Halaman

    Social Items


Uber dan Grabcar 'dihalalkan' bersaing dengan teksi


Berita gembira buat pemandu Uber dan juga Grabcar. Kerajaan telah pun 'menghalalkan' Uber dan juga Grabcar untuk beroperasi di seluruh negara.

Uber, GrabCar kini 'dihalalkan' beroperasi



Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di dunia meregulasikan undang-undang terhadap perkhidmatan e-hailing itu.

Semoga lepas ni tiada lagi kes berkaitan antara pemandu teksi dan juga  Uber dan Grabcar.

Uber dan Grabcar kini 'dihalalkan' Kerajaan

Cara mudah letakkan kod Google Adsense dalam post entri


Ok. Setelah ramai yang mula tanya Abe We, selain iklan Google Adsense ni di letakkan di header dan juga sidebar, di mana lagi boleh letak? Ya, dalam entri pun boleh letak. Jom kita baca Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

Log in ke Google Adsense


Langkah pertama yang harus kita lakukan ialah dengan login masuk ke dalam akaun Google Adsense.

2. Selepas itu, pilih My Ads>Ad units>dan klik + New ad unit

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

3. Seterusnya akan keluar seperti di dalam gambar di bawah ini dan pilih opsyen yang ke-3, yang paling kanan sekali.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

4. Seterusnya, masukkan nama Ads kita tu seperti yang di tunjukkan pada anak panah di dalam gambar di bawah dan klik Save and Get Code

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

5. Selepas itu Copy Code Snippet dan klik I'm Done.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

Pilih perenggan untuk di masukkan kod


Setelah kita Copy Code Snippet tadi, kita akan pilih di perenggan mana kita akan masukkan iklan kita itu.

2. Untuk tujuan ini, kita perlu klik Preview seperti di dalam gambar di bawah ini.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

3. Setelah itu, kenal pasti perenggan yang kita nak letakkan iklan itu dan cari Kata kunci pada perenggan tersebut.

4. Sebagai contoh kita akan letakkan di perenggan seperti di bawah ini dan kata kuncinya adalah akaun Google Adsense. Copy kata kunci ni untuk kita pergi ke langkah seterusnya.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

5. Seterusnya, klik pada HTML di ruangan entri kita dan tekan CTRL + F dan masukkan kata kunci kita tadi. Setelah itu akan keluar kata kunci yang sama yang telah pun di highlightkan. Kita akan letakkan kod Adsense tadi di bawah kata kunci ini.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

6. Paste Code Snippet tadi seperti di bawah ini.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

Kebiasaanya, Adsense akan beri kod bermula dengan <script async xxxxx> dan di akhiri dengan </script>.

Namun kita boleh tambah kod </br> selepas </script> yang mana ia berfungsi untuk menjarakkan antara perenggan atas dan bawah.

7. Setelah selesai, macam biasa kita akan klik publish dan kita tengok hasilnya di blog kita.

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

Cara letakkan kod Google Adsense dalam post entri

Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington bunuh diri


Berita sedih kepada peminat Linkin Park pagi ni. Penyanyi kumpulan itu, Chester Bennington telah di temui mati menggantungkan dirinya. Abe We pun minat juga Linkin Park ni. Tapi, bukanlah die hard fan sangat. Memang suka lagu-lagu mereka.

Chester Bennington bunuh diri

Masalah ketagihan alkohol dan dadah


Dari sumber media hiburan, Chester Bennington mempunyai masalah ketagihan alkohol dan juga dadah. Dia juga di dalam tempoh pemulihan dari ketagihannya. Namun, keluarganya memberikan sokongan yang kuat untuk dia pulih dari penyakitnya.

Ayah kepada 6 orang anak ini juga berkawan baik dengan Chris Cornell yang juga telah mempunyai masalah ketagihan dan telah membunuh diri dengan menggantungkan diri sama seperti Chris Cornell.

Chester juga membunuh diri pada tarikh lahir Chris Cornell!

Antara lagu kegemaran Abe We

Selamat tinggal Chester Bennington, Linkin Park

HCube Shop tawarkan produk kesihatan dan kecantikan yang murah dah original


Pernah tak awak semua nak cari barangan kesihatan atau supplement, tetapi tak tahu nak cari dekat mana. Abe We selalu je rasa macam tu. Kadang-kadang tu, cubalah cari dekat kedai dekat luar sana. Tapi masih tak jumpa juga. 


Kali ni, jom kita dekati sebuah portal yang menyediakan perkhidmatan menjual produk kesihatan. Jom kita layari Babies Blink Beauty yang mana ia menawarkan produk kesihatan dan kecantikan yang murah dan original.

Produk-produk yang di tawarkan semua selamat dan mendapat kelulusan KKM. Babies Blink Beautu ini merupakan 1 kedai online yang menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk seisi keluarga. Mereka juga mempunyai lebih 300 produk popular dan terkini di pasaran

Produk yang di tawarkan


Jom kita tengok antara produk yang hot dan paling di cari oleh pengguna.

HEIGHT UP


Tambah tinggi height up

Height Up merupakan satu produk kesihatan untuk menambahkan ketinggian. Antara yang menarik bagi produk ini ialah Perubahan boleh dilihat dalam masa 1 bulan (2-5cm) tetapi ia bergantung pada metobolisma dalam badan masing dan juga umur.

BELLEZA SKINCARE 5IN1


Belleza skin care murah

Belleza skincare 5-in-1 mampu merawat masalah jerawat yang sering di hadapi oleh wanita. Dirumus khas untuk MERAWAT pelbagai masalah kulit wajah. Belleza Skincare 5 In 1 merupakan antara produk yang menggunakan banyak ingredient yang
sangat berkualiti dalam proses untuk menghasilkannya. Produk ini sangat membantu untuk mencapai kulit yang diidamkan kerana ia berupaya membantu bagi mengatasi masalah masalah yang sering dihadapi oleh setiap wanita.

TISSA HAIR TONIC


Petua lebatkan rambut

Bagi mereka yang ada masalah kulit kepala terutamanya rambut gugur, kelumumur, rambut berminyak, rambut berbau hapak boleh cuba guna Tissa Advance Hair Tonic. Produk ini menggunakan habbatussauda sebagai bahan asasnya.

SET BUANG TAHI LALAT KLASIK INDAH

Ubat buang tahi lalat

Set buang tahi lalat klasik indah berkesan untuk menghilangkan tahi lalat, menghilangkan kutil, menghilangkan bebola minyak @ kolestrol di sekitar muka, leher atau badan.

Set ini juga di datangkan dengan Treatment Toner yang berfungsi untuk menyerap ke dalam kulit dan melembutkan tahi lalat, kutil dengan senang. Treatment toner ini boleh juga untuk menyeimbangkan kembali kulit dan meratakan tona-tona kulit dan mengatasi liang-liang pori besar, jeragat,  bintik-bintik hitam dan jerawat.

Selain itu terdapat juga set Removal Mole Cream yang akan di gunakan untuk menanggalkan tahi lalat.

Bagi memperbaiki bekas tahi lalat yang telah di tanggalkan, Repair Cream di gunakan bagi mencantikkan kulit.

MENSIVE HAIR TONIC

Petua lebatkan rambut

Bagi yang mempunyai masalah rambut gugur pula, boleh dapatkan Mensive hair tonic. Selain mampu melebatkan rambut, ia juga boleh mengawal kelumumur di kepala.

MESOTROPIN

Tambah berat badan

Abe We rasa dah jumpa produk yang betul-betul sesuai untuk Abe We gunakan. Mesotropin sesuai sangat untuk mereka yang ingin besarkan otot-otot di badan mereka. Fuh~~~ Kalaulah Abe We gunakan ni, kompem cair awek-awek yang lalu dekat sebelah Abe We...

Fuhhh~~ ada juga yang mama Harraz ajar Abe We mengucap...

