Mowgli girl di jumpai di India tinggal bersama monyet

/
0 Comments
Budak perempuan tinggal bersama monyet di India di gelar Mowgli girl

Seorang budak perempuan di Uttar Pradesh, India di jumpai tinggal bersama monyet. Budak perempuan ini juga di panggil sebagai Mowgli seperti karya Rudyard Kipling - The Jungle Book.

Mowgli girl

Apa yang menariknya mengenai kisah ini ialah cerita dari mulut ke mulut. Ada yang kata dia di besarkan oleh monyet, di pelihara oleh monyet sejak kecil lagi dan bermacam-macam.

Budak ini juga tidak boleh berjalan secara normal dan juga tidak boleh bercakap. Malah dia berasa tidak selesa duduk bersama manusia dan lebih selesa duduk bersama haiwan.

Mowgli girl

Budak ini di jumpai oleh pihak berkuasa tempatan di hutan berdekatan. Pihak polis percaya dia adalah seorang kelainan upaya yang di tinggalkan oleh keluarganya.

Semasa di jumpai juga, dia berpakaian seperti orang lain dan ini menguatkan teori polis yang mana dia di tinggalkan oleh keluarganya kerana keadaannya yang tidak sempurna.

Pihak berkuasa tempatan menamakannya Ehsaas dan di percayai berumur di antara 8 hingga 12 tahun.




You may also like

No comments: