Breaking


carian di sini



Thursday, 29 March 2018

11:18:00

Jom dapatkan rumah PNB Value Homes di Port Dickson

Harga maksimum PNB Value Homes


Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya telah melancarkan rumah mampu milik yang di kenali dengan nama PNB Value Homes. Dengan harga mampu milik, ia mampu menolong mereka yang tidak mempunyai rumah pertama untuk membeli rumah.

Pnb value homes

Syarat-syarat mohon PNB Value Homes


Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan rumah ini, mari kita lihat dahulu syarat-syaratnya. Syarat-syarat yang di tetapkan agak ketat dan bukan semua orang boleh memohon.

Syarat-syarat mohon PNB Value Homes ialah:-

1. Untuk pasangan berkahwin
2. Untuk ibu tunggal ataupun bapa tunggal
3. Pendapatan seisi rumah RM5,000
4. Untuk pembeli rumah pertama

Untuk makluman, rumah PNB Value Homes hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Bagi mereka yang telah mempunyai rumah, anda tidak layak untuk memohon.

Lokasi PNB Value Homes


Pada masa ini, 2 lokasi telah di muktamadkan iaitu Port Dickson dan juga Telok Datok, Banting, Selangor.

Lokasi PNB Value Homes Port Dickson


Untuk mencari lokasi ini, BeWe bagi alamatnya.

Jalan Pinang 1, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Pnb value homes

Untuk makluman, hanya terdapat 140 unit rumah PNB Value Homes ini di Port Dickson. Sangat terhad rumah di PD ni di sebabkan luas kawasan ini hanya 10 ekar sahaja. 

Keluasan rumah ini adalah 20' x 60'.

Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting


Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting pula terletak di belakang Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.

Pnb value homes

Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting menawarkan 1400 unit rumah terdiri daripada teres dan juga banglo.

Rumah contoh PNB Value Homes


Untuk makluman, rumah contoh Lokasi PNB Value Homes di Port Dickson telah pun siap di bina dan di jangka di lancarkan oleh Perdana Menteri pada bulan April.

Pnb value homes

Untuk bahagian dalam rumah akan di update secepat mungkin.

Pnb value homes

Pnb value homes

Pnb value homes



Friday, 23 March 2018

11:12:00

Hospital Putrajaya di perbesarkan

Hospital Putrajaya tambah blok baru - Endocrine Complex


Hospital Putrajaya sememangnya hospital favourite BeWe. Dari kaunter sampailah jumpa doktor, semua kakitangan hospital Putrajaya memang tiptop. #harapharaplahhospitalputrajayabacaentrini. Kot boleh jadi duta hospital putrajaya ke...gittew....


Tapi, masalah parking memang tak dapat di nafikanlah. Bahkan semua hospital pun sama. Tapi dengan adanya security guard yang membenarkan kita double parking, so mudahlah kerja kita nak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.




Di harapkan semoga Hospital Putrajaya lebih sukses selepas ini dan kita boleh dapatkan rawatan dengan lebih selesa lagi.

Thanks Hospital Putrajaya.
10:13:00

Selamat tinggal Dutch Lady

Setelah setahun, tiada lagi Dutch Lady


Ekoran berita mengenai susu Dutch Lady beberapa purnama yang sudah, Harraz kini tak lagi minum susu Dutch Lady. Mesti ada yang tertanya juga. Ok, nanti BeWe cerita.


Bukannya BeWe boikot susu Dutch Lady, cuma berdasarkan pemerhatian BeWe, Harraz kerap selsema. Walaupun tidur sangat jarang buka air-cond, namun selsemanya kerap juga.

Mula-mula takde lah BeWe nak syak pasal susu ni.

Memang sebelum ni Harraz peminum tegar Anmum (walaupun susu jenama lain minum juga). Namun bila timbul kes ni, ada persamaan dengan apa yang di alami Harraz.

Bertukar ke Dugro


Setelah tersebarnya berita ini, kami selaku parent, mula bertukar ke susu Dugro pula. Pernah sekali dahulu kami try bagi Harraz susu Dugro, masa tengah beli tu, memang dia nak. Tapi bila dah buat, di katanya tak sedap pula. Lalu kembali semula ke Anmum.



Kali ni, kami tanya Harraz lagi. Nak tak susu Dugro ni. Dia kata nak. Ok lah. Kita try sekali lagi.

Kali ini, misi BERJAYA! Harraz kata OK! Lega kami. 2 bulan juga Harraz minum susu ni. Harganya lebih sedikit dari Dutch Lady. Sekejap dia nak perisa madu. Sekejap dia nak perisa asli. Layankan je lah nak.

Tukar ke susu Fernleaf



Tak habis lagi cerita ni. Kita sambung pula try susu Fernleaf 4-6 tahun. Dengan harga RM20.00++, berat 900 gram, rasanya susu ni ok juga.

Kami sekali lagi tukar susu. Kali ni pun Harraz ok juga. Dan baru 2-3 minggu minum susu ni, tiada masalah nampaknya.

Selsemanya juga kurang sedikit. Tak macam sebelum ni.

Ini lah cerita Harraz dan susunya. Mungkin tak lama lagi masuk slot drama tv3 😅😅😅

Wednesday, 21 March 2018

16:36:00

Cepat dapatkan Rumawip Putrajaya

Rumawip Putrajaya, Presint 7 - Daftar Segera


Bersempena PRU14 ni, kerajaan telah mengumumkan dan telah pun melancarkan majlis pecah tanah untuk program Rumawip di Presint 7, Putrajaya.

Rumawip Putrajaya
 

Harga Rumawip Putrajaya


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata 500 unit kediaman dengan keluasan lantai 700 kaki persegi (65 meter persegi) itu bakal ditawarkan kepada orang kelainan upaya (OKU), penjawat awam isi rumah bawah RM3,000 dan komuniti masyarakat India.

Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan 50 unit untuk OKU dan 90 unit lagi untuk masyarakat India yang menetap di Putrajaya, manakala selebihnya kepada penjawat awam dan penduduk yang menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Rumawip Putrajaya

  • Saiz 700 kps 
  • Bilangan Bilik
  • RM80,000 
Rumawip Putrajaya
  • Saiz 800 kps 
  • Bilangan Bilik
  • RM270,000
Rumawip Putrajaya

Syarat memohon Rumawip


Siapa yang layak mohon Rumawip? Boleh baca pada gambar di bawah ini.

Rumawip Putrajaya

09:19:00

Resipi Nasi Goreng Paprika

Walaupun rupanya hodoh, nasi goreng paprika hari-hari di minta Harraz


Berbekalkan bakat dalam bidang menggoreng nasi, maka terciptalah satu resipi hentam kromo ciptaan BeWe iaitu Nasi Goreng Paprika. Adunan antara timur dan barat 😂😂.


Nasi goreng paprika ni memang tak de rupa langsung. Tengoklah gambar tu. Hodoh je rupa dia. Memang tak menarik, tapi sekali dah makan, jangankan Harraz, mama Harraz pun puji.

Aje BeWe pelik, mana pula datang sedapnya nasi goreng ni? Udahlah huduh, tak menggiurkan tapi mendapat pujian. 🤔🤔🤔.


Di sebabkan peminat dah lapar sangat, makanya kita paksa dia tolong tumbukkan bahan-bahannya. Memang dia nak je tolong-tolong ni. Nak jadi chef kot dah besar nanti. Kot boleh lawan chef +Eny Abdullah suatu hari nanti ke.

Resipi Nasi Goreng Paprika


Bahan-bahan nasi goreng ni memang sempoi gila.


Bahan-bahannya:-

Bawang merah & putih - ikut suka hati
Ikan bilis - pun ikut suka hati
Serbuk paprika


Ekceli, BeWe gunakan paprika ni sebab tak letak cili. Kang Harraz makan, mau cirit pula nanti. Paprika ni sebagai pengganti cili je. Hihiiii....

Walaupun resipi ni tak hebat, di sebabkan kasih sayang yang di curahkan ketika memasak, maka terhasil lah nasi goreng yang simple tapi enak. Huhuuuu

#daridapurwayne


Monday, 19 March 2018

14:29:00

Laksa power, cendol power di Tanjung Karang, Kuala Selangor

Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang Kuala Selangor saji laksa power


Sedapnya makan cendol ketika musim panas ni. Ya allah, sekali hirup, sejuk tekak. Kalau dekat Kuala Selangor ni, yang famous ada 2 kedai. Tapi, kedai ni memang favourite BeWe dengan mama Harraz. Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor. Memang power!

Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang

Laksa power di Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor


Laksa di kedai ni memang boleh di kategorikan yang terbaik di Kuala Selangor. Walaupun kedai ni wong jowo punya, tapi laksa dia memang padu. Kuah dia pekat. Tak macam kedai lain.

Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang

Selalunya, kedai yang jual laksa bukan dari orang utagha, kuah dia cair je. Tapi kedai ni memang lain dari yang lain. Kuah dia power.

