Breaking


carian di sini



Wednesday, 21 June 2017

23:03:00

Cara hilangkan parut caesarean selepas bersalin

Parut caesarean selepas bersalin hilang dengan amalkan Czer Scar Powder


Caesarean adalah salah satu dari kaedah bersalin yang sering di gunakan pada masa ini. Ada banyak sebab pembedahan caesarean ini di lakukan ke atas ibu-ibu yang mahu melahirkan anak. Di kalangan teman-teman Abe We ada beberapa orang yang melakukan pembedahan caesarean atau pun biasanya orang kita panggil "czer" ni.


Kenapa pembedahan czer menjadi pilihan


Bagi sesetengah ibu-ibu mengandung, mereka mahukan bersalin secara normal. Tapi ada sebahagian dari mereka yang ingin melakukan pembedahan czer kerana takut sakit semasa bersalin.



Terdapat 2 sebab utama yang menentukan pembedahan czer ini iaitu:- 

1. Pembedahan caesarean yang dirancang (elektif):

  • Anda telah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini dan terdapat komplikasi semasa prosedur tersebut. Jika tiada komplikasi, kelahiran secara normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean atau VBAC) adalah mungkin dan ianya berjaya dalam 70% kes. 
  • Bayi anda dalam posisi punggung di bawah (songsang) dan external cephalic version (ECV) tidak disyorkan ataupun tidak berjaya.
  • Bayi anda kembar dua atau lebih, dan kembar yang pertama tidak berada dalam posisi kepala di bawah.
  • Bayi anda dalam kedudukan ke sisi (melintang), atau sentiasa mengubah kedudukannya (posisi tidak stabil).
  • Anda mengalami praeklampsia teruk atau eklampsia, dan kelahiran secara normal mengambil masa yang lama sehingga mendatangkan bahaya. 
  • Anda mempunyai plasenta rendah (plasenta praevia).
  • Anda menghidap penyakit, contohnya sesetengah jenis penyakit jantung.
  • Anda dinasihatkan untuk menjalani caesarean, mungkin sebab telah mengalami kelahiran vagina yang traumatik sebelum ini.
  • Anda mendapat jangkitan herpes genital buat pertama kalinya dalam trimester ketiga ini.
  • Anda menghidap HIV dan sama ada tidak menerima rawatan terapi retroviral, atau mempunyai viral load yang tinggi, atau juga menghidap hepatitis C. Kelahiran secara normal adalah satu pilihan jika HIV anda terkawal.

2. Caesarean kecemasan atau yang tidak dirancang


  • Bayi anda menjadi lemas semasa pelahiran.
  • Pelahiran anda adalah sangat lama dan perlahan (gagal untuk maju) kerana serviks anda tidak membuka dengan cukup untuk membolehkan bayi anda bergerak turun masuk ke dalam saluran kelahiran.
  • Percubaan untuk menggunakan instrumen seperti forseps atau ventuose telah gagal.
  • Plasenta telah tertanggal semasa pelahiran. Ini dipanggil plasenta abrupsi dan meletakkan bayi anda dalam bahaya.
  • Parut dari caesarean sebelumnya terkoyak (pecah rahim). Namun ini jarang berlaku, iaitu satu dalam 200 wanita.
  • Tali pusat tergelungsur turun melalui serviks terdahulu daripada bayi anda. Komplikasi yang jarang berlaku ini dipanggil prolaps kord. Ada kemungkinan talii pusat akan terhimpit semasa lahir, dan memotong bekalan oksigen kepada bayi anda.

Cara hilangkan parut caesarean selepas bersalin


Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari cara untuk hilangkan bekas parut czer ini, jom baca ini.

Czer Scar Powder bantu hilangkan parut bekas pembedahan czer


Antara produk lain yang boleh digunakan untuk menghilangkan parut adalah produk Czer Scar Powder yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu lagi untuk merawat parut pembedahan yang masih baru, luka luka kecil serta luka akibat penyakit kulit yang masih baru.