Bagi yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi apa yang di jual di sini, boleh layari:-

Facebook Pages: https://www.facebook.com/hcubeshop/
Instagram: https://www.instagram.com/hcube_shop/
Youtube: https://www.youtube.com/user/HCubeShop

Atau sebarang pertanyaan di email: hcubeshop@gmail.com

HCube Shop mudahkan beli barangan kesihatan

Bila kepala mulai botak, kena la cari ubat lebatkan rambut


Ini lah masalah kaum lelaki. Botak kepala. Lagi-lagi bila usia meningkat ni kan. Makin lama, makin luas dahi Abe We. Huhuhu.... Macam mana ye cara nak bagi lebatkan rambut ni?

ubat lebatkan rambut

Entri ni bukanlah Abe We nak promote mana-mana produk. Tapi nya Abe We tertarik dengan produk Toppix ni.

Dah lama juga tercari-cari produk ni, baru lah jumpa di Watsons. Bagi sesiapa yang pernah tengok video penggunaan Toppix ni, dah tau la kan cara produk ini melebatkan rambut. 

Bagi yang belum tengok lagi, boleh tengok video dekat bawah ni. Rasa memang ajaib sangat produk ni.


Agaknya, produk mana yang bagus ye untuk melebatkan rambut ni? Yunam? Yujuh? Yupan? Ada idea tak?


p/s : Abe We saja je tak nak reveal part mana yang botak. I is malu tau.

Masalah kepala botak - Cari ubat lebatkan rambut

Kenny Rogers - Buy 1 Free 1 tak sampai RM30.00


Siapa dah makan Kenny Rogers Buy 1 Free 1? Memang rugi kalau tak pergi Kenny Rogers! Serius tau. Abe tak tipu.


Kisah di Burger King Alamanda Putrajaya


Al kisahnya, kelmarin Abe We dan keluarga pergi lah Alamanda. Lepas tu mama Harraz lapar Burger King. Masa nak pergi Burger King dia cakaplah dekat Kenny Rogers ada buy 1 free 1. Tapi masa tu ramai orang beratur dekat luar kedai Kenny Rogers.

Di sebabkan lapar sangat, mama Harraz pun pergilah Burger King sebab dia memang teringin sangat nak makan.

Bila dah order semua bagai, Abe We pun dengan penuh bangganya bawalah burger tu untuk di jamu. Bangga ni sambil bawa tray. Dengan bayar RM39, Abe We belilah 2 set burger, nugget 10 pieces dan juga Hershey's Sundae Pie.

Bila Abe We hampir siap makan tu, bayangkan, tak siap makan lagi ni, perut Abe We lapar lagi. Tapi masa tu muka cover. Konon-konon kenyang. Malas nak mengadu dekat mama Harraz. Jatuh air muka beb!

Tapi bila mama Harraz dah setel makan, tanpa rasa bersalah mama Harraz pun cakap

Lapar lagi lah. Macam tak cukup

Ya, itulah ayat yang Abe We nak dengar! Hahaha....mama Harraz pun lapar lagi.

Abe We pun cakaplah

Saya pun lapar lagi. Tak habis gigit burger tu lagi, dah lapar balik

Mama Harraz pun setuju. Dari perbualan kami itu, dapatlah Abe We simpulkan bahawa makan McD lagi kenyang dari makan Burger King.

Kisah di Kenny Rogers Alamanda Putrajaya


Keesokan petangnya, kami sekali lagi repeat ke Alamanda. Kali ni, memang target kami nak makan Kenny Rogers pula.

Sampai di Kenny Rogers je, memang kena beratur la jawabnya. Ramai juga orang. 

Ada orang belakang Abe We cakap

Ni kalau kita pergi IOI Putrajaya, lagi panjang kena beratur ni

Abe We pun setuju dengan kenyataan orang belakang Abe We tu. Kalau pergi dekat IOI Putrajaya, semua kedai makan penuh orang.

Sesudah dapat tempat duduk, mama Harraz pun orderlah set yang buy 1 free 1 tu. Danish pula nak makan nasi. Tak nak makan lain. Nak nasi juga. Memang tekak melayu betul. Waiter Kenny Rogers tu pun cadangkan agar ambil ala-carte nasi yang berharga RM8.50 sahaja sebab side dish set ni tak boleh pilih.

