Berjaya dapatkan Bonnisan di Shopee
Stok Bonnisan di kebanyakan farmasi di Lembah Kelang habis
Selepas viralnya keberkesanan supplement Bonnisan keluaran Himalaya ni, Abe We cuba cari di beberapa farmasi sekitar Putrajaya dan Kajang. Namun sehinggakan outlet Himalaya di IOI Putrajaya pun habis stok.
Abe We cuba cari di Lazada. Pun tiada stok di Lazada. Lalu Abe We buka di Shopee. Alhamdulillah, dapat juga Bonnisan ni. Agak sukar juga nak cari.
So, malam tadi Abe We try la bagi Danish makan. Lepas suap tu tanyalah dia "Sedap tak bang?"
Dengan senang hatinya dia jawab "Cidap papa. Cidap"
Wowww..sedap rupanya supplement ni. Tapi Abe We tak boleh bagi testimoni. Baru makan sekali. Belum nampak lagi keberkesanannya.
p/s: Ni kalau agak-agak dah nampak keberkesanannya, Abe We pun nak try lah makan juga. Mana tau boleh tambah berat badan ni. Hihihihii....
nanti kalau hasilnya memuaskan story lagi eh...
ReplyDeleteBoleh. Kalau nmpk hasil memberangsangkn nnt sy cerita lg
Delete