Semua tol akan di kendali secara 100% elektronik - tiada bayaran tunai

Semua tol akan di kendali secara 100% elektronik - tiada bayaran tunai

SEMUA TRANSAKSI TOL DI SEMUA PLAZA TOL LEBUHRAYA UTARA-SELATAN DIKENDALI SECARA 100 PERATUS ELEKTRONIK MULAI 26 APRIL 2017


Bermula 26 April yang akan datang, semua transaksi tol di semua lebuh raya kendalian PLUS akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Bermula pada tarikh tersebut, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG.

Semua tol akan di kendali secara 100% elektronik

Wah...nampaknya tiada lagi lorong tunai dekat highway plus. Susah juga ni. Tapi lorong tambah nilai Abe We tak sure pula ada ke tidak. Harapnya ada lah. Susah juga kalau lorong tambah nilai dah tak de lagi.

Kadang-kadang kita susah nak cari tempat tambah nilai. Lagi-lagi yang duduk dekat kawasan pinggir bandar. Kalau dekat area bandar ni, insya allah dekat petronas, shell, mesin atm pun boleh topap.

Nampaknya pihak lebuhraya ni pun sudah mengurangkan jumlah pekerja tol. Agaknya dah tak ramai kot nak kerja di tol ni. Agaknya lah kan.

Nanti kalau ada antara kita yang pakai smartTag tu, jangan lupa tukar bateri smartTag. Kang tak pasal-pasal semua kereta yang dekat belakang kena gostan. Hihihi....Abe We pun selalu lupa nak tukar. Kebiasaanya, bateri smartTag ni tahan setahun je. Cukup setahun, pergilah beli bateri baru.

1 comments:

avatar

Kalau nak topup touch n go di lorong yang ada kaunter tambah nilai tu kena pastikan kad touch n go kita sudah tidak berbaki..kalau masih berbaki..tak boleh..ini pengalaman PC..masalahnya takut baki tidak mencukupi untuk tol yang seterusnya dan tiada lorong tambah nilai...solusinya tambahlah nilai awal awal di kiosk yang ada..shell..guardian..dll..walau masih berbaki tidak menjadi masalah untuk tambah nilai..

Balas

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.