Resipi Nasi Goreng Paprika





Walaupun rupanya hodoh, nasi goreng paprika hari-hari di minta Harraz


Berbekalkan bakat dalam bidang menggoreng nasi, maka terciptalah satu resipi hentam kromo ciptaan BeWe iaitu Nasi Goreng Paprika. Adunan antara timur dan barat 😂😂.


Nasi goreng paprika ni memang tak de rupa langsung. Tengoklah gambar tu. Hodoh je rupa dia. Memang tak menarik, tapi sekali dah makan, jangankan Harraz, mama Harraz pun puji.

Aje BeWe pelik, mana pula datang sedapnya nasi goreng ni? Udahlah huduh, tak menggiurkan tapi mendapat pujian. 🤔🤔🤔.


Di sebabkan peminat dah lapar sangat, makanya kita paksa dia tolong tumbukkan bahan-bahannya. Memang dia nak je tolong-tolong ni. Nak jadi chef kot dah besar nanti. Kot boleh lawan chef +Eny Abdullah suatu hari nanti ke.

Resipi Nasi Goreng Paprika


Bahan-bahan nasi goreng ni memang sempoi gila.


Bahan-bahannya:-

Bawang merah & putih - ikut suka hati
Ikan bilis - pun ikut suka hati
Serbuk paprika


Ekceli, BeWe gunakan paprika ni sebab tak letak cili. Kang Harraz makan, mau cirit pula nanti. Paprika ni sebagai pengganti cili je. Hihiiii....

Walaupun resipi ni tak hebat, di sebabkan kasih sayang yang di curahkan ketika memasak, maka terhasil lah nasi goreng yang simple tapi enak. Huhuuuu

#daridapurwayne


Previous
Next Post »