Bila abam Wayne jadi hantu jam

Beli 3 jam di Lazada


Rasanya, 2 bulan ni Abe We dah mulai menjadi hantu! Selamatlah hantu jam. Bukan nya hantu yang dok gentayangan tu. Masuk hari ni, dah 3 jam tangan Abe We beli. Tapi semua harga murah je.

jam murah di lazada
Saya sudah gila jam sekarang...

Jam Skmei 1180 Sport Watch


Jam pertama yang Abe We beli ialah jam Skmei 1180 Sportwatch. Kalau sebelum ni Abe We memang hanya meminati jam jarum, nah sekarang bertukar kepada jam digital.

jam murah di lazada
Jam skmei sport watch yang sesuai di pakai.

Abe We mula frust dengan jam analog ni bila start tukar bateri. Setiap kali tukar bateri je, lepas tu jam tu tahan beberapa hari je jalan. Lepas tu kiok... #sissentap gittew.


Apa yang best jam ni ialah boleh la kita sukat berapa banyak kita jalan atau berlari. Berapa jumlah kalori terbakar dari aktiviti tu. Ok juga lah jam ni. (Pura-pura nak eksesais je Abe We ni)

Jam Skmei 1227 Smart Watch


Jam ke-2 yang Abe We beli iaitu Skmei smart watch. Jam ni pun mempunyai kegunaan seperti jam Skmei sport watch. Cumanya kelebihan jam ni, dia boleh di hubungkan dengan telefon pintar kita melalui aplikai Bluetooth yang mana ia akan memberikan notifikasi mesej, telefon, facebook, twitter, wechat,qq dan juga skype.

jam murah di lazada
Jam skmei smart watch di datangkan bersama manual

Selain kelebihan di atas, aplikasi healthy living sama juga seperti jam sport watch di mana kita boleh monitor jumlah larian kita dan juga jumlah kalori yang terbakar semasa melakukan senaman.

jam murah di lazada
Pelbagai aplikasi kesihatan dan notifikasi yang ada di dalam jam ini

Tetapi kelemahan jam ini ialah dia sangat berat. Kalau pakai jam ni, memang lenguh tangan. Abe We memang jarang pakai jam ni.



Jam Sevenfriday yang unik


Siapa pernah dengar jenama jam Sevenfriday? Abe We pun sebenarnya baru dengar jenama jam sevenfriday ni. Itu pun tertengok iklan di facebook.

jam murah di lazada
Jam sevenfriday yang unik

Apa yang menarik tentang jam ini? Jam ini pada pandangan Abe We memang unik. Dan jam ini telah pun memasuki whishlist Abe We.

jam murah di lazada
Jam sevenfriday yang tidak menggunakan jarum. Sebaliknya nombornya yang bergerak
Bila tengok je jam sevenfriday ni, apa yang terlintas di kepala Abe We ialah macam mana cara tengok jam ni. Jarum jam tak de.

Rupa-rupanya, jam ni nombor dia yang bergerak. Jarum jam tu di gantikan dengan nombor. Terdapat senggatan kecil pada jam itu yang menunjukkan pukul berapa sekarang ni.

Kalau tengok gambar di atas, pada nombor 1 tu, ada satu senggatan. Kecil je. Waktu sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang. Bila senggatan tu masuk ke angka 2, bermakna waktunya pukul 2. Dan macam itulah seterusnya.

Ok, jam raya dah dapat. So, boleh lah kita beraya sakan tahun ni.
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Bila abam Wayne jadi hantu jam"

Hai Assalamualaikum

Saya Mayy (MJ) datang melawat/follow dari group AFB :D

Aik....tiru mamahikan nampak kumpul jam...

Bonde pon ada lebih dari 1 jam... he he he suka-suka beli...

cantik2 jam abam wayne niii

Kne beli byk. Senang nk bergaya

Jam murah dkt lazada jak.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF