Breaking


carian di sini



Friday, 28 April 2017

11:25:00

Gerrard kembali beraksi bersama Liverpool

Gerrard beraksi sebagai pengurus bawah 18 Liverpool


Lagenda dan ikonik Liverpool ini akan menggalas tugas sebagai pengurus bawah 18 Liverpool mulai musim hadapan.

Steven Gerrard

Setelah bersara dari kancah bola sepak pada November 2016, Gerrard kembali bersama Liverpool mulai February 2017.

Gerrard akan di bantu oleh Tommy Culshaw dan juga Jordan Milsom

09:48:00

Hanya RM1 bagi ahli MaxisOne Club di Lazada

Jangan lepaskan untuk dapatkan barang di Lazada dengan hanya RM1 bagi ahli MaxisOne Club


Hanya RM1? Wooowwwww....betul ke? Sebenarnya Abe We pun baru tau ada jualan murah bagi ahli MaxisOne Club di Lazada.


Bobby Anti Theft Backpack


Sebenarnya, semalam baru Abe We perasan ada iklan beg Bobby Anti Theft Backpack ni. Macam stylo la beg ni. Rasa memang nak beli. Tapi harga sebenar dia Abe We tak tahu lagi.


Ingatkan tak de jual dekat Malaysia lagi. Tapi rupanya dah ada. Hanya RM169 di Lazada dan tolak 15% diskaun...wahhh...dalam RM143.65 sahaja.

Bila tengok video dekat atas tu, rasa memang nak beli sangat-sangat.....


Bobby Anti Theft Backpack

Ada sesiapa nak belanja Abe We tak? Nanti Abe We buatkan review khas...hiiiiiiiiii

Thursday, 27 April 2017

15:53:00

Adakah harga minyak turun setiap kali hujung bulan?

Harga minyak 27 April - 3 Mei 2017


Alhamdulillah. Ada juga penurunan harga minyak minggu ni walaupun tidak banyak. Tapi adakah harga minyak turun setiap kali hujung bulan?

Harga minyak 26 april - 3 mei 2017

Adakah harga minyak turun setiap kali hujung bulan


Semenjak kerajaan umumkan harga minyak secara mingguan, apa yang menjadi persoalan ialah kenapa harga minyak ni sentiasa naik sahaja.

Dan kalau ikut trend, ini hanyalah pandangan Abe We sahaja, pada penghujung bulan, harganya mulai turun sedikit. Namun, selepas 3 Mei nanti, adakah harga minyak kekal naik yang mana ia mungkin sampai ke tahap RM2.50 atau pun RM3.00?

Mulai 27 April sehingga 3 Mei 2017, harga minyak hanya turun 6 sen berbanding kenaikan sebanyak 14 sen bermula pada 30 Mac sehingga 5 April.

harga minyak januari 2017

harga minyak februari 2017

harga minyak 30 mac 2017

harga minyak 6 april 2017

harga minyak 13 april 2017

harga minyak 20 april 2017





Thursday, 20 April 2017

17:22:00

Baru di lancarkan, Samsung S8 sudah cetus panik

Skrin Samsung S8 bertukar menjadi warna pink


Keceriaan pengguna Samsung S8 di Korea menjadi suram apabila skrin telefon mereka bertukar menjadi warna pink.

Samsung S8

Menurut sumber, perkara ini terjadi di sebabkan oleh skrim Super AMOLED yang di gunakan oleh Samsung.

Skrim Super AMOLED telah menggunakan dua jenis pixel yang di gabungkan iaitu merah-hijau dan biru-hijau. Di sebabkan penggabungan 2 elemen hijau ini, terjadinya lebihan warna hijau di skrin tersebut dan pihak Samsung telah melebihkan elemen warna merah untuk mengimbangi elemen warna hijau tersebut.

Samsung S8
Pihak Samsung kemudiannya mengarahkan pengguna untuk melakukan imbangan warna pada telefon dengan menggunakan cara manual.
14:34:00

Harga minyak naik lagi - terasa kesempitan hidup di bandar

Harga minyak 20-26 april 2017


Sedih bila melihatkan angka di dalam gambar di bawah ini. Terasa duit mengalir laju dari poket.

Harga minyak 20-26 april 2017

Mimpi ngeri setiap kali menjelang hari Rabu


Semenjak kerajaan umumkan harga minyak akan di umumkan setiap hari Rabu, rasanya Selasa malam tu dah rasa macam mimpi ngeri dah. 

Kalau tengok pattern harga minyak dari Januari 2017, hanya pada harga mingguan 30 Mac sehingga 5 April 2017 sahaja yang minyak turun.

harga minyak januari 2017

harga minyak februari 2017

harga minyak 30 mac 2017

Bermula 6 April 2017, harga minyak terus menerus meningkat naik. Nampak gayanya macam lama lagi nak turun je. Tak pun hujung bulan nanti, baru harga turun. Lepas tu naik balik.

harga minyak 6 april 2017

harga minyak 13 april 2017

harga minyak 20 april 2017

Harap-haraplah harga minyak ni terus turun. Letih nak isi minyak. Setakat RM50 tu, berapa hari je lah boleh tahan.

Sabar je lah......


