Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily boleh disesuaikan dengan apa jua jenis pakaian





Contact Lens Bausch + Lomb boleh disesuaikan dengan apa jua jenis pakaian


Dalam era pantas sosial media, mempunyai gambar yang cantik adalah penting. Siapa tahu apabila rakan anda akan menangkap dan memuat naik foto anda di Facebook? Bayangkan ketika itu wajah anda lesu dan anda sedang memakai T-shirt kesukaan anda yang selesa tetapi agak buruk! Oleh itu, betapa pentingnya mempunyai wajah baru yang segar setiap masa yang boleh membuatkan orang di sekeliling anda iri hati!

Contact Lens Bausch + Lomb


Dengan kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, anda akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista.

Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi  keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.

Contact Lens Bausch + Lomb

Seterusnya, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily ajaib mempersonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.
Contact Lens Bausch + Lomb
Hujung minggu telah tiba dan ia adalah masa untuk berseronok! Cuaca yang cerah dan berangin adalah yang terbaik untuk kekal tenang. Tambahan pula, ia tidak menghadkan pergerakan badan. Sempurna untuk aktiviti hujung minggu. Dengan tudung berwarna putih dan kanta lekap Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amethyst Violet dapat mengekalkan rupa paras yang segar dan feminin. Tambahan pula pembayang mata berwarna coklat mocha dan gincu berwarna coklat dapat menyempurnakan lagi gaya kasual hujung minggu ini.

Contact Lens Bausch + Lomb

Memakai pakaian formal tidak semestinya harus kelihatan kosong dan membosankan. Anda perlu menonjol dari orang ramai dan kelihatan seperti seorang wanita yang berjaya. Kami sangat menyukai pakaian satin yang berwarna kelabu ini kerana ianya sesuai dipakai di majlis-majlis rasmi. Pakai pakaian ini dengan tudung berwarna coklat terang untuk sentuhan elegan. Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amber Brown juga boleh disesuaikan dengan pakaian ini kerana ia sesuai untuk mana-mana wajah. Ia juga dapat menonjolkan mata anda. Pembayang mata biru gelap dan merah jambu terang menambahkan lagi warna pop berserta dengan pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dan gincu berwarna peach akan menambahkan cahaya kesihatan seseorang yang menikmati kejayaan korporat.

Untuk malam yang istimewa, baju peplum dapat menambahkan lagi rasa bergaya. Tudung berwarna biru terang melengkapkan keseluruhan gaya. Untuk menyesuaikan warna biru terang ini, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Aqua Glacier merupakan pilihan warna kanta lekap yang paling sesuai! Dengan pembayang mata berwarna hijau akan menjadi pelengkap tona warna biru mata dan pakaian anda. Pemerah pipi berwarna merah jambu terang dan gincu berwarna merah jambu gelap memberi kontra dan melengkapkan lagi wajah anda untuk majlis yang tidak dapat dilupakan.

“Saya jatuh cinta dengan siri Bausch + Lomb Lacelle. Ia sungguh menceriakan apabila dapat melalui hari seperti tidak memakai sebarang kanta lekap. Ya, ia juga sangat selesa! "kata model Liyana Bakarudin, seorang pendorong media sosial.

Harga Bausch + Lomb


Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping.


Contact Lens Bausch + Lomb

Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.

Contact Lens Bausch + Lomb
Kedua-dua siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

*Sila gunakan nombor kerja LOTJ 2017-04-048 sebagai rujukan untuk penerbitan akhir bagi memastikan semua rujukan tersedia untuk sebarang tuntutan justifikasi.

Tentang Bausch + Lomb


Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pem-bedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Renu® dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.                                Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)         Jay Mee Chuah, Marketing Director.
Email: Vivian.Hoong@bausch.com                       Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603-7680 8830                                                        Tel: +6012 201 2088
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
AimNub Haris
AUTHOR
12 July 2017 at 13:01 delete

pernah tengok contact lens ni.. yang Champagne Brown tu lawa.. hehehehee.. :) tapi sekarang trend orang pakai contact lens colour hijau.. kerlasssss..!!

Ahkak tak berani dik nak pakai mata colour2 ni.. colour natural ok la.. Kalau Wayne boleh la cuba pakai contact lens Pink Rose tu.. amacam berani..?

:p

...

Reply
avatar
Efa Othman
AUTHOR
12 July 2017 at 13:55 delete

Semua cantik...harga pun berpatutan.....

Reply
avatar
syakillaazam
AUTHOR
22 July 2017 at 17:22 delete

cantiknyaaaaa teringin nak pakai tapi tak berani takot terlupa nak buka time tido huhuh

jemput singgah ye

http://www.syakillaazam.my/

Reply
avatar