Dengan bantuan Czer Scar Powder , parut boleh mula pudar perlahan-lahan. Untuk hasil yang terbaik, sapukan Czer Scar Powder sebanyak dua kali sehari selama sekurang- kurangnya tiga bulan sebaik sahaja luka sembuh.

Kandungan Czer Scar Powder


Bagi yang tertanya-tanya apakah kandungan yang terdapat dalam Czer Scar Powder ini, berikut adalah kandungan yang terdapat di dalamnya:-
  • Czer Scar Powder diperbuat daripada 100 peratus herba terpilih dan antara bahan utamanya ialah kunyit ubat dan herba yang mampu merawat luka serta parut di samping menjadi antikuman kepada luka.
  • Czer Scar Powder menghilangkan dan menyembuhkan parut pembedahan yang masih baru, luka- luka kecil , serta luka penyakit kulit yang masih baru.
  • Untuk kesan yang terbaik boleh dicampur dengan air gamat asli Lagenda Mahsuri bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka dan parut.
  • Penggunaan yang berterusan pada waktu pagi dan malam untuk kesan terbaik.
  • Sesuai digunakan oleh bayi hingga dewasa sebagai penggunaan luaran sahaja.

Cara gunakan Czer Scar Powder


Ambil sedikit Czer Scar Powder, bancuh sedikit dengan air biasa atau yang terbaik gunakan air gamat asli Lagenda Mahsuri. Bancuh sehingga sebati, kemudian sapu seperti ala-ala bedak sejuk di sekitar luka pembedahan atau luka-luka lain setiap pagi , malam dan selepas mandi. Biarkan ianya kering sendiri, tidak perlu dibilas.

Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri


Untuk dalaman ;
Di minum dua sudu besar, tiga kali sehari bagi dewasa. Untuk kanak kanak satu sudu besar tiga kali sehari. Perlu digoncangkan sebelum diminum. Jika penyakit berlarutan sila dapatkan nasihat doktor.



Untuk luaran ;
Hanya sapu di bahagian luka dengan menggunakan kapas.

Harga Czer Scar Powder dan Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri


Harga Czer Scar Powder rm35
Harga air gamat asli Lagenda Mahsuri rm8

Testimoni pengguna Czer Scar Powder dan Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri




Cara dapatkan Czer Scar Powder Dan Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri

Jika berminat untuk mendapatkan Czer Scar Powder dan juga Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri, boleh Whatsapp Puan Lya 019 9202004 atau nombor tertera di bawah ;

Puan Aisyah : 013 987 1616

Atau anda boleh dapatkan Czer Scar Powder dan juga Air Gamat Asli Lagenda Mahsuri di kawasan berdekatan dengan anda:

Kuala Lumpur : 017 374 5050 (Puan Fidah)
Pasir Gudang, Johor : 012 929 7268 (Puan Wahida)
Kajang / Bangi : 013 346 4556 (Puan Dila)
Seremban : 019 648 6189 (En. Amirul)
Klang : 012 288 7468 (Puan Laila)
Hulu Langat : 013 328 8205 (Puan Siti)

Thursday, 15 June 2017

09:26:00

Victor Lindelof sah milik Manchester United

Manchester United muktamadkan pembelian Victor Lindelof


Manchester United telah memuktamadkan pembelian Victor Lindelof dari Benfica dengan yuran perpindahan sebanyak  £30.7 juta.

Victor Lindelof sah milik Manchester United

Seperti entri sebelum ini Manchester United hampir dapatkan Alvaro Morata dan Victor Lindelof, dengan ini pembelian Alvaro Morata masih belum di muktamadkan.

Kehadiran Victor Lindelof ke jentera pertahan United musim hadapan menyaksikan persaingan sengit di antara Chris Smalling, Marcos Rojo, Phil Jones, Daley Blind dan Eric Bailly. Namun di jangkan Lindelof akan berpasangan bersama Bailly di bahagian tengah.

