Halaman

    Social Items


Bina rak stor tanpa upah orang


Aktiviti hujung minggu BeWe tak lengkap tanpa membuat kerja-kerja DIY ni. Cewah. Sebenarnya atas desakan mama Harraz. Makanya, janji 2 tahun kenalah laksanakan. Kali ini, BeWe buat rak stor secara DIY sahaja. Tak susah. Tapi mahal juga sebenarnya.


Bahan dan alatan yang di gunakan untuk membuat rak stor


Antara alatan dan juga alatan yang BeWe gunakan ialah:-

1) Mesing potong plywood
2) Gergaji besi

Manakala bahan-bahannya ialah:-

1) Plywood tebal 16mm - RM48/keping
2) Besi rak - RM16/batang
3) Skru rak - yang ni tak ingat harganya

Besi rak ni ada 2 jenis yang di jual di hardware. BeWe pun dah lupa saiz besi ni berapa inci. Tapi dia jenis yang tak berapa besar sangat lah.

BeWe rasa lebih kurang 12-16 batang besi ni BeWe beli. Mula-mula beli 6 batang. Tak cukup. Lepas tu beli 4 batang. Tak cukup lagi. Lepas tu entah berapa batang lagi tah beli. 2 minggu jugalah nak siapkan. Eh, 2 kali sabtu dan ahad juga lah nak siapkan.


Cuba tengok gambar tu. Yang ni separa siap. Dah buat rak straight, mama Harraz nak tambah bentuk L pula. Tu yang sampai 2 kali sabtu & ahad buat.

Kalau nak tengok gambar yang dah siap, memang tak boleh nak tunjuk. Sepah juga!!

Hahahaha....

DIY Rak Stor

Keputusan UPSR 2017 akan keluar pada 23 November 2017


Satu perkongsian di laman sosial berkaitan tarikh keputusan UPSR 2017 telah pun tular. Untuk makluman, tarikh keputusan UPSR 2017 akan di umumkan pada 23 November 2017 bersamaan hari Khamis, 4 Rabiulawal 1419 Hijriah.


Kepada adik-adik, pastinya berdebar-debar. Ibu bapa lagi berdebar sebenarnya.

Jika adik-adik yang dapat keputusan kurang memberangsangkan, usah kecewa. Banyak lagi masa untuk kita baiki. Abe We dulu ada kawan sekolah yang tidak di sangka menjadi pelajar terbaik SPM.

Masa keputusan UPSR dan PMR di keluarkan, dia bukan di kategorikan sebagai pelajar terbaik. Duduk kelas pun kelas yang ke-4.

Namun, bila SPM sahaja, dia belajar betul-betul sehingga di nobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah. 

Lepas tu masuk UTM. Dah grad, mohon kerajaan. Dapat pula masuk PTD.

Dah jadi orang hebat. Kejayaan kita sebenarnya boleh berubah jika kita mahukan kejayaan dan berusaha bersungguh-sungguh.

Tarikh keputusan UPSR 2017

Interior Myvi 2018 memang mengancam!

Demam Myvi 2018 sudah pun melanda Malaysia. Harga murah, minyak pula jimat. Tak pakai kereta continental pun tak pe lah. Kereta Myvi pun dah cukup selesa. Moh kita tengok lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam.

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Bahagian Dalaman


Myvi 2018 ni dah pun guna sistem keyless. Pakai button sahaja! Mantop dah kereta Myvi ni. Bukan calang-calang ye. Ada LCD lagi. Kalau ambil full spec confirm memang puas hati!

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Agak-agak aircond Myvi 2018 ni ok tak? Ada yang mengadu aircond Myvi kurang power sikit. Siapa boleh bagi pencerahan?

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Bahagian bonet


Bahagian bonet dia luas juga nampak gayanya. Tak lah kecik sangat kan?

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam



p/s: Jom lah kita pergi booking sekarang.

