Borussia Dortmund lepaskan Ousmane Dembele kepada Barcelona
Ousmane Dembele di lepaskan kepada Barcelona dengan harga £90 juta
Borussia Dortmund telah pun bersetuju untuk melepaskan pemain mudanya Ousmane Dembele kepada Barcelona dengan harga £90 juta.
Barcelona terpaksa mencari tempat untuk mengisi kekosongan tempat yang di tinggalkan Neymar. Dembele menjadi calon paling tepat dengan umur yang masih muda dan mempunyai skil bola yang tinggi dan sesuai berada di posisi Neymar.
Namun, Barcelona terus juga memburu Coutinho bagi menambahkan persaingan di tempat kosong Neymar itu.
Sementara itu, di kediaman Dembele di Dortmund, kamera telah merakamkan dia sedang memuatmasuk barang-barangnya ke dalam kereta dan sedang mengemas rumahnya.
Ini menjadi bukti bahawa perpindahannya ke Nou Camp akan di realisasikan dalam masa beberapa hari lagi.
Sebok je paparazzi tu amik gambar kat rumah :D
ReplyDelete