Huawei P20 - Bakal gegarkan rusuk kaki selfie





Huawei P20 - telefon pintar dengan 3 kamera


Bagi peminat telefon pintar Huawei (macam BeWe), satu berita gembira bakal di perdengarkan pada penghujung Februari 2018 ini. Huawei akan melancarkan telefon pintar dari keluarga P iaitu Huawei P20 yang pertama di dunia dengan rekaan 3 kamera!


Spesifikasi Huawei P20


Kalau sebelum ini rekaan Dual Camera Huawei sudah pun menggocangkan jiwa dan raga peminat pengguna telefon pintar berkamera, kini Huawei kembali menggocangkan jiwa dan raga anda semua.

Kali ni tak tahulah macam mana kehebatan triple camera ini menghasilkan gambar dan juga video.

Antara info yang di dengari ialah kamera ini akan menghasilkan resolusi sebanyak 40 megapixels dengan keupayaan 5x zoom. Power bak ang!! Boleh zoom 5x. Huawei mate 8 BeWe pun tak mampu. Adoiii....sedih. Macam kena tukar telefon macam ni. Apa lagi yang best agaknya dengan P20 ni?

Selfie kamera dia pula 24 megapixels. Confirm la kaki selfie tu akan buat live FB, IG, Bigo etc.

Selain itu, sistem paparan 6-inch OLED, dengan keupayaan sistem pemprosessan artificial intelligence-enabled Kirin 970 dan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Sistem operasi bagi P20 ini akan mengikuti spesifikasi sistem operasi Mate 10 yang super power tu.







P20 di jenamakan ke P11


Anda sudah tonton video di atas? Ada yang mengatakan bahawa Huawei P20 ini akan di keluarkan secara rasmi dengan jenama P11.



Kalau ikut logiknya, memanglah logik P11 akan keluar selepas P10.

Namun, kita tunggu je lah berita dari Huawei nanti.

3 kamera ko! Memang syok bagi blogger. Gambar mesti gempak nanti.

Harga Huawei P20


Harga untuk pasaran Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Ura-ura mengatakan harga di Eropah dalam lingkungan £550 sehingga £600. Rasanya mau harga dia dalam RM2,500 hingga ke RM3,500. Ni anggaran je lah. Pape nanti BeWe roger ye
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
AimNub Haris
AUTHOR
5 February 2018 at 13:18 delete

ohhh my.. ohh my...!
tak sabarnya tunggu P11 ni.. hahahahaa.. harap2 harga masih affordable la.. tapi kalau nak harga mampu milik dalam masa yang sama nak smartphone yang gila canggih, mcm mustahil je kan.. :p

so, sama ada semua spec di'upgrade' tapi harga super-mahal-nak-pengsan or spec camera je di'upgrade' gila-gila tapi spec bahagian lain di down-grade kan supaya harga masih affordable.. ermmmm..

tunggu dan lihat.. :)

...

Reply
avatar
5 February 2018 at 18:28 delete

alamak bestnyaaaa mau gigih simpan duit ni

Reply
avatar
khaty aiman
AUTHOR
27 February 2018 at 11:22 delete

mampu tengok keluaran baru..tapi memang gempak la dia punya kamera nanti

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
3 March 2018 at 02:04 delete

Waaa.. bestnya kalau dapat grab 1..

Reply
avatar
wayne harraz
AUTHOR
29 March 2018 at 05:21 delete

Da keluar dah kak. Malaysia xmasuk lg

Reply
avatar