">

Soal Gaji : Mario Gomez dan Presiden FAM beri fakta beza

/
1 Comments

Kontrak jurulatih Harimau Malaya di tukar dari 2 tahun ke 1 tahun


Isu mengenai kerusi panas jurulatih Harimau Malaya kini menjadi tanda tanya. Apa yang terjadi sebenarnya?

Mario Gomez

Kenyataan Presiden FAM

Bagaimanapun, Tunku Ismail hari ini memberitahu perbincangan masih berjalan dengan jurulatih dari Argentina itu kerana Gomez meminta gaji yang terlalu tinggi.
“Mario meminta gaji lebih tinggi daripada yang diterimanya ketika bersama JDT. Saya fikir permintaannya itu tidak munasabah dan kami masih berunding, dan dia belum membuat keputusan,” kata Tunku Ismail dalam pertemuan khas dengan wakil media di sini hari ini.

Kenyataan Mario Gomez

Calon Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Mario Gomez menegaskan, dia tidak pernah menuntut gaji tinggi untuk melatih skuad kebangsaan berbanding yang diterima ketika membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jurulatih dari Argentina itu sebaliknya berkata, dia belum bersetuju untuk mengisi kekosongan Datuk Ong Kim Swee kerana FAM telah menukar rundingan asal yang sudah dipersetujui dengan mengurangkan tawaran kontrak daripada dua tahun kepada setahun.
“Saya tidak pernah meminta bayaran yang lebih tinggi daripada yang diterima ketika mengendali JDT, kenyataan itu adalah satu pembohongan. Sebelum ini, mereka menawarkan saya kontrak selama dua tahun untuk membimbing Harimau Malaya dengan gaji yang memuaskan.
“Walaupun bayaran tersebut kurang daripada apa yang saya terima di JDT namun saya tetap bersetuju. Kini mereka menawarkan gaji yang lebih rendah dengan tempoh kontrak selama setahun sahaja.
“Mereka ubah perkara yang kami bincangkan 50 hari yang lalu dan sebab itu saya tidak bersetuju dengan tawaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pandangan


Nampaknya isu ni semakin menarik. Masing-masing dengan kenyataan masing-masing. Apa yang sebenarnya berlaku? Siapa yang benar?

Rasanya isu ini boleh di selesaikan. Peminat bola sudah semakin tak sabar dengan kepimpinan TMJ dalam FAM ni.

Harap-harap Mario Gomez boleh menjadi calon kerusi panas jurulatih Malaysia.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/bukan-soal-gaji-1.466082#ixzz4dRLlDrW8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-belum-tentu-latih-harimau-malaya-1.465626#ixzz4dRKAhUOS
© Utusan Melayu (M) Bhd


You may also like

1 comment:

  1. TMJ memulakan lembaran baru dalam mengendali FAM..boleh dikatakan bermula daripada sifar semula sebagaimana TMJ membangunkan pasukan JDT..TMJ dan Jurulatih MG telah lama bekerjasama dan pastinya hanya mereka yang tahu bagaimana untuk mengatasi apa yang sedang berlaku (isu gaji dan lain-lain).Adakala TMJ gemar berterus terang..dan ada waktunya TMJ lebih senang menggunakan bahasa kiasan.Moga FAM terus mengorak langkah lebih jauh di bawah naungan TMJ..sama2 doakan.

    ReplyDelete