Wednesday, 14 June 2017

15:51:00

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London

Menara Grenfell Tower terbakar di London - angka korban di jangka tinggi


Sebuah menara 27 tingkat di London, Grenfell Tower terbakar dan anggota keselamatan masih tidak dapat menjangkakan angka kematian,

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Anggota bomba yang dalam proses memadamkan kebakaran

Menara itu memuatkan sehingga 600 penghuni. Mereka di kejutkan dengan bau asap dan jeritan penghuni lain.

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London

Mereka yang sempat menyelamatkan diri memberitahu tiada penggera kebakaran berbunyi dan sistem sprinkler juga tidak berfungsi.

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Asap dapat di lihat dari jarak jauh

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Sisa bangunan yang terbakar terjatuh

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Seorang penghuni menunggu untuk di selamatkan di tingkat 11

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Anggota bomba melihat bangunan yang hangus terbakar. Api marak dengan cepat kerana tiada sistem sprinkler berfungsi

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London
Menara Grenfell yang marak terbakar

Gambar Menara Grenfell Tower terbakar di London


11:24:00

Umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah

UMUR AISHAH 16 TAHUN KETIKA BERKAHWIN DENGAN BAGINDA SAW


Seorang ulama Pakistan, Allama Habib-ur-Rahman Siddiqui Kandhalvi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali ra.

Umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah


Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

Fakta umur sebenar Aisyah r.ha


Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:

1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khadijah ra ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali RA di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habib-ur-Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.

Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habib-ur-Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habib-ur-Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.

Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.

Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?


Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.

Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Hujah penemuan baru dalam sirah Nabi SAW


Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Buku kajian dari Allama Habib-ur-Rahman Siddiqui Kandhalvi




bacaan tambahan

https://www.kaskus.co.id/thread/50e577012d75b4f352000007/9-bukti-nabi-muhammad-tidak-menikahi-aisyah-dibawah-umur/
10:34:00

Selamat tinggal Karl-Heinz Weigang

Karl-Heinz Weigang akan terus di ingati bola sepak Malaysia


Sebut saja nama Karl-Heinz Weigang, pasti peminat bola Malaysia memang kenal sangat. Ketokohannya dalam arena bola sepak Malaysia tidak boleh di sangkal lagi.


Peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih dalam tempoh kurang seminggu apabila jurulatih yang membimbing Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980.
Weigang, 81, adalah jurulatih luar yang paling dikenali di negara ini apabila di bawah bimbi­ngannya Harimau Malaya layak ke Olimpik Moscow walaupun Malaysia kemudian memboikot temasya itu kerana membantah serangan Kesatuan Sosialis Soviet Rusia ke atas Afghanistan. Kejayaan itu adalah yang kedua dicapai skuad negara setelah layak ke Olimpik Munich pada 1972 dan masih gagal diulangi hingga sekarang.

Tuesday, 13 June 2017

11:30:00

Crunchy Almond Caramel - Kuih raya paling pantas di buat

Crunchy Almond Caramel - siap 9 balang dalam masa 4 jam


Dah lama Abe We tak buat almond crunchy caramel ni. Last buat rasanya masa Danish umur setahun kot. Rasanya dalam tahun 2014. Masa tu memang almond crunchy caramel ni tengah top. Nak cari resipi pun sikit punya payah. Yang ada di jual masa tu, dari ejen-ejen. Kacang pun sikit. Harap banyak gula dia je.

resipi Crunchy Almond  Caramel

Kalau dulu Abe We guna loyang untuk prepare dan bakar kuih ni. Siap je bancuh semua bahan-bahan, masuk dalam loyang, lepas tu ratakan.

resipi Crunchy Almond  Caramel
Bahan-bahan crunchy almond caramel di ratakan di dalam loyang

Dah siap ratakan, bakar dalam oven. Bila dah masak, cepat-cepat keluarkan dan potong. 

resipi Crunchy Almond  Caramel
Crunchy almond  caramel yang siap di bakar dan di potong

Masa tengah potong ni la berlaku peperangan dunia kedua.

Pa, senget tu. Potong Tegak lah
Pa, tak sama besar tu. Potong ikut lah ukuran

Memang stress kalau tiba bab potong. Asyiklah senget, tak sama besar. Dah la nak potong time panas-panas.

resipi Crunchy Almond  Caramel


Nak siapkan 1 balang pun seksa guna style lama ni. Memang penat sangat. 

Alhamdulillah ada orang share video dekat facebook cara mudah dan cepat untuk sediakan crunchy almond caramel ni. Pakai bekas tat je. Memang mudah sangat. Cepat pun cepat.

Tapi Abe We tak jual dah. Kalau dulu jual pun untuk orang terdekat je.

Pernah ada orang dari kelantan nak order. Abe We cakap macam ni kat dia

Maaf kak. Saya bukan tak nak jual. Takut nanti akan makan pakai sudu je

Kalau ikutkan hati memang nak jual. Tapi kakak Abe We pernah jual dan pos dekat kawan dia. Memang makan pakai sudu. Kesian dengar.

Siapa ada buat kuih ni? Kita geng! 

Sunday, 11 June 2017

12:00:00

Ederson Moraes penjaga gol terbaru Manchester City

Manchester City tandatangani Ederson Moraes dari Benfica - Penjaga gol No. 1 the Citizens


Mancester City telah melengkapkan pembelian penjaga gol dari Benfica, Ederson Moraes.

Ederson Moraes penjaga gol terbaru Manchester City

Manchester City telah membayar £34.7 juta bagi mendapatkan Ederson Moraes. Moraes telah bersetuju menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Manchester City.

Pep Guardiola akan menjadikan Moraes sebagai penjaga gol nombor satu Manchester City. 
11:33:00

Arab Saudi akan denda sesiapa yang memakai jersi Barcelon

Arab Saudi denda pemakai jersi Barcelona sehingga RM652,000 dan penjara 15 tahun


Ekoran perbalahan dengan negara jirannya, Qatar, Arab Saudi akan mendenda mereka yang memakai jersi Barcelona.

Arab Saudi akan denda sesiapa yang memakai jersi Barcelon


Arab Saudi akan mendenda mereka yang memaki jersi Barcelona yang tertera penaja mereka Qatar Airways dengan jumlah denda sehingga RM652,000 dan penjara selama 15 tahun.

Ini adalah satu tindakan yang gila dari kerajaan Arab Saudi yang sangat membenci negara kerdil Qatar.

Qatar Airways telah menjadi penaja Barcelona selama 4 tahun. Namun peminat kelab itu telah menandatangani petisyen agar menghentikan penajaan bersama Qatar dan di tandatangani oleh 65,000 orang.

Barcelona kini telah mendapatkan penaja baru, Rakuten iaitu salah satu rangkaian shopping online terbesar selepas Amazon dan E-Bay.
11:05:00

Cristiano Ronaldo dapat bayi kembar

Bayi kembar Cristiano Ronaldo lahir dari ibu tumpang


Cristiano Ronaldo di laporkan telah menimang cahaya mata kembar yang di beri nama Eva dan Mateo.

Cristiano Ronaldo dapat bayi kembar

Bayi kembar Cristiano Ronaldo ini di lahirkan melalui kaedah ibu tumpang. Walaubagaimanapun, media masih menunggu pengumuman dari pihak Cristiano Ronaldo.
10:58:00

Zlatan Ibrahimovic akan sertai LA Galaxy

LA Galaxy berminat dapatkan khidmat Zlatan

Setelah kontraknya tamat bersama Manchester United, LA Galaxy mula menunjukkan minat untuk menandatangani Zlatan Ibrahimovic.

Zlatan Ibrahimovic akan sertai LA Galaxy

Walaubagaimanapun, Zlatan Ibrahimovic masih belum menentukan kelab mana dia akan pergi sehingga kecederaan lutunya kembali pulih.

Saturday, 10 June 2017

22:35:00

Dalam kemelut FGV, peneroka dapat duit raya RM500

Duit raya RM780 kepada warga Felda


Dalam kemelut FGV sekarang, pandai Felda meredakan kemarahan hati peneroka Felda dengan memberi duit raya RM500 cash dan RM280 di masukkan ke dalam dividen FGV.

Duit raya RM780 keluarga peneroka FELDA

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif hari raya dan dividen saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjumlah RM780 kepada 94,555 peneroka FELDA. Perdana Menteri turut mengumumkan RM674,400 sagu hati yang akan diagihkan kepada pengerusi masjid, imam, bilal dan siak di masjid dan surau utama tanah rancangan FELDA. 
Bagi insentif hari raya, katanya, FELDA meluluskan pembayaran RM47.28 juta dengan kadar RM500 bagi setiap keluarga peneroka. "Ini ditambah dengan dividen FGV berjumlah RM26.4 juta atau RM280 bagi setiap peneroka, menjadikan jumlahnya RM780, membabitkan perbelanjaan RM73.75 juta," katanya.
22:05:00

Microsoft akan keluarkan X-Box tercanggih

Microsoft 'Project Scorpio', X-Box tercanggih 


MICROSOFT akan mengumumkan pengganti kepada Xbox One di konvensyen permainan video E3 bermula minggu depan.

Microsoft 'Project Scorpio'

Pada masa ini nama kod "Projek Scorpio", sistem baru ini akan menjadi "konsol paling berkuasa di dunia", menurut Microsoft, sudah disahkan berada di peringkat terakhir dan akan mula dijual pada akhir tahun ini.

Konsol baru ini sangat dinanti-nantikan di konvensyen permainan E3, yang bermula di Los Angeles minggu depan dan tempat di mana gergasi industri termasuk PlayStation, Nintendo dan Call of Duty penerbit Activision mendedahkan permainan video terbaru mereka.

Xbox keluaran Microsoft telah mendedahkan beberapa maklumat tentang kuasa dalam konsol Scorpio, mengesahkan ia akan menyokong "true 4K gaming" dan juga menempatkan enam teraflops grafik kuasa pengkomputeran - sama dengan jumlah yang biasanya ditemui dalam mewah, PC permainan berdedikasi.

Sebagai perbandingan, generasi semasa Xbox One mempunyai kira-kira 1.31 teraflops kuasa pemprosesan grafik.

bos Xbox Phil Spencer telah berkata beliau percaya konsol baru akan "benar-benar bergerak Xbox ke hadapan".

E3 adalah antara yang terbesar dalam kalendar permainan, dan tahun ini juga akan dibuka kepada 15,000 orang awam, yang akan dapat untuk melawat pelbagai gerai di Pusat Konvensyen Los Angeles untuk bermain tajuk yang akan datang diumumkan semasa persembahan.
21:21:00

Alexis Sanchez sertai Manchester City

Alexis Sanchez akan tinggalkan Arsenal


Masa depan Alexis Sanchez bersama Arsenal akan berakhir penghujung musim ini menurut sumber dari Chile.

vAlexis Sanchez sertai Manchester City

Alexis Sanchez yang tidak lagi gembira dengan kehidupan di Arsenal akan menyertai kem Pep Guardiola yang akan mengganas musim hadapan.
20:55:00

Manchester United hampir dapatkan Alvaro Morata dan Victor Lindelof

Alvaro Morata dan Victor Lindelof bakal perkuat skuad United musim 2017/18


Manchester United pastinya akan memperkuatkan pasukannya musim hadapan setelah kehilangan Zlatan Ibrahimovic.

Manchester United hampir dapatkan Alvaro Morata dan Victor Lindelof


United yang kekurangan penyerang kini hampir menandatangani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata. Morata kini dalam fasa terakhir mempersetujui tawaran yang di berikan oleh United.

Sementara itu, United yang inginkan bekas pemainnya yang kini bermain bersama Burnley, Micheal Keane hampir pasti tidak akan kembali ke Old Trafford. Keane yang di lepaskan secara percuma kini dinilai £25 juta oleh Burnley.

Manchester United hampir dapatkan Alvaro Morata dan Victor Lindelof


United bagaimanapun telah mendapatkan pengganti Keane iaitu pertahanan tengah Benfica, Victor Lindelof.
10:46:00

Kesan dadah kokain terhadap jantung

Kokain sebabkan jantung membesar 3 kali ganda


Jika anda pernah tertanya-tanya betapa kokain berbahaya boleh, video mengerikan ini akan membuatkan anda terpegun.

Kesan dadah kokain terhadap jantung

Rakaman mengejutkan menggambarkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan dari seorang pengguna jangka panjang kokain.

Kira-kira tiga kali saiz jantung yang normal, ia akan membunuh pengguna kokain dalam masa setengah jam.

Klip menyedihkan telah ditunjukkan di The Doctors, program yang memenangi anugerah disiarkan di saluran US CBS.


Dr Travis Stork, doktor jemputan rancangan tersebut, berkata: 'Ini adalah video daripada jantung pengguna kokain yang berdegup di luar tubuh manusia, itu bukan normal!'

Beliau menjelaskan bahawa kadar degupan jantung yang tidak normal ini telah dicetuskan oleh 'dilated cardiomyopathy' - penyakit yang boleh membawa maut.

Ia menyebabkan otot jantung diregangkan, menyebabkan ia tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan cekap dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan jantung.

Dr Stork juga menambah bahawa ciri lanjut mengenai jantung manusia ini adalah saiz yang luar biasa.

Katanya kepada penonton: 'jantung harus bersaiz genggaman tangan anda dan apabila ia sampai ke tiga kali saiz, yang akan menyebabkan masalah jangka panjang dan juga kematian awal.

'Inilah sebabnya mengapa melakukan dadah bukan sahaja kerosakan jangka panjang, tetapi boleh menyebabkan kematian serta-merta.'

cardiomyopathy diluaskan sering menyebabkan jantung menjadi diperbesarkan kerana ia mengepam jauh lebih sukar daripada biasa.

Ia datang selepas penyelidik Imperial College London membuat penemuan kejutan mengenai keadaan pada bulan November.

Mereka mendapati beribu-ribu rakyat Britain menghadapi risiko kegagalan jantung kerana mereka membawa gen rosak yang boleh mencetuskan cardiomyopathy diluaskan.

Kira-kira satu peratus daripada penduduk mempunyai mutasi gen ini, dengan banyak berjalan kaki di sekitar benar sedar.
10:00:00

Senarai pemain yang di lepaskan dari kelab Liga Perdana Inggeris

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris keluarkan senarai pemain yang di lepaskan.


Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris telah mengeluarkan senarai pemain yang di lepaskan. Nama besar seperti Zlatan Ibrahimovic dan John Terry termasuk di dalam senarai ini. Di samping itu juga, Manchester City telah melakukan perbersihan secara total ke semua pemain yang tidak di perlukan untuk musim hadapan.

