Tarikh keputusan UPSR 2017





Keputusan UPSR 2017 akan keluar pada 23 November 2017


Satu perkongsian di laman sosial berkaitan tarikh keputusan UPSR 2017 telah pun tular. Untuk makluman, tarikh keputusan UPSR 2017 akan di umumkan pada 23 November 2017 bersamaan hari Khamis, 4 Rabiulawal 1419 Hijriah.


Kepada adik-adik, pastinya berdebar-debar. Ibu bapa lagi berdebar sebenarnya.

Jika adik-adik yang dapat keputusan kurang memberangsangkan, usah kecewa. Banyak lagi masa untuk kita baiki. Abe We dulu ada kawan sekolah yang tidak di sangka menjadi pelajar terbaik SPM.

Masa keputusan UPSR dan PMR di keluarkan, dia bukan di kategorikan sebagai pelajar terbaik. Duduk kelas pun kelas yang ke-4.

Namun, bila SPM sahaja, dia belajar betul-betul sehingga di nobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah. 

Lepas tu masuk UTM. Dah grad, mohon kerajaan. Dapat pula masuk PTD.

Dah jadi orang hebat. Kejayaan kita sebenarnya boleh berubah jika kita mahukan kejayaan dan berusaha bersungguh-sungguh.
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Cikgu Iza
AUTHOR
17 November 2017 at 23:13 delete

Pada ibu bapa yang ada anak menduduki upsr tentu berdebar2, termasuklah guru2 yg mengajar murid2 t6... gud luck.. aritu kawan akak dah berdebar2 untuk psra.. ni mennati result upsr plak..

Reply
avatar
19 November 2017 at 09:39 delete

nasib seseorang tu bergantung jugak pada usaha dia.. ramai yg berusaha tak pernah kenal jemu.. di akhirnya akan nampak jugak hasilnya..

Reply
avatar
Mawar Assufi
AUTHOR
19 November 2017 at 23:02 delete

Takda adik upsr dah. Hihi

Reply
avatar