Selamat tinggal Dutch Lady





Setelah setahun, tiada lagi Dutch Lady


Ekoran berita mengenai susu Dutch Lady beberapa purnama yang sudah, Harraz kini tak lagi minum susu Dutch Lady. Mesti ada yang tertanya juga. Ok, nanti BeWe cerita.


Bukannya BeWe boikot susu Dutch Lady, cuma berdasarkan pemerhatian BeWe, Harraz kerap selsema. Walaupun tidur sangat jarang buka air-cond, namun selsemanya kerap juga.

Mula-mula takde lah BeWe nak syak pasal susu ni.

Memang sebelum ni Harraz peminum tegar Anmum (walaupun susu jenama lain minum juga). Namun bila timbul kes ni, ada persamaan dengan apa yang di alami Harraz.

Bertukar ke Dugro


Setelah tersebarnya berita ini, kami selaku parent, mula bertukar ke susu Dugro pula. Pernah sekali dahulu kami try bagi Harraz susu Dugro, masa tengah beli tu, memang dia nak. Tapi bila dah buat, di katanya tak sedap pula. Lalu kembali semula ke Anmum.



Kali ni, kami tanya Harraz lagi. Nak tak susu Dugro ni. Dia kata nak. Ok lah. Kita try sekali lagi.

Kali ini, misi BERJAYA! Harraz kata OK! Lega kami. 2 bulan juga Harraz minum susu ni. Harganya lebih sedikit dari Dutch Lady. Sekejap dia nak perisa madu. Sekejap dia nak perisa asli. Layankan je lah nak.

Tukar ke susu Fernleaf



Tak habis lagi cerita ni. Kita sambung pula try susu Fernleaf 4-6 tahun. Dengan harga RM20.00++, berat 900 gram, rasanya susu ni ok juga.

Kami sekali lagi tukar susu. Kali ni pun Harraz ok juga. Dan baru 2-3 minggu minum susu ni, tiada masalah nampaknya.

Selsemanya juga kurang sedikit. Tak macam sebelum ni.

Ini lah cerita Harraz dan susunya. Mungkin tak lama lagi masuk slot drama tv3 😅😅😅
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
25 March 2018 at 15:27 delete

kami pun guna susu ni. bila tukar susu lain anak kami taknak minum. sebulan 15 beg beli. huhuhu.

Reply
avatar