Tuesday, 8 August 2017

Tips elak kucing berak di laman rumah

Letak botol air berwarna untuk takutkan kucing


Sebelum ini, Abe We ada kongsikan tips untuk elakkan kucing berak di halaman rumah. Kalau nak ikutkan, tips sebelum ini kurang berjaya. Berkemungkinan kucing tersebut tidak takut dengan warna air yang di gunakan.

Tips elak kucing berak di laman rumah

Tips kali ini, Abe We kongsikan teknik terbaru yang akan membuatkan persatuan kucing sedunia gentar. Kali ini Abe We letakkan air berwarna di dalam botol air mineral.

Caranya sangat mudah. Sesenang 1 2 3 sahaja.

Bahan yang di gunakan


Beberapa botol air mineral yang hendak di gunakan
Pewarna makanan (Warna merah nampak garang sikit. Boleh try gunakan warna lain)
Air

Cara-cara:


Titiskan beberapa titis pewarna makanan di dalam botol air mineral. Sedikit sahaja sudah memadai. Tambahkan air sehingga penuh botol air mineral.

Letakkan di tempat yang menjadi port kucing qadha' hajat.

Ok. Dah siap. Kita tengok sahaja hasilnya ye.

Good luck semua.


2 comments:

  1. hahahahha. patutlah nampak dah banyak air berwarna dekat rumah2 jiran. nak ngelak kucing eyak rupanya. hehehehe

    ReplyDelete
  2. oooo.. baru tau. Nanti nak buatlah.

    ReplyDelete