Tips elak kucing berak di laman rumah
Letak botol air berwarna untuk takutkan kucing
Sebelum ini, Abe We ada kongsikan tips untuk elakkan kucing berak di halaman rumah. Kalau nak ikutkan, tips sebelum ini kurang berjaya. Berkemungkinan kucing tersebut tidak takut dengan warna air yang di gunakan.
Tips kali ini, Abe We kongsikan teknik terbaru yang akan membuatkan persatuan kucing sedunia gentar. Kali ini Abe We letakkan air berwarna di dalam botol air mineral.
Caranya sangat mudah. Sesenang 1 2 3 sahaja.
Bahan yang di gunakan
Beberapa botol air mineral yang hendak di gunakan
Pewarna makanan (Warna merah nampak garang sikit. Boleh try gunakan warna lain)
Air
Cara-cara:
Titiskan beberapa titis pewarna makanan di dalam botol air mineral. Sedikit sahaja sudah memadai. Tambahkan air sehingga penuh botol air mineral.
Letakkan di tempat yang menjadi port kucing qadha' hajat.
Ok. Dah siap. Kita tengok sahaja hasilnya ye.
Good luck semua.
hahahahha. patutlah nampak dah banyak air berwarna dekat rumah2 jiran. nak ngelak kucing eyak rupanya. hehehehe
ReplyDeleteoooo.. baru tau. Nanti nak buatlah.
ReplyDelete