Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri
Cara mudah letakkan kod Google Adsense dalam post entri
Ok. Setelah ramai yang mula tanya Abe We, selain iklan Google Adsense ni di letakkan di header dan juga sidebar, di mana lagi boleh letak? Ya, dalam entri pun boleh letak. Jom kita baca Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri.
Log in ke Google Adsense
Langkah pertama yang harus kita lakukan ialah dengan login masuk ke dalam akaun Google Adsense.
2. Selepas itu, pilih My Ads>Ad units>dan klik + New ad unit
3. Seterusnya akan keluar seperti di dalam gambar di bawah ini dan pilih opsyen yang ke-3, yang paling kanan sekali.
4. Seterusnya, masukkan nama Ads kita tu seperti yang di tunjukkan pada anak panah di dalam gambar di bawah dan klik Save and Get Code
5. Selepas itu Copy Code Snippet dan klik I'm Done.
Pilih perenggan untuk di masukkan kod
Setelah kita Copy Code Snippet tadi, kita akan pilih di perenggan mana kita akan masukkan iklan kita itu.
2. Untuk tujuan ini, kita perlu klik Preview seperti di dalam gambar di bawah ini.
3. Setelah itu, kenal pasti perenggan yang kita nak letakkan iklan itu dan cari Kata kunci pada perenggan tersebut.
4. Sebagai contoh kita akan letakkan di perenggan seperti di bawah ini dan kata kuncinya adalah akaun Google Adsense. Copy kata kunci ni untuk kita pergi ke langkah seterusnya.
5. Seterusnya, klik pada HTML di ruangan entri kita dan tekan CTRL + F dan masukkan kata kunci kita tadi. Setelah itu akan keluar kata kunci yang sama yang telah pun di highlightkan. Kita akan letakkan kod Adsense tadi di bawah kata kunci ini.
6. Paste Code Snippet tadi seperti di bawah ini.
Kebiasaanya, Adsense akan beri kod bermula dengan <script async xxxxx> dan di akhiri dengan </script>.
Namun kita boleh tambah kod </br> selepas </script> yang mana ia berfungsi untuk menjarakkan antara perenggan atas dan bawah.
7. Setelah selesai, macam biasa kita akan klik publish dan kita tengok hasilnya di blog kita.
Macam-macam cara rupanya nak masukkan iklan tengah post ni..
ReplyDeleteNice entry Abe We, saya pun start cuba-cuba je...
ReplyDeletemcm ni senang sikit tpi kena buat terus setiap kalu nk post entry
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih ilmu ini...
ReplyDeletealhandulilah senang....mcm sama kita copy paste iklaninvolve asia yg ada banner tu kan..tq for sharing..moga murah rezeki dgn ilmunya ini..alhamdulilah
ReplyDeleteAda lagi nota belum khatam adsense ni.
ReplyDeletedah cuba..hehe tp.iklannnya memang lambat ue nak keluar
ReplyDeleteorait sifu, saya dah jumpa post ni, terima kasih ya. hehehe. :)
ReplyDelete