Ye la dik. Abang ambil je la nasi tu.

Dah siap makan semua, Abe We pun pergi lah bayar. Hanya RM32.00 sahaja. Ok sangat lah. murah betul (air kami order air suam 1 je). Tapi ok lah kan.

Berbanding pergi Burger King bayar RM39 tapi lapar lagi, pergi Kenny Rogers memang walla! Kenyang bak ang!

Untungnya makan di Kenny Rogers - Buy 1 Free 1

Bila orang lelaki shopping jam tangan online


Siapa kata lelaki hensem tak pandai shopping online? Hahahaaa.... Ni lah dia dah kategori shopaholic Abe We ni. Pada entri sebelum ini, Abe We dah pun beli 3 utas jam tangan, kali ni Abe We beli lagi 2 utas.

G Shock

Berkenaan harga jam tangan ni, biarlah rahsia. Cewah....Tapi yang penting, harganya tidak lah mahal mana.

Yang paling latest sekali yang sebelah kanan tu. Yang sebelah kiri tu baru sebulan je. 

Adakah Abe We ni kategori hantu jam?

Tambah lagi koleksi jam tangan G Shock

Contact Lens Bausch + Lomb boleh disesuaikan dengan apa jua jenis pakaian


Dalam era pantas sosial media, mempunyai gambar yang cantik adalah penting. Siapa tahu apabila rakan anda akan menangkap dan memuat naik foto anda di Facebook? Bayangkan ketika itu wajah anda lesu dan anda sedang memakai T-shirt kesukaan anda yang selesa tetapi agak buruk! Oleh itu, betapa pentingnya mempunyai wajah baru yang segar setiap masa yang boleh membuatkan orang di sekeliling anda iri hati!

Contact Lens Bausch + Lomb


Dengan kanta lekap kosmetik berwarna Lacelle dari Bausch + Lomb, anda akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang di iktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista.

Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi  keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.

Contact Lens Bausch + Lomb

Seterusnya, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily ajaib mempersonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini. Dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.
Contact Lens Bausch + Lomb
Hujung minggu telah tiba dan ia adalah masa untuk berseronok! Cuaca yang cerah dan berangin adalah yang terbaik untuk kekal tenang. Tambahan pula, ia tidak menghadkan pergerakan badan. Sempurna untuk aktiviti hujung minggu. Dengan tudung berwarna putih dan kanta lekap Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amethyst Violet dapat mengekalkan rupa paras yang segar dan feminin. Tambahan pula pembayang mata berwarna coklat mocha dan gincu berwarna coklat dapat menyempurnakan lagi gaya kasual hujung minggu ini.

Contact Lens Bausch + Lomb

Memakai pakaian formal tidak semestinya harus kelihatan kosong dan membosankan. Anda perlu menonjol dari orang ramai dan kelihatan seperti seorang wanita yang berjaya. Kami sangat menyukai pakaian satin yang berwarna kelabu ini kerana ianya sesuai dipakai di majlis-majlis rasmi. Pakai pakaian ini dengan tudung berwarna coklat terang untuk sentuhan elegan. Bausch + Lomb Lacelle Jewel Amber Brown juga boleh disesuaikan dengan pakaian ini kerana ia sesuai untuk mana-mana wajah. Ia juga dapat menonjolkan mata anda. Pembayang mata biru gelap dan merah jambu terang menambahkan lagi warna pop berserta dengan pemerah pipi berwarna merah jambu gelap dan gincu berwarna peach akan menambahkan cahaya kesihatan seseorang yang menikmati kejayaan korporat.

Untuk malam yang istimewa, baju peplum dapat menambahkan lagi rasa bergaya. Tudung berwarna biru terang melengkapkan keseluruhan gaya. Untuk menyesuaikan warna biru terang ini, Bausch + Lomb Lacelle Diamond Aqua Glacier merupakan pilihan warna kanta lekap yang paling sesuai! Dengan pembayang mata berwarna hijau akan menjadi pelengkap tona warna biru mata dan pakaian anda. Pemerah pipi berwarna merah jambu terang dan gincu berwarna merah jambu gelap memberi kontra dan melengkapkan lagi wajah anda untuk majlis yang tidak dapat dilupakan.