John Terry


PREMIER LEAGUE FREE TRANSFERS 2016-17: FULL LIST


Bournemouth


Callum Buckley

Jake McCarthy Jake

Alexander Neale

Arsenal


Kristopher Da Graca

Stefan O'Connor

Yaya Sanogo

Burnley


Joey Barton

George Green

Christian Hill

Michael Kightly

Taofiq Olomowewe

Richard Pingling

Chelsea


John Terry

Crystal Palace


Corie Andrews

Kwesi Appiah

Jonathan Benteke

Fraizer Campbell

Luke Croll

Mathieu Flamini

Zeki Fryers

Ryan King-Elliott

Joe Ledley

Randell Williams

Ben Wynter

Everton


Jack Bainbridge

Delial Brewster

Michael Donohue

Tyrone Duffus

Russell Griffiths

Connor Hunt

Arouna Kone

Conor McAleny

Josef Yarney

James Yates

Leicester City


Michael Cain

David Domej

Brandon Fox

Cedric Kipre

Matthew Miles

Kairo Mitchell

Marcin Wasilewski

Liverpool


Tom Brewitt

Jake Brimmer

Jack Dunn

Madger Antonio

Kane Lewis

Alex Manninger

Adam Phillips

Manchester City


Callum Bullock

Willy Caballero

Gael Clichy

Jesus Navas

Ellis Plummer

Bacary Sagna

Pablo Zabaleta

Manchester United


Zlatan Ibrahimovic

Southampton


Martin Caceres

Lloyd Isgrove

Cuco Martina

Stoke City


Daniel Bachmann

Liam Edwards

Shay Given

Harvey Isted

Joel Taylor

George Waring

Swansea City


Tom Dyson

Marvin Emnes

Thomas Holland

Owain Jones

Alex Samuel

Liam Shephard

Gerhard Tremmel

Josh Vickers

Tottenham Hotspur


Filip Lesniak


Watford


Ola Adeyemo

Charlie Bannister

Rene Gilmartin

Juan Francisco Moreno Fuertes

Ogochukwu Oulare

Rhyle Ovenden

Mathias Ranegie

West Bromwich Albion


Daniel Barbir

Zachary Elbouzedi

Darren Fletcher

Callam Jones

Sebastien Pocognoli

Andre Wright

West Ham United


Alvaro Arbeloa

Samuel Ford

Samuel Howes

Kyle Knoyle

Samuel Westley
09:27:00

Manchester United lepaskan Zlatan Ibrahimovic

Zlatan teruskan sessi latihan di Manchester sehingga lutut pulih


Manchester United telah pun melepaskan Zlatan Ibrahimovic selepas tamatnya kontrak 1 musim. Namun Zlatan masih meneruskan sessi latihan di kelab itu sebelum bermulanya musim 2017/18.

Manchester United lepaskan Zlatan Ibrahimovic

Pemain yang bergaji £367,640 seminggu itu tidak akan di sambungkan kotrak ekoran jumlah gaji yang besar. Namun Manchester United dengan sedaya upaya cuba memberikan layanan yang sempurna kepada penjaring terbanyak kelab itu sehingga dia di lepaskan dari kelab.

Wednesday, 7 June 2017

08:14:00

Bila abam Wayne jadi hantu jam

Beli 3 jam di Lazada


Rasanya, 2 bulan ni Abe We dah mulai menjadi hantu! Selamatlah hantu jam. Bukan nya hantu yang dok gentayangan tu. Masuk hari ni, dah 3 jam tangan Abe We beli. Tapi semua harga murah je.

jam murah di lazada
Saya sudah gila jam sekarang...

Jam Skmei 1180 Sport Watch


Jam pertama yang Abe We beli ialah jam Skmei 1180 Sportwatch. Kalau sebelum ni Abe We memang hanya meminati jam jarum, nah sekarang bertukar kepada jam digital.

jam murah di lazada
Jam skmei sport watch yang sesuai di pakai.

Abe We mula frust dengan jam analog ni bila start tukar bateri. Setiap kali tukar bateri je, lepas tu jam tu tahan beberapa hari je jalan. Lepas tu kiok... #sissentap gittew.


Apa yang best jam ni ialah boleh la kita sukat berapa banyak kita jalan atau berlari. Berapa jumlah kalori terbakar dari aktiviti tu. Ok juga lah jam ni. (Pura-pura nak eksesais je Abe We ni)

Jam Skmei 1227 Smart Watch


Jam ke-2 yang Abe We beli iaitu Skmei smart watch. Jam ni pun mempunyai kegunaan seperti jam Skmei sport watch. Cumanya kelebihan jam ni, dia boleh di hubungkan dengan telefon pintar kita melalui aplikai Bluetooth yang mana ia akan memberikan notifikasi mesej, telefon, facebook, twitter, wechat,qq dan juga skype.

jam murah di lazada
Jam skmei smart watch di datangkan bersama manual

Selain kelebihan di atas, aplikasi healthy living sama juga seperti jam sport watch di mana kita boleh monitor jumlah larian kita dan juga jumlah kalori yang terbakar semasa melakukan senaman.

jam murah di lazada
Pelbagai aplikasi kesihatan dan notifikasi yang ada di dalam jam ini

Tetapi kelemahan jam ini ialah dia sangat berat. Kalau pakai jam ni, memang lenguh tangan. Abe We memang jarang pakai jam ni.



