Halaman

    Social Items


Gunakan cuti bersama keluarga


Sempena cuti panjang ni, di tambah dengan cuti umum yang telah di isytiharkan oleh Perdana Menteri, BeWe mengucapkan Selamat Hari Merdeka & Aidil Adha kepada pembaca blog wayneharraz.com yang di sayangi.

Selamat Hari Merdeka & Aidil Adha

Selain dari itu, dengan ini di umukan bahawa BeWe juga telah menjadi distributor Shaklee. Bagi pembaca blog BeWe yang nak order Shaklee, boleh hubungi BeWe selepas ini. Nantikan update dari BeWe ye.

Selamat Hari Merdeka & Aidil Adha

Ulat tiket jual di Mudah.my


Agak musykil kan kenapa tiket final bola sepak Sukan Sea 2017 di antara Malaysia menentang Thailand tidak di jual secara online.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Ada yang menyatakan ia nya di buat untuk elak ulat tiket. Tapi kalau dah jual maksimum seorang 5 tiket, mesti punya ada ulat tiket yang jual. Tak percaya? Tengoklah di Mudah.my ni.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Selain dari di Mudah.my juga, ada yang jual secara terus terang tanpa berselindung di FB.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Kita sebenarnya ternanti-nanti jawapan dari pihak yang bertanggungjawab. Kenapa tiket tidak di jual secara online yang mana mereka yang dari jauh pun boleh beli awal tanpa perlu bersusah payah ke stadium untuk beratur. 

Tiket bola final Sukan Sea 2017Jika Final Piala Malaysia pun jual tiket secara online, tapi Sukan Sea yang besar ni tak pula di jual secara online. Lagi satu, kalau di ikutkan, sistem online tiket bola ni selalu problem. Bila ramai pengunjung, mulalah tak boleh buka website tu. Manjang hang.

Tiket-tiket final bola sepak Sukan Sea 2017 yang lawak


Setelah kebanyakan peminat bola stress dengan sistem pembelian tiket, ada pula kawan-kawan kita yang cuba menghiburkan hati kita dengan membuat pelbagai pengubahsuaian tiket final bola sepak ni.

Antaranya tiket yang telah di liquid paper kan dengan menukar nama pasukan kepada Thailand, tarikh dan hari.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Tiket lukisan sendiri yang biasa kita nampak bila final bola sepak tak kira piala apa pun.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Dan juga tiket lepak di mamak atau rumah. Mahal pulak tu. Sampai RM300.00.

Tiket bola final Sukan Sea 2017

Tiket bola final Sukan Sea 2017 di jual di Mudah.my

Borong Udang Harimau RM20 Sekilo, Kembung RM5 Sekilo


Kuala Selangor, kalau tak borong makanan laut dekat sini tak sah. Apa lagi kalau kampung mertua dekat Kuala Selangor. Memang kita pergi beli stok makanan dekat rumah la. Lagi best bila dapat borong udang harimau RM20 sekilo dan ikan kembung RM5 sekilo.

Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Tempat yang BeWe selalu pergi ialah Pasar Basah Pasir Penambang. Tak berapa jauh dari rumah mertua. Dalam 10-15 minit je. Memang puas hati kalau beli dekat sini. Kalau nak beli ikan fresh, datang pukul 3.00 petang ke atas.



Tengok udang dekat sini memang geram-geram. Ada yang RM60 sekilo (besar juga saiznya). Ada udang lipan macam dalam gambar di bawah ini. Harga dia RM24 sekilo. Tapi BeWe tak pernah makan dan masak. Teringin nak beli. Tapi, next trip nanti beli lah.




Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Selain beli udang dan sotong, BeWe beli juga ikan bawal hitam ni dan juga ikan merah. Ikan merah RM30 sekilo. Murah lah kan?


Sotong katak ni BeWe tak pernah makan dan masak juga. So, tengok je lah. Hihihiiii

Borong makanan laut di Pasar Pasir Penambang

Live streaming facebook : Chelsea vs Everton

Live streaming Facebook : Mayweather vs McGregor

Live Streaming : Mayweather vs. McGregor


Saksikan pertarungan yang paling mahal di dunia antara Floyd Mayweather vs. Connor McGregor pada pukul 12 tengah hari.

Live Streaming : Mayweather vs. McGregor




Live Streaming : Mayweather vs. McGregor

Live Streaming Facebook : Manchester United vs Leicester City

Live Streaming Facebook : Manchester United vs Leicester City

Real Madrid, Tottenham dalam kumpulan maut


Setelah undian Champions League 2017/18 tamat, Manchester United berada dalam kumpulan selamat. Begitu juga Manchester City dan Liverpool. Namun Chelsea, Tottenham, Real Madrid, Juventus, Roma dan Dortmund berada dalam kumpulan maut.

Keputusan undian Champions League 2017/18

Keputusan Undian UCL

Group A: Benfica, Manchester United, Basel, CSKA Moscow
Group B: Bayern Munich, PSG, Anderlecht, Celtic
Group C: Chelsea, Atletico Madrid, Roma, Qarabag
Group D: Juventus, Barcelona, Olympiakos, Sporting Lisbon
Group E: Spartak Moscow, Sevilla, Liverpool, Maribor
Group F: Shakhtar Donetsk, Manchester City, Napoli, Feyenoord
Group G: Monaco, Porto, Besiktas, RB Leipzig
Group H: Real Madrid, Borussia Dortmund, Tottenham Hotspur, APOEL Nicosia

Keputusan undian Champions League 2017/18

Live streaming facebook : UCL Draw

Biskut Ikea Knackebrod Rag yang tiada rasa


Siapa pernah beli biskut ikea ni? Knackebrod Rag dan Knäckebröd Flerkorn? Kalau sesiapa dah pernah try, memang dah tau la rasa dia macam mana.

Biskut Ikea Knackebrod Rag yang tiada rasa

Al kisahnya, 2 minggu lepas Be We pergi Ikea. Di sebabkan pergi Ikea pukul 8.00 malam, so siap beli belah semua pukul 9.30 malam. Masa tu perut memang dah lapar sangat.

Tanya pekerja Ikea dekat situ, food court dah tutup katanya. Ye lah, masa tu dah pukul 9.50 malam. So, paling mudah nak dapatkan makanan sebelum beli karipap tu, kita beli lah biskut sikit.

Nampak menarik biskut Knackebrod Rag ni. Bungkusan hitam. Biskutnya pula nampak ada bintik-bintik. Ooooo... maybe coklat kot. Yang bungkusan putih ni pun sama, macam banyak bijan. Maybe lemak-lemak kot.

Siap beli biskut tu, try la makan biskut ni.

Biskut Ikea Knackebrod Rag yang tiada rasa


Camni hah muka Be We. Maigod....

Bagi Harraz makan pulak tu. Selamat bagi dia sikit je. Tu pun dia pulang balik.

Tak cidap papa...



Tapi kalau biskut Knäckebröd Flerkorn ni ok sikit lah. Sedap lagi. Cicah neskepe pun sedap. Kalau Knackebrod Rag, cicah neskepe pun masih tak mampu nak habiskan sekeping biskut. Huhuhuhu

Kalau tiada kekuatan, jangan terbeli biskut Ikea ni

Malaysia 1 - 2 Syria, tentera Basyar menang tipis

Di sebabkan kehangatan Sukan Sea, rasanya memang tak de live pun pasal Malaysia lawan Syria ni. Tau-tau je dengar dalam radio Malaysia kalah 1-2. Kira ok lah tu. Kalah sikit. Jom tengok highlight perlawanan ni.
Highlight Friendly Match : Malaysia vs Syria

Highlight Friendly Match : Malaysia vs Syria





\

Highlight Friendly Match : Malaysia vs Syria

Buat passport tak perlu bawa gambar, Imigresen sediakan kamera


Tak sabar sebenarnya nak bercuti ke luar negara. Dah 4 tahun tak keluar negara. Passport pun dah lama mati. So, bila dah lama tak buat passport, Abe We ingatkan sistem buat passport tu sama lagi. Rupanya buat passport tak perlu bawa gambar, Imigresen sediakan kamera. Rugi RM45 buat gambar.

Tak perlu bawa gambar semasa buat passport

Punyalah Abe We tak cek bab ambil gambar ni. Siap pergi kedai gambar dekat Putrajaya, budak jaga kedai tu pun beriya ambil gambar. Siap ambil gambar untuk 3 orang, Abe We bayarlah RM45.

Tapi lepas ambil gambar tu, Abe We pun ada terfikir sebenarnya, kenapa Imigresen sekarang tak pakai sistem macam JPN. Ambil gambar masa nak buat passport. Patutnya dah makin canggih mesti la ada sistem macam JPN. Banyak kali tau Abe We terfikir macam tu. Tapi sebab dah ambil gambar, so percaya je lah buat passport pakai gambar yang kita bawa sendiri.

