Breaking


carian di sini



Wednesday, 25 April 2018

16:22:00

Entri blog kena ciplak

Haaa...Siapa yang copy entri saya tu?


Hi uols. Apa perasaan uols bila entri blog di copy? Ada orang dia ok je. Dia kata itu maksudnya entri dia bagus. Sampai orang copy. Tapi ada yang marah lah. Penat kita buat entri, lepas tu kena copy dan tak kredit pula ke kita. Seolah-olah entri tu original dari dia.

Entri blog kena ciplak

Gambar di atas adalah contoh tracker yang kita boleh pasang di blog untuk melihat aktiviti yang berlaku pada entri kita. Cuma kita tak boleh track siapa yang copy entri kita tu.

Actually BeWe dah lama pakai 33across ni. Tapi, tahun lepas BeWe pakai template anti-copy ataupun kalis ciplak. Template tu memang tak boleh nak right click. Memang kebal kiranya. Dah bosan pakai template tu, BeWe pakai template awal-awal dulu. Tetiba terlontarbelakang ketika awal-awal dengan AFB dulu (dulu EFG)

Kalau uols nak try, just klik link dekat atas tu, dah pasangkan di blog uols. Daaa....................
09:26:00

Mane Salah Firmino - Jentera serangan terbaik Liverpool

Mane Salah Firmino? Ni soalan ke nama orang?


Mo Salah, nama yang kian di geruni di EPL sekali lagi membuktikan dia tidak salah memilih kelab seperti di Chelsea dahulu. Ketajamannya juga menarik minat kelab lain yang ingin mendapatkan khidmatnya musim depan.

highlight liverpool vs roma

2 jaringan dari Salah dan Firmino dan di bantu oleh Mane membawa bekalan selesa. Namun 2 gol dari Dzeko dan Perotti juga akan menjadi bekalan Roma apabila bermain di laman sendiri.

Roma juga telah membuktikan mereka boleh melakukan keajaiban dengan menewaskan Barcelona 3-0 di laman sendiri. Liverpool perlu bekerja lebih keras apabila bermain di tempat lawan pada 3 Mei 2018 nanti.


08:00:00

Malibest – Penginapan tepi pantai menarik di Langkawi

Malibest – Penginapan tepi pantai menarik di Langkawi


Langkawi, coklat, bebas cukai dan pantai. Inilah kelebihan pulau Langkawi kebanggaan Malaysia. Setahun berapa kali anda bercuti di Langkawi? BeWe sebenarnya jaranglah pergi Langkawi ni. First time dulu masa belajar dekat UiTM. Rasanya tahun 2008. Lepas tu tahun 2013 dan yang terbaru 2017. Jom dengar BeWe nak cerita percutian BeWe di Langkawi dan juga penginapan di Langkawi. So guys, this is my holidays at malibest resort Langkawi! Let’s hear it!

holidays at malibest resort Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi


Tempat menarik yang BeWe dah kunjungi adalah:-

Tasik Dayang Bunting


Sesuai dengan nama tasik ni. Pertama kali pergi sini, ketika honeymoon dulu. Balik je honeymoon, confirmlah melekat nama tasik tu dekat mama Harraz. Hahaha… Cuma masa pergi tahun 2013 dulu, masuk tasik ni free je. Last year pergi rupanya dah ada bayaran masuk.

holidays at malibest resort Langkawi

Pantai Beras Basah


Pantai ni memang cantik. BeWe suka betul dengan pantainya. Cuma banyak monyetlah dekat sini. Pantang kita makan, dia pun buat muka comel nak minta suap. Last year masa pergi sini, sedang Harraz makan roti, si monyet ni dengan selamba rampas roti Harraz. Udah melalak budak tu. Sakit tangan dia terkena kuku monyet tu.

Cable car Langkawi


Tempat wajib pergi bila ke Langkawi. Rasa tak lengkap cuti tak pergi ke Cable Car ni.




Muzium 3D


Tempat baru yang ada di sekitar Cable Car Langkawi. Memang menarik. Siapa-siapa yang kaki bergambar tu, memang puas hati masuk sini

Underwater World


Tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan. Harraz seronok juga dekat sini. Tapi bukan suka tengok haiwan-haiwan. Dia suka dekat tempat yang kita boleh lukis, lepas tu keluar dekat skrin tu. Macam-macam warna ikan dia buat, lepas tu keluar dekat skrin. Kalau boleh nak duduk sini lama-lama. Hahahaa..

Kilim Geoforest


Pemandangan alam sekeliling memang cantik dekat sini. Lagi-lagi dengan hutan bakau dia.

holidays at malibest resort Langkawi

Langkawi Wildlife Park


Antara tempat lain yang sesuai bawa anak-anak. Tapi last year tak sempat Harraz pergi sini. Short vacation.

Makam Mahsuri


Sejarah Langkawi bermula di sini. Wajib singgah tempat ni.

Air Hangat Village


Ayaq hangat village. Bila dah penat berjalan tu, rendam kaki di sini memang best. Ada tempat sauna lagi.


Air Terjun Telaga 7


Tempat yang BeWe tak naik habis. Penat naik bukit. Suku pendakian je mampu di capai. Kakinya capek sih.

Dataran Helang


Dua kali pergi dengan mama Harraz, tak tersampai tempat ni. Hahaha….

Pantai Tanjung Rhu
Beras Terbakar


Wah, banyak juga tempat yang BeWe dah pergi di Langkawi ni. Tempat ni tak termasuk lagilah syurga membeli belah macam Haji Ismail Group, Idaman Suri dan beberapa lagi.

Bermalam di Malibest


Bila kita cerita tempat menarik di Langkawi, rasanya macam kita boleh tulis novel kan? Memang tak cukuplah nak tulis. Sampai lupa nak cerita holidays at malibest resort Langkawi

Bila kita dah banyak berjalan, badan pun dah penat, kita perlu cari HOTEL. Ya, mencari hotel memang sesuatu yang boleh mencetuskan perbalahan antara kita dan pasangan. Jangan cakap pasangan anda tak banyak karenah bila masuk ke abad 21 ni.

holidays at malibest resort Langkawi

Meh sini BeWe kabor kat deme semua. Pernah dengar tak hotel Malibest? Dengar namanya pun kita dah boleh bayangkan kebest-an hotel ni. Tepi pantai Chenang tu abang-abang, adik-adik, kakak-kakak. View memang tip top. Bak kata pepatah siam, you can feel the air breeze. Bukan sabun breeze tau. Tapi kita boleh menghirup angin pantai. Pergkh… Memang best. Suasana dia memang tenang.

Kalau nak mandi laut tu, tak kira pagi ke petang. Memang kita boleh ke laut terus. Malam-malam pula, kita juga boleh buat berbeku di tepi pantai. Best tau!

Apa lagi yang best di hotel Malibest ni?


Swimming pool! Ya, sudah menjadi kemestian bagi setiap hotel, swimming pool mesti ada bagi menarik pengunjung hotel. Walaupun hotel ni memang berada di tepi pantai, tetapi hotel ini juga mempunyai swimming pool. Sememangnya swimming pool di tepi pantai ni sangat menarik.

holidays at malibest resort Langkawi

Lokasi Malibest resort di Pantai Chenang ni memang strategik. That’s why my holidays at malibest resort Langkawi is the best experience. Nak makan malam senang nak cari. Nak pergi Kedai, senang nak cari barang. Lagi pula tempat ni sentiasa happening. Jom guys, kita holidays at malibest resort Langkawi jom!

Tuesday, 24 April 2018

10:03:00

Buffet Ramadhan Murah di Bangi

Bangi Golf Resort menyajikan pakej buffet Ramadhan berpatutan


Sebut sahaja Bangi Golf Resort, terus kita akan teringat pakej berbuka puasa yang berpatutan dan antara yang termurah. Kalau nak cerita tentang juadah berbuka puasa dia, memang tip top! Jom kita tengok antara juadah dari Bangi Golf Resort - Buffet Ramadhan Murah di Bangi.

Buffet Ramadhan Murah di Bangi

Tahun ke-4 bersama Bangi Golf Resort


Ucapan ribuan terima kasih di berikan kepada Bangi Golf Resort kerana telah menjemput BeWe untuk tahun ke-4 berturut-turut dalam majlis preview Ramadhan semenjak dari tahun 2015 lagi.

Rasa kerdil je BeWe bila bersama blogger-blogger otai yang menjayakan majlis preview buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort minggu lepas. Sekali lagi, terima kasih menjemput BeWe hadir majlis preview buffet Ramadhan 2018.

Buffet Ramadhan 2017 murah di Bangi
Buffet Ramadhan 2015 murah di Bangi
Food Tasting Buffet Ramadhan 2017 murah di Bangi Golf Resort

Menu buffet Ramadhan Bangi Golf Resort


Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat gambar-gambar menu yang di sediakan di Bangi Golf Resort ni. Dan untuk tahun ke-2, Bangi Golf Resort sekali lagi membawakan menu buffet Ramadhan yang paling di minati oleh warga Malaysia iaitu DURIAN.

Buffet Ramadhan Murah di Bangi

Menu yang di sediakan di Bangi Golf Resort memang banyak sebenarnya. Kalau nak listkan, rasanya memang berpuluh menu ada. Antara menu yang di sediakan ialah kambing golek pujaan ramai, nasi kerabu, aneka kuih muih, laksa sarawak, nasi ayam, sate

Buffet Ramadhan Murah di Bangi

Harga Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort


Harga Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort untuk dewasa adalah RM59 dan kanak-kanak (3-11 tahun) RM29.50.


Friday, 20 April 2018

16:01:00

Netflix Spy Kids - Animasi terbaru Netflix

Netflix Spy Kids di lancarkan hari ini 20 April 2018


Siapa dekat sini layan Netflix? BeWe pun baru beberapa minggu subsribe Netflix ni. Akaunnya pun masih free 30 hari lagi. Memang layan juga tonton kartun, movie, dokumentari dari Netflix ni. Yang terbaru, Netflix baru sahaja lancarkan animasi Spy Kids.

Netflix Spy Kids

Kesinambungan dari filem Spy Kids


Untuk pengetahuan umum, animasi Spy Kids ini adalah kesinambungan dari franchais filem Spy Kids terdahulu dan kini di animasikan.

Netflix Spy Kids

Bila tengok gambar di atas ni, mesti kita dah ingatkan filem Spy Kids ni. 

Netflix Spy Kids - Animasi terbaru Netflix

Nak ulas animasi terbaru ni, BeWe pun baru je tonton. Bagi BeWe tengok dulu animasi ni ye.

Bayaran bulanan Netflix


Bagi sesiapa yang masih tak tahu lagi bayaran bulanan Netflix ni, terdapat 3 pakej yang di sediakan.

1. RM33
2. RM42
3. RM51


Bila dah ada Netflix ni, sila pastikan anda mempunyai data internet yang tiptop dan juga line internet yang double tip top.

Jangan jadi macam BeWe. Data internet tu oklah, 60gb. Cukuplah. Tapi bab line tu. Sedih diknon. Kadang-kadang di tulisnya 4G, tapi tak laju mana pun.

Tapi bagi BeWe, pakej basic Netflix sudah memadai untuk BeWe.

Monday, 16 April 2018

14:37:00

Projek PNB Value Homes di lancarkan 17/4/2018


PNB Value Homes di lancarkan 17 April 2018


Projek perumahan dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu PNB Value Homes akan di lancarkan pada hari Selasa, 17 April 2018 bersama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Pnb value homes

Lokasi Pelancaran PNB Value Homes


Lokasi pelancaran PNB Value Homes adalah seperti alamat ini iaitu Jalan Pinang 1, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Pelan lokasi pelancaran adalah seperti di bawah ini.

Pnb value homes
Selain proses pelancaran, terdapat juga cabutan bertuah untuk di menangi.