Cendol pulut hitam


Sebelum ni BeWe order ABC. Namun, rasanya malah rupanya tak boleh lawan ABC seksyen 2 Shah Alam (dulu kedai buruk tu lagi. Memang port student uitm).

Selalu, kalau kita order cendol pulut, kita akan dapat pulut yang biasa tu.

Tapi, dekat kedai ni tak. Dia hidangkan pulut hitam. First time BeWe makan pulut hitam. Rasa dia pun ok juga.

Terbaik bossss.........

Lokasi Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor.


Bagi yang nak ke kedai ni, boleh terus taip di google map Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Lokasi Cendol tapai durian batu 9, Tanjung Karang


Kalau tak jumpa, boleh taip Family Bundle Tanjung Karang.

Saturday, 17 March 2018

10:01:00

Selamat tinggal Toys 'R' Us

Toys 'R' Us bangkrap, tutup kedai satu dunia


Antara kedai yang paling di takuti oleh semua ibu bapa di dunia, Toys 'R' Us telah pun di isytihar muflis.


Amat mendukacitakan sebenarnya bila mendengar berita ini. Apatah lagi Toys 'R' Us ni adalah kedai yang paling BeWe suka sangat untuk masuk.

Tapi kalau nak beli, mahal bebenor yeop. So, masuk cuci mata memang best. 

Setakat ni, kalau masuk dengan Harraz, dia memang tak minta apa-apa pun. Dia pun join cuci mata juga. Hahaaa.

Penah juga lah BeWe beli 1, 2 toys dekat Toys 'R' Us ni. Tapi beli yang murah je la. Kalau tengok toys Transformers, memang geram je. 

So, lepas ni kalau pergi Alamanda dengan IOI City Mall Putrajaya, dah boleh jalan dengan tenang lah. Tapi kesian pula dekat pekerja Toys 'R' Us nanti. Terpaksa cari kerja lain.

Harap-harap la ada jualan mega dari Toys 'R' Us ni. Kot dapat harga murah gila. Huhuu.

Friday, 16 March 2018

15:20:00

Alami keseronokan bercuti di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur sempena cuti sekolah

Dengan berbelanja RM38, alami keseronokan di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur sempena cuti sekolah


Musim cuti sekolah kini kembali lagi. Bagi ibu bapa, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama anak. Walaupun ada yang berkata, cuti sekolah ni ramai ibu-ibu akan bertukar menjadi singa, harimau, beruang, BeWe yakin, dengan meluangkan masa di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur ini, pastinya watak-watak imaginasi tadi tidak wujud. Jom kita luangkan masa besama anak-anak dengan bermain sambil belajar di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur.

KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur

Aktiviti menarik di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur


Mari kita lihat antara aktiviti yang memberikan keterujaan kepada anak-anak kita di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur ini.

Terdapat 8 aktiviti di sediakan iaitu:-


  1. Sharp Air Quality Control;
  2. Scott's Research Lab;
  3. Mc Donald's Fitness Centre;
  4. Magic Studio;
  5. TV Studio;
  6. Volvo - Stop;
  7. look and wave;
  8. Court house and a Recycling centre

Belanja RM38 dan dapatkan tiket KidZania GO!


Untuk mendapatkan tiket di KidZania GO! ini, kita hanya perlu berbelanja sebanyak RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur dan boleh tebus tiket untuk masuk ke KidZania GO! ini. Wowwww!!!!! Murahnya tiket ni. Memang wajib pergi ni.

Untuk tebus tiket ini, pengunjung perlu datang pada tarikh seperti di bawah ini:-

Tarikh : Dari  19 sehingga 25 Mac 2018
Masa: 10.00 pagi sehingga 9.30 malam

Jom kita alami keseronokkan bersama anak-anak di KidZania GO! Quill City Mall Kuala Lumpur.

Sunday, 4 March 2018

10:51:00

Filem Badang kutip jualan RM74 JUTA

Badang raih kutipan RM74 Juta menurut Sinar Harian


Filem yang di katakan boleh menggugat filem Hollywood iaitu Black Panther, filem Badang memang tiada tandingan.


Dengan kutipan RM74 Juta di Malaysia sahaja, tentunya ia sangat WOWWWWW!!!!

Filem Malaysia yang paling power pun dalam RM20 juta dapat di raih. Tapi dengan penampilan bintang baru ini, Badang memang luar biasa.


Korang nampak tak tu 👆👆👆. RM74 juta kooo!!

Siapalah yang tweet ni? 74 juta ke? 74 ribu ke? 74 hengget?.

Macam tak caya je sampai puluh ribu. Siapa je yang nak tengok?