Resipi Brownies Hershey's Chewy





Jawapan kepada entri semalam - Brownies Hershey's Chewy


Seperti yang telah di janjikan semalam di Buat kuih di malam hari, makanya hari ini Abe We akan reveal kuih apakah yang Abe We buat semalam. Jawapannya ialah Brownies. Tapi Brownies Abe We ni, dia chewy-chewy gittew. Ye lah, nak kalahkan +Eny Abdullah  dengan +Papaglamz dotcom . Kita pun nak #browniesbantingputrajaya jugak.

Resipi Brownies Hershey's Chewy

Resipi Brownies Hershey's Chewy


Bagi sesiapa yang teringin nak buat sendiri, boleh lah gunakan resipi Abe We ni. Kalau nak order pula, sesiapa yang dekat Putrajaya, Dengkil atau Bukit Changgang, Banting tu, boleh lah contact no ni 017-8125655.

Resipi Brownies Hershey's Chewy

Bahan-bahan Brownies Hershey's Chewy


A. Double boil
450gm milk compound (Beryl’s)
150gm butter

B. Pukul bersama
150gm brown sugar
3 biji telur

C. Ayak bersama
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar serbuk koko
110gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder

D. 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan A di panaskan menggunakan kaedah Double Boil ataupun menggunakan Microwave. Abe We pilih Microwave sebab coklat cepat cair.

Setelah keluar sahaja Bahan A (pastikan ianya masih panas), campurkan bersama Bahan B dan juga Bahan C. Tetapi Bahan C perlu di masukkan sedikit demi sedikit. Abe We masukkan Bahan C tu sesenduk demi sesenduk, kemudian kacau perlahan-lahan. Bab ni Abe We serahkan kepada Mama Harrazlah sebab sesuai dengan jiwa wanita yang penuh dengan kelembutan. Kalau Abe We buat, memang gaya Iron Man lah jawabnya (mau jadi jemput-jemput gamaknya).

Sesudah habis Bahan C di kacau dan sebati, masukkan Bahan D pula. Dah setel semua, masukkan ke dalam loyang dan sedia untuk di bakar.

Lepas tu bakar di oven dengan kepanasan 190 darjah Celsius selama 10 minit. Kemudian tinggikan lagi kepada 180 darjah celsius selama 35 minit lagi. 

Selepas itu, biarkan ia sejuk di dalam oven dan buka sedikit pintu oven. Lepas dah agak-agak suam-suam, baru keluarkan dari oven.

Bahan hiasan tu ikut kreativiti sendiri la ye.

Selamat mencuba.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
14 August 2017 at 14:46 delete

Tq sharing resipi :) alhamdulillah.

Reply
avatar
nadhie wueen
AUTHOR
16 August 2017 at 18:57 delete

alahai terliur betul tengok. dah la memang peminat hershey :D

Reply
avatar