Pnb value homes

Pemandangan dalaman rumah PNB Value Homes


Ramai di antara mereka yang ingin memiliki rumah ini belum melihat pandangan dalaman rumah ini.

Pnb value homes

Tengok lah ruang tamu ni, cantik bukan? Dengan harga yang di anggarkan dalam RM200,000.00 tentunya ia sangat berbaloi.

Pnb value homes

Pemandangan bilik tidurnya juga menarik dan selesa.

Pnb value homes


Pnb value homes

Pnb value homes

Pnb value homes

Jangan tunggu lama-lama untuk berfikir! Bagi yang layak, ini lah masanya untuk memiliki rumah anda sendiri. Jom serbu ke majlis pelancaran rumah PNB Value Homes esok!

Thursday, 5 April 2018

14:29:00

Jom Menang Peraduan Teka Nama SUV Proton

Teka Nama SUV Proton, menang tiket percutian ke China


Bersempena dengan pelancaran SUV baru Proton, pihak Proton telah mengadakan pertandingan untuk menamakan kereta SUV pertama keluaran Proton.


Pemenang yang bertuah akan di berikan tiket percutian ke China sempena rakan kongsi Proton dari China iaitu Geely. Sebut betul betul, Geely ye. Bukan Geli. Jangan bikin BeWe geli hati pula ye. Notty uols ni.

Hadiah menarik dari Proton


Antara hadiah menarik lain selain dari tiket percutian ke China ialah Proton membawa anda menjelajah ke seluruh Malaysia dengan SUV baru ini.

Selain tu, ada voucher untuk 3720 pemenang.

Ni antara syarat dan hadiah yang di tawarkan. http://www.happenings.proton.com/en/promotions/suv-name-voting/

Peraduan di buka sepanjang bulan April 2018 ni ye. Dari 1 April 2018 sehingga 30 April 2018.

Untuk menyertai peraduan ini, klik ke link ini https://www.surveymonkey.com/r/Proton1stSUV_Eng

Tuesday, 3 April 2018

12:48:00

Selsema kanak-kanak di sebabkan susu?

Harraz sesuai susu Dugro selepas Anmum


Adakah benar selsema kanak-kanak di sebabkan susu? Siapa pernah alami masalah ini? Hal ini BeWe pernah consult dengan doktor pakar ENT Hospital Putrajaya dalam entri sebelum ini. Dan pakar ini mengatakan berkemungkinan ada elemen di dalam susu yang tak sesuai dengan kanak-kanak.

Kalau nak di ikutkan selepas berusia 3 tahun Harraz bertukar susu dari Anmum kepada Dutch Lady selama setahun. Dalam masa setahun ni, hidungnya sentiasa berhingus. Adakala banyak, adakala sedikit. Namun di sebabkan dia pandai hembus, so masalah hingus meleleh tu dapat di elakkanlah. Namun pada masa itu, BeWe berpendapat bahawa mungkin di sebabkan dia berada di taska, mungkin taska tu sejuk akibat dari penggunaan penghawa dingin dan Harraz pun selsema.

Tapi, bila berlarutan selsemanya, ada sesuatu yang pelik sedangkan semasa berada di rumah, memang tidak menggunakan penghawa dingin. Hanya kipas sahaja yang di gunakan dengan kekuatan pusingan kipas pada nombor 1 sahaja. Siang dan malam pun sama sahaja kekuatan pusingannya.

Minuman berais juga sangat di sekat oleh kami. 

Dari Dutch Lady bertukar sekejap ke Dugro dan nampak perubahan selsema Harraz. Namun kami cuba pula dengan susu Fernleaf.

Semasa minum susu Fernleaf, selsemanya lagi teruk dari susu Dutch Lady. Dua (2) kali sahaja kami cuba susu Fernleaf. Walaupun terdapat perbezaan nutrisi di antara susu Fernleaf dan Dugro, tapi ternyata susu Dugro lebih sesuai dengan Harraz. Setelah minum susu Dugro ni, tiada kelibat hingus yang banyak pada hidung Harraz.