Monday, 28 August 2017

Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Borong Udang Harimau RM20 Sekilo, Kembung RM5 Sekilo


Kuala Selangor, kalau tak borong makanan laut dekat sini tak sah. Apa lagi kalau kampung mertua dekat Kuala Selangor. Memang kita pergi beli stok makanan dekat rumah la. Lagi best bila dapat borong udang harimau RM20 sekilo dan ikan kembung RM5 sekilo.

Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Tempat yang BeWe selalu pergi ialah Pasar Basah Pasir Penambang. Tak berapa jauh dari rumah mertua. Dalam 10-15 minit je. Memang puas hati kalau beli dekat sini. Kalau nak beli ikan fresh, datang pukul 3.00 petang ke atas.



Tengok udang dekat sini memang geram-geram. Ada yang RM60 sekilo (besar juga saiznya). Ada udang lipan macam dalam gambar di bawah ini. Harga dia RM24 sekilo. Tapi BeWe tak pernah makan dan masak. Teringin nak beli. Tapi, next trip nanti beli lah.




Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Selain beli udang dan sotong, BeWe beli juga ikan bawal hitam ni dan juga ikan merah. Ikan merah RM30 sekilo. Murah lah kan?


Sotong katak ni BeWe tak pernah makan dan masak juga. So, tengok je lah. Hihihiiii

5 comments: