman Tuanku telah memperkukuh keyakinan saya serta mengupayakan saya untuk mengangkat Selangor ke tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas kepercayaan beliau melantik saya menyertai kabinet sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Saya menerima amanah dan tanggungjawab ini dengan kesedaran untuk melaksanakan reformasi ekonomi demi menyelamatkan negara dari krisis akibat kecelaruan dasar-dasar pentadbiran sebelum ini.

Dalam pertemuan saya dengan YAB Perdana Menteri pada 19 Mei 2018, YAB Tun Dr. Mahathir telah memperincikan skop, fungsi dan tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Saya turut menzahirkan beberapa pandangan agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat membentuk sebuah Kerajaan yang tampan, cekap dan berkesan.

Sebagai memenuhi aspirasi rakyat, saya komited kepada usaha membangun sebuah ekonomi yang kuat dan rancak, mencipta nilai, menjana peluang pekerjaan, serta meningkatkan FDI. Saya ingin memberi jaminan kepada pelabur domestik dan pelabur asing bahawa Kerajaan baharu ini adalah business friendly dan mesra pelabur dengan berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Menjadi iltizam saya untuk memacu daya saing ekonomi negara demi meletakkan kembali Malaysia di kedudukan utama dalam kepimpinan ekonomi rantau ini. Saya juga bertekad untuk memastikan keadilan sosial terlaksana di mana kekayaan negara akan diagihkan secara adil dan saksama.

Saya terharu dengan dukungan dan sokongan gemuruh yang diberikan oleh rakyat Selangor terutamanya anggota perkhidmatan awam dan anak muda. Sesungguhnya, Selangor amat dekat di hati sanubari saya. Saya amat terkesan dengan permintaan rakyat yang dizahirkan secara terbuka menerusi media sosial agar saya terus kekal memimpin Selangor. Percayalah, saya akan terus bersama rakyat Selangor meneruskan kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor.

Amat berat untuk saya meninggalkan rakyat Selangor. Namun, saya insaf bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini adalah panggilan tanah air. Justeru, saya mempunyai tanggungjawab moral untuk memberikan khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Dato’ Menteri Besar Selangor


Kita ucapkan selamat menempuh cabaran yang baharu Dato Seri dan semoga pengganti Dato Seri samada lebih baik ataupun setaraf dengan Dato Seri.

Azmin Ali bakal letak jawatan Menteri Besar Selangor

Tanda-tanda awal anak autisme


Anak autisme merupakan anak istimewa. Tahukah kita semua tanda-tanda awal anak autisme? Jom kita kenali sipmtom-simptom awal anak autisme ini.


Sipmtom-simptom awal anak autisme


Simptom awal anak autisme boleh di kesan seawal anak berusia 6 bulan.

Jika anda dapat mengesan beberapa tanda di antara tanda-tanda ini, segera dapatkan pandangan pakar. 

Tiada apa yang perlu dimalukan. Anak autisme bukan bermaksud mereka kurang berkeupayaan, sebaliknya perkembangan dan cara membesarkan mereka mungkin perlu sedikit berbeza.

Jadi, lakukan tugas anda sebagai ibu bapa dengan lebih berhemah.











Mengenal tanda-tanda awal anak autisme

Live Steaming Final FA Cup - Manchester United vs Chelsea


Watch Live Steaming Final FA Cup between Manchester United vs Chelsea here.



Manchester United Line Up



Chelsea Line Up





Live Steaming



Live Steaming Final FA Cup - Manchester United vs Chelsea


Kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di tubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Dato Seri Shafiee Apdal baru sahaja berusia beberapa tahun. Namun kekuatan parti ini sukar di jangka.


Parti ini pernah dan juga selalu di kritik oleh bekas perdana menteri yang lepas. Kalau hendak di ikutkan, kekuatan parti ini tidaklah kuat mana. Nak menang pilihan raya pun belum tentu lagi kalau di ikutkan secara kasar. Jom ikuti temubual eksklusif tentang kekuatan parti ini.

Wartawan : Dato Seri, sebelum PRU14, parti ini di lihat tidak mampu untuk bertanding. Namun, setelah tamat PRU14, ternyata jangkaan itu meleset. Boleh Dato Seri nyatakan kekuatan parti ini?

Dato Seri : Alhamdulillah. Setelah PRU14, ternyata ramai yang memberikan sokongan terhadap parti ini. Walaupun ROS telah menghalang kami dari berdaftar secara sah, namun penerimaan rakyat sangat membanggakan.

Antara kekuatan parti ini ialah terletak pada logonya.

Wartawan : Boleh Dato Seri perjelaskan lebih lagi?  Kenapa kekuatan parti ini terletak pada logonya?

Dato Seri : Ramai yang tidak tahu sebenarnya. Parti ini menggunakan logo bunga kerana ia lebih sinonim dengan rakyat Malaysia. Ini kerana dengan logo bunga ini, kita ambil kata-kata orang tua, "ada bunga kembang di taman, ingin kami menyuntingnya". Chia chia.....

Dan ia ternyata logo bunga ini membuahkan hasil dan ramai rakyat Malaysia telah menyunting kami....

Wartawan : 😫😫


p/s : ini hanya cerita rekaan sahaja. Hihii...

Di Manakah Terletaknya Kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Tip atasi badan menggigil di bulan puasa


Hari pertama puasa merupakan hari yang agak mencabar. Lagi-lagi adik-adik kita yang baru belajar berpuasa. Boleh menyebabkan badan menggigil di bulan puasa. Kadang-kadang bapaknya pun boleh hidapi simtom ini. Jom baca tips atasi badan menggigil di bulan puasa.


  • Tip atasi badan menggigil di bulan puasa


Cara atasi badan menggigil di bulan puasa

Jadual Piala Dunia 2018, perlawanan pembukaan pada 14 Jun 2018


Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018, menyaksikan tuan rumah Rusia akan menentang Arab Saudi pada 14 Jun 2018. Dapatkan jadual Piala Dunia 2018 di link di bawah ini.


Jadual Piala Dunia 2018


Jadual Piala Dunia 2018 boleh di muat turun dengan saiz yang lebih besar. Boleh pakat tulis markah dengan kawan-kawan. Kita main fantasy world cup pun ok gak ni. Ada yang nak join? Kalau ada, meh komen sikit.

Jadual Piala Dunia 2018

Jadual Piala Dunia 2018

Dato Seri Anwar Ibrahim akan di bebaskan hari ini


Hari ini, Dato Seri Anwar Ibrahim akan di bebas hari ini. Jom lihat video saat Dato Seri Anwar Ibrahim di bebaskan.




Video Pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim

Tayar kereta murah, tapi ada hidden charges dari kedai tayar


Haa...meh dengar pengalaman BeWe beli tayar kereta secara online di Lazada.


Persoalannya sekarang. Ok ke tak beli tayar secara online? Meh BeWe nak cerita.

Tayar kereta di Lazada memang murah


Murah ke tayar kereta ni? Ada ke orang beli tayar di Lazada? Siapa nak pasang tayar ni?

Ni la persoalan jika kita memang tak pernah beli tayar kereta di Lazada. Jom kita pergi dari satu-satu soalan.

Murah ke tayar kereta ni?


Ye. Tayar ni memang murah dari kedai tayar. BeWe dah pakai tayar ni dari mula-mula beli kereta lagi. Paling murah BeWe pernah beli tayar ni RM170 sebiji. Tapi sekarang ni harga tayar ni RM149 sebiji. Murah kan? BeWe memang tak pernah tukar jenama lain. Memang pakai Good Year sahaja. Punya setia. Hahaaa

Ada ke orang beli tayar di Lazada?


Kalau ikut logik, siapa nak beli tayar ni kan? Kot dia pos ke rumah. Mau beratus ringgit postage dia.

Jangan risau cik adik cik abang cikebum cikebum. Sebelum beli, kita cek saiz tayar kita dan kedai yang offer tayar ni.


Tengok gambar di atas ni. Penjual ni ada menyatakan kedai yang menawarkan tayar ni. Pilih la jika berdekatan dengan rumah kita.

Siapa nak pasang tayar ni?


Tayar ni kita bayar sahaja. Nanti penjual akan arrange kedai yang jual tayar ni. Sebagai contoh, BeWe ingat kedai dekat Bangi ada tayar ni. Tapi penjual ni mesej, kedai dekat Kajang yang ada tayar ni.

Hi, Wayne Harraz, TyreExpert here. Regarding your order 202118105263363 with 2pc(s) 185/60/14 185/60R14 GOODYEAR Assurance Duraplus (With Installation). Our nearest installer workshop based on your address is located in Kajang (Jalan Bukit) *Toyo Centre*. Please provide me your car registration number, car model and also appointment date for me to process your order. Our installer working hour is Mon-Sat 9am-7pm. Please bring along a printed order or show your order from your phone when you arrive the workshop. Thank you. 
Address:
No. 21, Jalan S10/2,
Section 10 Off Jalan Bukit,
43000 Kajang,
Selangor. 
Google Maps: http://bit.ly/te_sajb_gm 
Like our Facebook: https://www.facebook.com/TyreExpert/
Ini adalah mesej yang di hantar oleh penjual tayar ni.

Pengalaman ngeri bila sampai kedai tayar


Bila kita dah buat appointment, dengan harapan kita tidak akan di kelentong. Hahaa....jangan mimpi. Mesti kita kena kelentong juga. Meh BeWe nak cerita.


Ni lah kedainya. Ye ye je la dalam mesej kedai buka pukul 9. Tengok-tengok dekat 9.30 baru buka. Bila dah buka, tunggu dia kemas dulu.

Dah siap kemas, dah buka tayar, tunggu tayar sampai pula. Uols tengok lah berapa banyak masa BeWe habiskan. Sia-sia je tunggu.

Lepas dia alihkan kereta BeWe, dia cakap kenapa handbrake BeWe lembut semacam. BeWe pun cakaplah untuk dia cek. Dia pun cek lah. Dia cakap pam brek bocor. Nak tukar, RM80 sebelah. Dia cek lagi sebelah. Pun dia cakap bocor juga. BeWe nampaklah yang sebelah tu bocor.

Tapi BeWe tak bagi dia tukar. BeWe lebih percaya dengan bengkel kepercayaan BeWe iaitu

Melalui perbualan dengan Awang aka Tokeh Capture Garage, pam brek ni, kalau buat dengan dia, hanya RM80 siap pasang. Dengan kedai tayar ni harga barang je RM80.

Part yang kedua pula. Lepas tayar lama di buka, tiba-tiba pekerja dia tukar valve tayar. Dia cakap dah bocor.



Valve tayar ni tempat isi angin tayar.

Memang hangin la BeWe pagi tu. Aku datang nak tukar tayar. Korang nak tukar macam-macam pula.

BeWe cakap dengan pekerja tu. Siapa suruh tukar valve ni?

Pekerja tu cakap "Diorang suruh tukar". Dia rujuk kepada pekerja pertama yang suruh dia buka tayar. 

BeWe cakap lagi. "Berapa harga ni?"

"RM5 satu tayar bos. 2 biji RM10" dia jawab.

"Ada saya suruh tukar?" BeWe tanya lagi.

Dia jawab " Ini sudah rosak bos. Nantu you pakai, angin dia keluar 20-30%"

"Saya pakai, tak pernah pun angin kurang. Siapa suruh tukar? Ada saya suruh tukar? BeWe tanya lagi dengan penuh kelembutan.

"Tunjuk saya yang lama punya. Mana rosak dia?" BeWe minta dia tunjuk valve lama. Sebab dia memandai pasang yang baru tanpa arahan.

Dia pun tunjuk. 

"Tengok. Mana ada rosak." Haa...Kena lagi dengan BeWe.

"Tapi bos, ini sudah lama. Nanti angin keluar." Dia nak menang juga.

"Ada saya suruh tukar?" Kena lagi sekali.

"Haiya! Ini RM10 sahaja ma. Kalau you tak mau, saya belanja you saja lah!" Hah! Marah terus dia sebab tak boleh nak lawan BeWe. Senyum je BeWe.

Pada uols yang nak beli tayar online ni, bila sampai kedai nanti, berhati-hatilah dengan hidden charges ni ye.

Bukan setakat valve tu je. Dia suruh BeWe buat chamber juga. Harga sebatang skru RM45. Memang tak la BeWe nak tukar. Kopak poket ku. Huhuuu....

Pengalaman beli tayar kereta di Lazada

Pakatan Harapan mansuhkan GST


Tahmiah rakyat Malaysia. GST yang dikenakan sebelum ini akaj di mansuhkan.


Tapi benarkah laporan ini?  Segala info yang di perolehi selain dari akhbar dan televisyen adalah tidak tepat dan tidak benar.

Seboleh-bolehnya jangan percaya info terutama dari aplikasi whatsapp kerana ada pihak yang cuba menyampaikan berita fitnah.


Inilah yang di perkenalkan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Dato Seri Najib. Info tidak benar seperti ini sangat memudaratkan.

Ada juga yang cuba menyampaikan info harga minyak turun sehingga ke RM1.40.

Sekarang ni, tak rasa berdosa ke diorang sebar fitnah macam ni?

GST mansuh 1 Jun 2018

Azrene dan keluarga Fazley Yaakob di ancam dan seksa


Setelah kejatuhan empayar Dato Seri Najib, rakyat Malaysis merayakannya dengan gembira. Bukan sahaja kejatuhan Najib, malah kita tak perlu lagi melihat wajah Rosmah Mansor di akhbar dan televisyen.


Rakyat tunggu jawapan dari Najib dan Rosmah


Sebenarnya kejatuhan BN sangat menyedihkan. Ramai yang sayang UMNO-BN. Tapi di sebabkan 2 orang yang bernama Najib dan Rosmah, rakyat sangat membenci mereka.

Altantuya, kapal selam scorpene, MH370, MH17, 1MDB, Felda, Tabung Haji, cincin berlian, cukup tak skandal Najib ni? Macam banyak lagi.

Tapi skandal ni semua tak pernah ada jawapan. Semua jawapan pusing-pusing. Mana rakyat tak marah. Lepas tu kos hidup naik mencanak. Dengan pelaburan syarikat China lagi di seluruh Malaysia. Kemarahan kami akhirnya terbalas!

Cerita anak Rosmah dan ancaman terhadapnya


Jom baca luahan anak Rosmah. Anak Rosmah tau. Bukan anak orang lain.


Cerita Fazley Yaakob






Cerita abang Fazley Yaakob



Cerita Azrene, anak Rosmah Mansor







Cerita Azrene tahun 2016





Luahan hati anak Rosmah Mansor dan Najib


carian di sini



Subscribe Our Newsletter