Jam Sevenfriday yang unik


Siapa pernah dengar jenama jam Sevenfriday? Abe We pun sebenarnya baru dengar jenama jam sevenfriday ni. Itu pun tertengok iklan di facebook.

jam murah di lazada
Jam sevenfriday yang unik

Apa yang menarik tentang jam ini? Jam ini pada pandangan Abe We memang unik. Dan jam ini telah pun memasuki whishlist Abe We.

jam murah di lazada
Jam sevenfriday yang tidak menggunakan jarum. Sebaliknya nombornya yang bergerak
Bila tengok je jam sevenfriday ni, apa yang terlintas di kepala Abe We ialah macam mana cara tengok jam ni. Jarum jam tak de.

Rupa-rupanya, jam ni nombor dia yang bergerak. Jarum jam tu di gantikan dengan nombor. Terdapat senggatan kecil pada jam itu yang menunjukkan pukul berapa sekarang ni.

Kalau tengok gambar di atas, pada nombor 1 tu, ada satu senggatan. Kecil je. Waktu sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang. Bila senggatan tu masuk ke angka 2, bermakna waktunya pukul 2. Dan macam itulah seterusnya.

Ok, jam raya dah dapat. So, boleh lah kita beraya sakan tahun ni.

Tuesday, 6 June 2017

09:00:00

Joe Hart, Gianluigi Donnarumma dan Samir Handanovic bakal ganti De Gea

Jose Mourinho sediakan nama bakal pengganti De Gea andai berpindah ke Real Madrid


Jose Mourinho telah menyenaraikan beberapa nama penjaga gol yang bakal menggantikan De Gea seandainya Real Madrid membuat bidaan.

Joe Hart

Jose Mourinho telah menyenaraikan nama Joe Hart yang di pinjamkan ke Torino dan menyaksikan Manchester City akan menjual pemain berpengalaman itu. Joe Hart yang sememangnya berpengalaman bermain di Liga Perdana Inggeris adalah calon nombor satu Jose Mourinho. Di khabarkan Manchester United bakal bersaing dengan Liverpool yang turut berminat mendapatkan khidmat Hart.

Gianluigi Donnarumma

Selain Joe Hart, penjaga gol AC Milan yang meningkat naik, Gianluigi Donnarumma yang masih muda menjadi pilihan ke-2 Jose Mourinho. Dengan umur baru menjinak ke angka 20-an, pastinya Donnarumma akan menjadi aset paling berharga jika mampu di beli Manchester United.

Samir Handanovic

Penjaga gol yang penuh dengan pengalaman, Samir Handanovic juga menjadi pilihan Mourinho. Pernah bersama-sama Mourinho, pastinya sentuhan Handanovic bakal di tagih Mourinho.
08:13:00

Bekas pemain Newcastle United Cheick Tiote meninggal dunia ketika latihan bersama kelab Beijing Enterprise

Cheick Tiote meninggal dunia ketika latihan bersama kelab Beijing Enterprise


Cheick Tiote, 31, bekas pemain Newcastle United yang kini bermain dengan kelab China, Beijing Enterprise meninggal dunia ketika sessi latihan di kelab itu.

Cheick Tiote meninggal dunia


Cheick Tiote meninggal dunia

Pemain Ivory Coast ini di percayai di serang sakit jantung semasa menjalani sessi latihan. Dia juga bakal menjadi ayah beberapa minggu lagi, namun tidak sempat untuk menyambut kehadiran cahaya matanya itu.