Adakah kuota 5 pemain import merugikan pemain Malaysia

Adakah kuota 5 pemain import merugikan pemain Malaysia


Keputusan FAM baru-baru ini memperkenalkan kuota 5 pemain import di pandang negatif sebahagian penyokong dan bekas pemain Malaysia. Adakah kuota 5 pemain import merugikan pemain Malaysia?

kuota 5 pemain import

Kejuaraan JDT di AFC jadi inspirasi


Berapa ramai yang bersetuju dengan pandangan FAM ini? Pastinya memang ramai tidak setuju. Tetapi ini adalah demi bola sepak Malaysia.

Pandangan FAM ini adalah bertepatan dengan misi pasukan Liga Super untuk beraksi di pentas AFC dan juga ACL.

Dengan kemasukan 5 pemain import yang berkualiti, pasukan dari Malaysia akan di barisi pemain yang kuat dari segi fizikal dan mental.

Kejuaraan JDT menjadi juara AFC juga telah menjadikan inspirasi buat FAM untuk menyiapkan satu pasukan yang kuat dari segi fizikal untuk bertanding di kejuaraan AFC.

Setelah JDT menjadi juara (bernasib baik kerana pasukan dari Qatar di tarik penyertaan), tahun selepas itu, JDT gagal menyinar. Pasukan Bengaluru bahkan bertambah kuat pada penyertaan selepas itu.

Ini membuktikan pemain Malaysia dengan di barisi 3 kuota import gagal bersaing di peringkat lebih tinggi.

Justeru itu, untuk bersaing di peringkat ACL bahkan lebih sukar lagi.

Jangan pertikai keputusan FAM dahulu


Setelah Vengada mengambil alih pasukan senior, ada suara-suara yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden FAM.

Kalau ikutkan, memang kita tidak berpuas hati dengan tahap pasukan senior. Tapi kita perlu ingat, Vengada bukannya melatih robot.

Untuk berjaya seperti Jepun, kita perlukan misi 10 tahun yang di gunapakai oleh Jepun. Dalam sistem ini, mereka melatih dari akar umbi.

Masalah akar umbi di negara kita sememangnya lemah. Kita tidak dapat lahirkan pemain akar umbi yang ramai dan talented.

Ada yang telented, tapi mungkin mereka tidak sambung bakat mereka itu dan terus fokus kepada pelajaran.

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Adakah kuota 5 pemain import merugikan pemain Malaysia"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF