Menulis di blog bukan kerna populariti

Menulis di blog bukan kerna populariti


Blog, suatu platform yang sangat unik. Sejak di perkenalkan, ramai yang telah menceburinya. Ia bukan sahaja suatu tempat untuk meluahkan perasaan kita, namun ianya menyumbang kepada carian kata kunci di platform google, yahoo dan lain-lain lagi.

Menulis di blog bukan kerna populariti


Kenapa blog menjadi pilihan


Semasa zaman tanpa penggunaan internet, cara penulisan yang di buat pada ketika itu adalah melalui diari. Yang mana kita akan mencatitkan segala kenangan yang kita lalui.

blog menjadi pilihan

Selain diari, kita juga seringkali mengambil gambar dan meletakkannya di dalam album gambar sebelum kamera digital mengambil alih. Ada juga yang menulis kenangan mereka ataupun nota di belakang gambar tersebut.

Dan dari kaedah lama ini juga, mereka yang terdahulu dari kita akan menghantar gambar mereka ke syarikat majalah hiburan ataupun surat khabar bagi mengisi ruangan khas untuk menambah kenalan. Malah ada juga yang mencari jodoh di ruangan ini.

Namun, setelah peredaran masa, sesuai dengan zaman siber, internet dan komputer mula mengambil alih tugasan diari dan juga album gambar ini.

Para pengguna tegar blog mula menceritakan pengalaman mereka dan meletakkan gambar dan mulai bercerita di dalamnya.

Melalui cara ini juga, ramai orang mulai tertarik dengan corak penyampaian penulis di samping penggunaan gambar yang mendatangkan minat pembaca.

Menulis perlu ada panduan


Penulisan di blog ada pelbagai gaya dan sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana kaedah.

panduan menulis blog di sini


Namun harus di ingati, bukanlah kita boleh tulis ikut sesuka hati. Masih ada panduan penulisan yang perlu di ikuti agar content kita menjadi kuat dan sentiasa di cari.

Bagi mereka yang berminat untuk memulakan blog, anda boleh baca  panduan menulis blog di sini.

Blog boleh jana pendapatan


Sebenarnya, blog bukan sekadar tempat perkongsian ilmu atau pengalaman sahaja. Blog juga di gunakan bagi mereka yang melakukan urusan jual beli di atas talian.

Blog boleh jana pendapatan

Menarik! Blog bukan sahaja suatu tempat untuk kita menulis, malah ia juga boleh di jadikan platform untuk menjana pendapatan sampingan.

Bagaimana cara untuk jana pendapatan dari blog?


Masih ramai yang tertanya-tanya, "benarkah blog boleh menjana pendapatan sampingan?". Jawapannya "Ya". Memang benar, blog boleh menjana pendapatan sampingan. Anda perlu tahu 3 fakta ini bagi menjana pendapatan melalui blog di sini.

Bagi mereka yang bercadang untuk membina blog bagi tujuan perniagaan, mari baca tips jana pendapatan untuk perniagaan di sini.

Bagaimana untuk memulakan blog?


Bagi mereka yang belum pernah mempunyai blog dan teringin untuk memulakan blog, pelbagai panduan dan rujukan untuk memulakan blog. Bukannya susah untuk memulakan blog ini. Asalkan kita mempunyai minat menulis pasti ianya menjadi mudah.

Bagaimana untuk memulakan blog

Untuk membina sebuah blog bukanlah perkara yang susah. Sesetengah orang suka menggunakan platform blogger atau pun di kenali dengan blogspot. Dan ada juga yang menggunakan platform wordpress.

Kenapa platform wordpress sangat di minati? 


Platform wordpress ini memang sangat-sangat di minati oleh penulis blog dan juga mereka yang mempunyai rangkaian perniagaan kerana ia mempunyai plugin yang memudahkan pencarian di enjin carian. Jika anda berminat untuk berblog menggunakan wordpress jom baca bagaimana cara untuk berblog dengan wordpress di sini.

Bagi mereka yang hendak berjinak dengan wordpress, antara perkara pertama yang perlu di ketahui ialah mengetahu dan mencari sistem hosting yang terbaik. Sistem hosting ini ialah tempat di mana data di dalam blog kita di simpan. Selepas itu, boleh lah kita mencari sistem hosting murah dan sistem hosting yang terbaik untuk kita melanggan servis yang di sediakan itu.

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Menulis di blog bukan kerna populariti"

tak kejar populariti uga..tulis blog leh jadi popular ya?

yep. dulu tulis blog suka suka ja. sekarang nak cakap income masuk sngt tu tak jugak. tapi alhamdulillah. rezeki dari blog pun ada sikit2.

setuju..tulis blog pun boleh popular..tapi saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan info untuk kebaikan bersama

Nice sharing... Sy menulis untuk kongsi ilmu dan dakwah semata-mata... Bukan untuk nama..

kan..unni tulis blogger skadar suka2 jak.. sambil berdakwah dan berkongsi keindahan alam

sharing yang bermanfaat..
dulu menulis blog sekadar suka-suka dan untuk kenang-kenangan.. jika ada pendapatan samppingan alhamdulillah...

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF