Halaman

    Social Items


Animasi Ferdinand best, wajib tonton


Siapa yang dah tengok animasi Ferdinand di wayang? BeWe dah pun tengok cerita ni minggu lepas. Memang bestlah. Kelakar! Tapi ada pula orang kata cerita ni bosan. Siapa lah agaknya tu ek.


Cerita Ferdinand ni pasal cerita sekor lembu laga, yang matador dekat Sepanyol lawan tu, tak nak jadi lembu laga tu. Motif? Sebab lembu ni berjiwa lembut. Suka bunga. Boleh pulak kan dia tak nak jadi lembu ni.

Padahal bapak dia lembu laga yang paling gagah kot.


Ni lah si Ferdinand tu. Dari kecik sampai ke besor, suka sangat dengan bunga. Mat bunga gamaknya.

Si Ferdinand ni adalah kawan sekandang dengan dia. Kawan dia paling gagah Valiente. Nama pun dah Valiente, memang nakal natang sekor ni. Kuat gaduh. Memang taiko la dia ni.


Selain tu ada juga Bones, Angus dan yang paling kelakar sekali lembu yang senyap je. Tapi muka bengis. Macam mambang bengis.


Nama dia Maquina. Suara tak de. Tapi memang kelakar. Dia punya brutal, lalat hinggap dekat mata, dia tutup mata, lalat tu mati tersepit dekat mata dia. Memang brutal sungguh.

Paling kelakar bila part diorang ni lawan joget dengan kuda. Yang ni memang sangat-sangat kelakar.


Tapi kan, tengah-tengah layan cerita ni boleh pula si Harraz cakap cerita ni bosan. Ke BeWe yang eksaited sebenarnya? Hahaha.....

Ok, cukup lah BeWe cerita sikit. Yang lain nanti tengoklah sendiri pengembaraan Ferdinand yang lari dari kandang setelah menunggu ayahnya tidah pulang-pulang dari lawan matador tu. Sampai dia jumpa Nina, lepas tu kena tangkap balik dan di masukkan ke kandang semula.

Best korang......

Ferdinand - Berbaloi tengok wayang

Cikgu Azizan di lepaskan dan di bebaskan dari Mahkamah


Berita gembira buat penyokong Cikgu Azizan. Dengan ini mahkamah majistret seremban telah melepaskan dan membebaskan Cikgu Azizan Manap atas pertuduhan mencederakan muridnya.


Gembira rasa hati ini bila dengar berita ini. Berkat doa dari kita semua, cikgu Azizan telah pun di bebaskan.

Semoga bapa pelajar tu dapat pengajaran dari kes ini dan semoga kita semua ambil iktibar.

Jangan nak saman cikgu je kalau anak tu salah. Sukati dia je.

Kang dah besor anak tu tak jadi orang, baru nyesal.

Cikgu Azizan di lepaskan dan di bebaskan dari Mahkamah

Maxis tukar pelan harian dan mingguan, tambahan data 10gb


Setelah sekian lama, semenjak seteru Maxis, iaitu Celcom memperkenalkan data 60gb sebulan dan boleh gabung data harian dan mingguan, kini Maxis baru sahaja tukar pelan mereka. Maxis kini telah menukar pelan harian dan mingguan dan tambahan data 10gb di berikan kepada pengguna Maxis.


Sebenarnya, rakan seofis BeWe yang gunakan Celcom yang bagitahu BeWe Celcom boleh combine data. Cuma ada tambahan bayaran RM10 sebab combine data. 

Tapi bila BeWe call Maxis, tak boleh pula diorang cakap. Tapi tu tahun lepas lah BeWe call. Tapi tahun ni, Maxis dah pun combine data harian dan mingguan. Ada tambahan 10gb lagi sekarang ni. Tapi nak celen Celcom yang bagi 60gb sebulan memang tak dapatlah.

Tapi rasanya, cukuplah dengan 50gb sebulan. Dengan blog pun dah berkurangan update semenjak dua menjak ni, memang cukup sangat tu.

Kelas Adsense pun lama dah tak jenguk. Macam manalah anak-anak murid Adsense BeWe ni. Huhuhu.....

Maxis Postpaid kini tiada lagi pelan harian dan mingguan


carian di sini



Subscribe Our Newsletter