Selsema kanak-kanak di sebabkan susu?





Harraz sesuai susu Dugro selepas Anmum


Adakah benar selsema kanak-kanak di sebabkan susu? Siapa pernah alami masalah ini? Hal ini BeWe pernah consult dengan doktor pakar ENT Hospital Putrajaya dalam entri sebelum ini. Dan pakar ini mengatakan berkemungkinan ada elemen di dalam susu yang tak sesuai dengan kanak-kanak.

Kalau nak di ikutkan selepas berusia 3 tahun Harraz bertukar susu dari Anmum kepada Dutch Lady selama setahun. Dalam masa setahun ni, hidungnya sentiasa berhingus. Adakala banyak, adakala sedikit. Namun di sebabkan dia pandai hembus, so masalah hingus meleleh tu dapat di elakkanlah. Namun pada masa itu, BeWe berpendapat bahawa mungkin di sebabkan dia berada di taska, mungkin taska tu sejuk akibat dari penggunaan penghawa dingin dan Harraz pun selsema.

Tapi, bila berlarutan selsemanya, ada sesuatu yang pelik sedangkan semasa berada di rumah, memang tidak menggunakan penghawa dingin. Hanya kipas sahaja yang di gunakan dengan kekuatan pusingan kipas pada nombor 1 sahaja. Siang dan malam pun sama sahaja kekuatan pusingannya.

Minuman berais juga sangat di sekat oleh kami. 

Dari Dutch Lady bertukar sekejap ke Dugro dan nampak perubahan selsema Harraz. Namun kami cuba pula dengan susu Fernleaf.

Semasa minum susu Fernleaf, selsemanya lagi teruk dari susu Dutch Lady. Dua (2) kali sahaja kami cuba susu Fernleaf. Walaupun terdapat perbezaan nutrisi di antara susu Fernleaf dan Dugro, tapi ternyata susu Dugro lebih sesuai dengan Harraz. Setelah minum susu Dugro ni, tiada kelibat hingus yang banyak pada hidung Harraz.


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
EHS
AUTHOR
5 April 2018 at 08:30 delete

terima kasih info ye. Baru pula tahu susu pun boleh effect selesma

Reply
avatar
Lin liena
AUTHOR
11 April 2018 at 18:27 delete

susu ni ada jenis yang panas...tu yg tak sesuai tu..

Reply
avatar