Alami keseronokan bercuti di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur sempena cuti sekolah





Dengan berbelanja RM38, alami keseronokan di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur sempena cuti sekolah


Musim cuti sekolah kini kembali lagi. Bagi ibu bapa, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama anak. Walaupun ada yang berkata, cuti sekolah ni ramai ibu-ibu akan bertukar menjadi singa, harimau, beruang, BeWe yakin, dengan meluangkan masa di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur ini, pastinya watak-watak imaginasi tadi tidak wujud. Jom kita luangkan masa besama anak-anak dengan bermain sambil belajar di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur.

KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur

Aktiviti menarik di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur


Mari kita lihat antara aktiviti yang memberikan keterujaan kepada anak-anak kita di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur ini.

Terdapat 8 aktiviti di sediakan iaitu:-


  1. Sharp Air Quality Control;
  2. Scott's Research Lab;
  3. Mc Donald's Fitness Centre;
  4. Magic Studio;
  5. TV Studio;
  6. Volvo - Stop;
  7. look and wave;
  8. Court house and a Recycling centre

Belanja RM38 dan dapatkan tiket KidZania GO!


Untuk mendapatkan tiket di KidZania GO! ini, kita hanya perlu berbelanja sebanyak RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur dan boleh tebus tiket untuk masuk ke KidZania GO! ini. Wowwww!!!!! Murahnya tiket ni. Memang wajib pergi ni.

Untuk tebus tiket ini, pengunjung perlu datang pada tarikh seperti di bawah ini:-

Tarikh : Dari  19 sehingga 25 Mac 2018
Masa: 10.00 pagi sehingga 9.30 malam

Jom kita alami keseronokkan bersama anak-anak di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur.
Previous
Next Post »