“Saya jatuh cinta dengan siri Bausch + Lomb Lacelle. Ia sungguh menceriakan apabila dapat melalui hari seperti tidak memakai sebarang kanta lekap. Ya, ia juga sangat selesa! "kata model Liyana Bakarudin, seorang pendorong media sosial.

Harga Bausch + Lomb


Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping.


Contact Lens Bausch + Lomb

Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.

Contact Lens Bausch + Lomb
Kedua-dua siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.

*Sila gunakan nombor kerja LOTJ 2017-04-048 sebagai rujukan untuk penerbitan akhir bagi memastikan semua rujukan tersedia untuk sebarang tuntutan justifikasi.

Tentang Bausch + Lomb


Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pem-bedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Renu® dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.                                Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)         Jay Mee Chuah, Marketing Director.
Email: Vivian.Hoong@bausch.com                       Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603-7680 8830                                                        Tel: +6012 201 2088

Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily boleh disesuaikan dengan apa jua jenis pakaian

Letakkan kod iklan di dalam widget di dashboard


Tahniah kepada beberapa blog yang telah lulus dalam masa beberapa minggu ini. Antaranya +aRzMoHa +Cik Candy  +Jueliza Jamani +eintan nurfuzie (yang tiada nama tu, jangan kecil hati pula ye). Mereka ni semua ahli afb.my. Tahniah sebab lulus Google Adsense. Namun persoalannya, apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense ni? Jom kita baca.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

Cara meletakkan iklan Google Adsense


Setelah anda berjaya lulus Google Adsense, apa yang kita perlu lakukan adalah seperti di bawah ini.

1. Klik Earnings di dashboard blogspot. Kemudian klik antara visit Adsense atau switch adsense account. 
apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

2. Setelah log in ke akaun Adsense, klik My Ads>Ad Units> dan klik New ad unit.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

3. Setelah itu akan keluar gambar seperti di bawah ini. Pilih yang pertama.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

4. Setelah itu, masukkan nama iklan kita. Di sini Abe We pilih iklan saiz 728x90. Nama iklan tu Abe We letak saiz iklan supaya senang nak tengok di dashboard Adsense. Lepas itu klik save. Tapi pastikan iklan yang kita pilih tu di Ad Type, kita klik Text & display ads.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

5. Kemudian akan keluar kod iklan dan sila salin (copy).

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

6. Buka semula dashboard blogspot, dan klik pada layout. Lepas itu, klik pada Add Widget.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense


7. Pilih HTML/JavaScript

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

8. Pastekan kod iklan tadi ke dalamnya dan klik save.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense

9. Gerakkan widget tadi ke tempat yang sesuai. Sebagai contoh, untuk saiz 728x90 tempat yang sesuai di kawasan Header, atas entri (kalau dalam layout di atas Main (seperti dalam gambar di bawah)). Kalau saiz 600x300 di side bar. Lepas itu klik save.

apa yang hendak di lakukan selepas lulus google adsense


Akaun Adsense sudah lulus - Apa perlu buat?

Alexandre Lacazette bakal sertai Arsenal


Alexandre Lacazette telah pun melepasi ujian kecergasan di Arsenal menurut laporan berita. Jika benar berita ini, Alexandre Lacazette bakal menjadi pemain termahal Arsenal.

Alexandre Lacazette Arsenal

Lacazette juga akan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan gaji berjumlah £150,000 seminggu.
Alexandre Lacazette Arsenal

Arsene Wenger juga akan membuat apa sahaja cara bagi mendapatkan Lacazette setelah peminat Arsenal mulai mempersoalkan kemampuan jurulatih itu.

Dengan menandatangani Lacazette, Wenger akan memujuk Alexis Sanchez supaya kekal di Emirates dan tidak akan sertai the Citizen.

Alexandre Lacazette lepasi ujian kecergasan Arsenal


carian di sini



Subscribe Our Newsletter