Laksa power, cendol power di Tanjung Karang, Kuala Selangor





Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang Kuala Selangor saji laksa power


Sedapnya makan cendol ketika musim panas ni. Ya allah, sekali hirup, sejuk tekak. Kalau dekat Kuala Selangor ni, yang famous ada 2 kedai. Tapi, kedai ni memang favourite BeWe dengan mama Harraz. Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Memang power!

Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang

Laksa power di Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor


Laksa di kedai ni memang boleh di kategorikan yang terbaik di Kuala Selangor. Walaupun kedai ni wong jowo punya, tapi laksa dia memang padu. Kuah dia pekat. Tak macam kedai lain.

Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang

Selalunya, kedai yang jual laksa bukan dari orang utagha, kuah dia cair je. Tapi kedai ni memang lain dari yang lain. Kuah dia power.

Cendol pulut hitam


Sebelum ni BeWe order ABC. Namun, rasanya malah rupanya tak boleh lawan ABC seksyen 2 Shah Alam (dulu kedai buruk tu lagi. Memang port student uitm).

Selalu, kalau kita order cendol pulut, kita akan dapat pulut yang biasa tu.

Tapi, dekat kedai ni tak. Dia hidangkan pulut hitam. First time BeWe makan pulut hitam. Rasa dia pun ok juga.

Terbaik bossss.........

Lokasi Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor.


Bagi yang nak ke kedai ni, boleh terus taip di google map Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Lokasi Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang


Kalau tak jumpa, boleh taip Family Bundle Tanjung Karang.

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Amanda Suria
AUTHOR
19 March 2018 at 18:39 delete

Ini dah entry ke dua tayang laksa ni...kejam sungguh

Reply
avatar