Imigresen di UTC buka hujung minggu


Sebelum pergi buat passport ni, Abe We dah call Imigresen siap-siap tanya buka tak weekend. Operator tu pun cakaplah, kalau weekend pergi ke UTC Pudu Sentral, UTC Sentul dan UTC Keramat. Imigresen di UTC ni buka dari pukul 8.30 pagi sampai 10.00 malam. Wow, memang bagus sangat. Sampai malam buka.

Bila urusan ambil gambar dah setel, Abe We pun pergi lah ke UTC Keramat. Sampai je di UTC Keramat, parking dia tak berapa banyak. Memang full lah. Pusing 3-4 kali, baru dapat parking.

Naik je ke UTC, masuk dalam pejabat Imigresen, sekali tengok orang yang buat passport dekat kaunter tu, rupanya memang Imigresen dah pakai kamera sendiri. Woooooooo....rugi woo RM45. Kenyang makan McD! Huuuuuuhuuu....

Abe We sampai UTC Keramat dalam pukul 4.00 petang. Siap passport dalam pukul 6.30 petang. Ok sangatlah. Memang cepat berbanding dulu.

Harga buat passport


Harga buat passport sekarang pun murah. RM200.00 untuk dewasa selama 5 tahun. Manakala kanak-kanak RM100.00 selama 5 tahun. Murah sangatlah kan berbanding dulu.

Tak perlu bawa gambar semasa buat passport

Cara mohon Google Adsense Hosted kepada Non-Hosted Account


Adalah menjadi pilihan kepada ramai Blogger untuk mendapatkan Non-Hosted Account di Google Adsense. Ramai sebenarnya yang telah mendapatkan akaun Non-Hosted ini. Namun ada juga yang lulus akaun Hosted dahulu. Bagaimana Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account?

Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account

Apa itu akaun Hosted?


The account that you got approved from their hosted sites like YouTube, Blogspot or Hubpages. That mean if you got Adsense using the Adsense hosted sites like youtube, blogspot or hubpages. You can't use this Adsense account on any other domain name/site.

Kenalpasti akaun Google Adsense Anda


Pertama sekali, kita perlu menyemak jenis akaun Adsense kita. Untuk menyemak, sila ikuti langkah di dalam gambar di bawah ini. Jika akaun hosted, akan tertera seperti di dalam gambar di bawah ini.

Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account

Kemudian pergi ke langkah 2 dan isikan url blog anda di langkah ke-3 dan klik Submit seperti di langkah ke-4

Seterusnya pula, Adsense akan berikan kod HTML. Sila copy dan paste di dalam template anda. Sila copy code ini dan ikuti langkah di bawah ini.

Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account

Buka dashboard blogger. Buka di bahagian Theme dan klik edit HTML. Sila paste kod HTML di bawah <Head>. Semasa kita paste pastikan kita delete perkataan src seperti di dalam gambar di bawah ini.

Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account

Contoh selepas kita delete perkataan src. Kemudian klik save template.

Cara mohon Google Adsense Non-Hosted kepada Hosted Account

Langkah terakhir adalah seperti di bawah ini.


Dan yang paling terakhir sekali adalah KESABARAN....


Sila tunggu jawapan dari Adsense ya. Mungkin mengambil masa yang lama sedikit.

Cara mohon Google Adsense Hosted kepada Non-Hosted Account

Live Streaming Facebook : Huddersfield vs Newcastle United


Klik link ini untuk menyaksikan perlawanan di antara Huddersfield vs Newcastle United


Live Streaming Facebook : Huddersfield vs Newcastle United

Highlight - Swansea vs Manchester United


Minggu ke-2 yang penuh kegembiraan bagi peminat Manchester United. Makan besar lagi. 4 gol di sumbangkan oleh Bailey, Lukaku, Pogba dan Martial. Fuh...ada 3 pemain Man U kena ada dalam team Fantasy Football.



EPL Highlight - Swansea vs Manchester United

Manchester United buka perlawanan minggu ke-2 lawan Swansea


Rasanya, musim 2017/18 ni adalah musim yang paling menyeronokkan bagi peminat EPL. Dengan pelbagai pemain yang keluar masuk, drama-drama dari kelab dan pemain, pastinya tumpuan utama akan di berikan kepada 6 kelab utama.

Manchester United, Chelsea, Liverpool, Spurs, Manchester City dan Arsenal akan menjadi tumpuan para peminat bola EPL. Selain itu kelab bekas juara EPL, Leicester City juga bakal menjadi tumpuan di samping kelab yang baru naik Newcastle United dan juga Huddersfield Town yang mempunyai penyerang yang berbahaya pada hari pembukaan EPL tempoh minggu.

Jadual perlawanan EPL minggu ke-2


carian di sini



Subscribe Our Newsletter