Lagi gambar kereta Myvi 2018 yang mengancam

Sweden mara ke Piala Dunia 2018, singkir Itali


Piala Dunia 2018 banyak menyaksikan kejutan. Iceland buat kali pertama layak ke Piala Dunia 2018. Manakala Itali pula gagal ke Piala Dunia 2018. Sesuatu yang mengejutkan ramai peminat bola sepak.

Itali tidak layak ke Piala Dunia sejak 60 tahun lepas

Sejarah 60 tahun lepas berulang


Sesuatu yang amat mengecewakan peminat bola terutama penyokong Itali apabila pasukan itu terpaksa bermain play-off bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Itali adalah salah satu nama besar dalam dunia bola sepak yang menduduki ranking ke-15 FIFA  menjadi negara ke-3 yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 selepas, Chile, Peru dan Wales.

Itali tiada penyerang berprolifik tinggi


Jika di sebut sahaja pasukan Itali, peminat bola pasti akan memuji jentera pertahanan mereka yang sememangnya agak bagus.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pasukan Itali di lihat kurang memiliki jentera serangan yang baik selepas Totti bersara dari arena bola sepak.

Walaupun memenangi Piala Dunia 2006, namun pada kejohanan itu, pasukan Itali hanya sekadar seri 1-1 dengan pasukan Itali. Dan permainan terpaksa di sambung sehingga sepakan penalti.


Antara penyerang Itali yang meningkat naik, Andrea Belotti yang menjadi pemain gantian pada separuh masa ke-2 juga turut membantu pasukan itu layak ke Piala Dunia 2018.

Itali tidak layak ke Piala Dunia


Walaupun tidak layak ke Piala Dunia 2018, Itali masih boleh mencuba pada edisi Piala Dunia selanjutnya sepertimana Malaysia juga.

Itali tidak layak ke Piala Dunia sejak 60 tahun lepas

Alana Martina anak ke-4 Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronaldo yang baru menjadi ayah kepada 2 anak kembarnya kini sekali lagi bergelar ayah kepada anak perempuannya bernama Alana Martina


Ronaldo dan kekasihnya Georgina Rodriquez, 22 telah pun memuatnaik gambar mereka menyambut kelahiran anak perempuan mereka.





Cristiano Ronaldo kini jadi ayah kali ke-4

Myvi baru akan jadi raja jalanan Malaysia


Pasti ramai di antara kita, terutama peminat kereta perodua tertunggu-tunggu kemunculan Myvi baru atau pun Myvi 2018.


Abe We pun sama juga. Memang teruja tengok sneak peak terutama dari Paul Tan.

Kes berkaitan Myvi


Bila sebut je pasal Myvi, memang tak lari dari masalah ataupun kemalangan jalan raya.

Dalam fb, tv, atau mana-mana blog, mesti akan ada cerita berkaitan Myvi ni. Tu belum atas jalan lagi. Terutama atas highway. 

Raja jalanan


Kita ni bawa laju dah, dekat lorong kanan. Tiba-tiba tengok cermin pandang belakang, ada kereta dok main lampu. Kemahen laju dia.

Kita pun dok ingat kereta Merc ke BMW ke, sekali dia potong, chettt!!! Myvi je!

Myvi pilihan rakyat Malaysia

Memang tak dapat di nafikan, Myvi sememangnya kereta nombor 1 pilihan rakyat Malaysia terutama yang marhaen.

Myvi juga menjadi pilihan kebanyakan awek-awek!!

Tapi kalau ada awek-awek di luar sana yang beli Myvi baru ni, pergkhhhh.....memang kaum kami dok jeling lah.

Tapi jangan salah sangka, kaum kami dok jeling sambil cakap, sapelah yang bawa kereta laju macam #$*"'*"$$$**© ni!

Gambar Myvi baru


Dah bebel banyak, kita layan je la gambar Myvi baru ye. Memang cun!!!!!




Harga Myvi baru


Harga Myvi baru pun maintain pada harga lama juga tau. Tiada peningkatan yang mendadak. Kira nya harga Myvi ni memang standard RM40k-RM50k la. Dalam range ni je.







Gambar Myvi baru

Adidas telah sahkan beberapa jersi World Cup 2018


Demam World Cup 2018 sudah pun mula di rasai. Bermula dari 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018.

Jersi World Cup 2018

Adidas dengan rasminya telah mengesahkan jersi 8 pasukan yang akan bertanding di dalam piala dunia 2018 nanti.

Jersi Argentina 2018


Jersi Argentina Home 2018 tidak banyak beza dengan versi Piala Dunia 2014. Masih berlandaskan corak stripe seperti biasa. Namun kali ini stripe yang di gunakan 3 stripe berbanding 5 stripe ketika Piala Dunia 2014.

Jersi Argentina 2018
Jersi Argentina 2018

Jersi Argentina 2014
Jersi Argentina 2014

Jersi Jepun 2018


Jersi Jepun 2018 kali ini memang menarik!! Serius! Bertemakan samurai. Korang kena beli beb!!

Jersi Jepun 2018

Tengok si Kagawa ni pakai. Smart beb! Rasa macam ninja pula.

Jersi Jepun 2018

Kita compare dengan jersi Jepun 2014 pula. Jersi Jepun 2014 ni nampak biasa dan kosong je. Tapi jersi 2018, ada corak dat kalau dalam bahasa fesyennya.

jersi Jepun 2014

Jersi Mexico 2018


Chicharito! Nachos! Mr Potato!!! Mari tengok jersi Mexico!!!

Jersi Mexico 2018

Tengoklah jersi Mexico 2018 dan 2014 lebih kurang sama lah. Ada stripe halus. Ada corak gigi-gigi tu. Cuma tak de corak karen-karen tu je la. So so je lah jersi Mexico ni.


Jersi Belgium 2018


Jersi Belgium 2018 ni dah macam macam baju yang jual dekat FOS pula. Tak menarik sangatah pulak

Jersi Belgium 2018

Jersi Rusia 2018


Jersi Rusia 2018 ni berdasarkan jersi retro. Malas nak cerita sangat sebab tak cun pun.

Jersi Rusia 2018

Jersi Sepanyol 2018


Jersi Spain 2018 pun, alahai....longot je design dia. Tak menarik juga!

Jersi Spain 2018

Jersi Jerman 2018


Jersi German 2018 sepatutnya dan sewajibnya di simpan di dalam gobok! Cun bhai! Serius BeWe memang kena beli jersi ni. Jersi German memang tak mengecewakan lah. Manjang santek menarik tertarik.

Jersi German 2018

Jersi Colombia 2018


Korang penyokong Colombia ke? Yang ada pun mesti dak-dak foreigner dalam U je.

Jersi Colombia 2018

Jersi World Cup 2018

Selamat Tinggal PES2017, PES2018 nampak lebih menggiurkan


Kepada kaki gamers yang bermain game di handphone terutama gamers bola, PES2017 memang tidak asing lagi. Dan bermula 6 November 2017 sehingga 8 November 2017, PES telah pun menyahaktifkan PES2017 dan digantikan dengan PES2018


BeWe memang suka main game bola ni. Tapi tak de lah tahap hebat gila. Main untuk saja-saja je. Time takde buat apa-apa, baru main.


Punya belagak BeWe, belasah opponent sampai 14-0. Padahal lawan team 1 bintang je. Memanglah sayur. 

Cuba lawan team 5 bintang, sampai 5-0 kena bedal.

Tapi game PES2017 ni memang best. Grafik cantik. Kalau PES2018, mesti lagi cantikkan?

Tasaba nak main ni...huhuuu

Selamat Datang PES2018

Live Streaming Final Piala Malaysia 2017


carian di sini



Subscribe Our Newsletter