Tak perlu bawa gambar semasa buat passport





Buat passport tak perlu bawa gambar, Imigresen sediakan kamera


Tak sabar sebenarnya nak bercuti ke luar negara. Dah 4 tahun tak keluar negara. Passport pun dah lama mati. So, bila dah lama tak buat passport, Abe We ingatkan sistem buat passport tu sama lagi. Rupanya buat passport tak perlu bawa gambar, Imigresen sediakan kamera. Rugi RM45 buat gambar.

Tak perlu bawa gambar semasa buat passport

Punyalah Abe We tak cek bab ambil gambar ni. Siap pergi kedai gambar dekat Putrajaya, budak jaga kedai tu pun beriya ambil gambar. Siap ambil gambar untuk 3 orang, Abe We bayarlah RM45.

Tapi lepas ambil gambar tu, Abe We pun ada terfikir sebenarnya, kenapa Imigresen sekarang tak pakai sistem macam JPN. Ambil gambar masa nak buat passport. Patutnya dah makin canggih mesti la ada sistem macam JPN. Banyak kali tau Abe We terfikir macam tu. Tapi sebab dah ambil gambar, so percaya je lah buat passport pakai gambar yang kita bawa sendiri.

Imigresen di UTC buka hujung minggu


Sebelum pergi buat passport ni, Abe We dah call Imigresen siap-siap tanya buka tak weekend. Operator tu pun cakaplah, kalau weekend pergi ke UTC Pudu Sentral, UTC Sentul dan UTC Keramat. Imigresen di UTC ni buka dari pukul 8.30 pagi sampai 10.00 malam. Wow, memang bagus sangat. Sampai malam buka.

Bila urusan ambil gambar dah setel, Abe We pun pergi lah ke UTC Keramat. Sampai je di UTC Keramat, parking dia tak berapa banyak. Memang full lah. Pusing 3-4 kali, baru dapat parking.

Naik je ke UTC, masuk dalam pejabat Imigresen, sekali tengok orang yang buat passport dekat kaunter tu, rupanya memang Imigresen dah pakai kamera sendiri. Woooooooo....rugi woo RM45. Kenyang makan McD! Huuuuuuhuuu....

Abe We sampai UTC Keramat dalam pukul 4.00 petang. Siap passport dalam pukul 6.30 petang. Ok sangatlah. Memang cepat berbanding dulu.

Harga buat passport


Harga buat passport sekarang pun murah. RM200.00 untuk dewasa selama 5 tahun. Manakala kanak-kanak RM100.00 selama 5 tahun. Murah sangatlah kan berbanding dulu.
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Mawar Assufi
AUTHOR
27 August 2017 at 22:35 delete

Wehhh jimat tuh RM45. Memang time desperate semua benda lupa. hehe

Reply
avatar