12:04:00

Semua tol akan di kendali secara 100% elektronik - tiada bayaran tunai

SEMUA TRANSAKSI TOL DI SEMUA PLAZA TOL LEBUHRAYA UTARA-SELATAN DIKENDALI SECARA 100 PERATUS ELEKTRONIK MULAI 26 APRIL 2017


Bermula 26 April yang akan datang, semua transaksi tol di semua lebuh raya kendalian PLUS akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Bermula pada tarikh tersebut, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG.

Semua tol akan di kendali secara 100% elektronik

Wah...nampaknya tiada lagi lorong tunai dekat highway plus. Susah juga ni. Tapi lorong tambah nilai Abe We tak sure pula ada ke tidak. Harapnya ada lah. Susah juga kalau lorong tambah nilai dah tak de lagi.

Kadang-kadang kita susah nak cari tempat tambah nilai. Lagi-lagi yang duduk dekat kawasan pinggir bandar. Kalau dekat area bandar ni, insya allah dekat petronas, shell, mesin atm pun boleh topap.

Nampaknya pihak lebuhraya ni pun sudah mengurangkan jumlah pekerja tol. Agaknya dah tak ramai kot nak kerja di tol ni. Agaknya lah kan.

Nanti kalau ada antara kita yang pakai smartTag tu, jangan lupa tukar bateri smartTag. Kang tak pasal-pasal semua kereta yang dekat belakang kena gostan. Hihihi....Abe We pun selalu lupa nak tukar. Kebiasaanya, bateri smartTag ni tahan setahun je. Cukup setahun, pergilah beli bateri baru.
11:39:00

Highlight Champions League - Monaco kejutkan Dortmund

Monaco 3 - 1 Dortmund (agg 6 - 3)


Kylian Mbappe dan Radamel Falcao terus menghantui pasukan lawan mereka dengan kerjasama dan menghasilkan jentera serangan yang kuat. Walaupun Falcao di kenali sebangai "flop player" di England, namun sekembalinya dia ke Monaco, ketajamannya masih terserlah.

Monaco 3 - 1 Dortmund

Kylian Mbappe yang di kini mulai di intai kelab gergasi Eropah terus menerus menghasilkan gol di usia 18 tahun. Kylian Mbappe juga telah menjaringkan 22 gol di dalam 37 perlawanan di usia 18 tahun. Satu jaringan yang banyak pada usia muda. Manakala Falcao pula telah menjaringkan 25 gol di dalam 34 perlawanan.
09:56:00

Highlight Champions League - Keputusan Real Madrid vs Bayern Munich penuh kontroversi

Real Madrid 4 - 2 Bayern Munich


Keputusan pengadil perlawanan semasa Real Madrid menentang Bayern Munich, Viktor Kassai. di anggap memusnahkan permainan Bayern Munich, kata penyerang Bayern Munich, Roberto Lewandowski.


Kad merah yang di layangkan ke atas Arturo Vidal juga telah memusnahkan permainan Bayern Munich serta 2 gol offsaid yang di benarkan oleh pengadil perlawanan.

Untuk rekod, Bayern Munich tidak pernah gagal pergi ke peringkat semi-final Champions League sejak 2011 lagi.

Menurut Lewandowski lagi, pemain Real Madrid, Casemiro juga terlepas hukuman kad merah dari pengadil perlawanan.

Selain Lewandowski, Frank Ribery juga turut mengutuk pengadil perlawanan yang di anggap berat sebelah.
09:10:00

Highlight Champions League - Juventus pakar bertahan

Juventus 0 - 0 Barcelona (agg 3 - 0)


Tiada lagi istilah "comeback" dari Barcelona. Kehebatan dan kepakaran Juventus bertahan memang patut di puji. Tiada pasukan yang mampu bermain secara bertahan selama 90 minit.

Juventus 0 - 0 Barcelona (agg 3 - 0)

Adakah Juventus akan bertemu Real Madrid? Atau mungkin Atletico Madrid? Mungkin juga Monaco?

Sama-sama kita tunggu keputusan undian esok.

Wednesday, 19 April 2017

15:11:00

Buffet Buka Ramadhan 2017 murah di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort hanya RM58


Menjelang bulan ramadhan tidak lama lagi, antara aktiviti selain beribadah, aktiviti berbuka puasa memang meriah. Semua bangsa dan agama turut merasai kemeriahan buffet ramadhan. Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Bangi Golf Resort. Sememangnya buffet ramadhan Bangi Golf Resort ni memang meriah. Kepada penggemar durian, jangan lepaskan peluang menikmati durian pahang dan musang king di Bangi Golf Resort ni.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort



Preview Buffet Ramadhan 17 di Bangi Golf Resort


Tahun ni merupakan tahun ke-2 Abe We di jemput memeriahkan majlis preview buffet ramadhan di Bangi Golf Resort. Alhamdulillah, wayneharraz.com sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak Bangi Golf Resort. Memang meriah majlis preview ni. Dan yang paling meriah sekali ialah yang lain dan tak bukan lagi, chef memerangkap emcee di malam itu. Maaflah chef, saya lupa nama chef. Hihiiii

200 lebih menu di sediakan


Kalau nak bercerita bab menu ni, memang best sangat! Paling best of course lah kambing bakar dia. Kuih muih dia pun sedap juga.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Pesta durian di Bangi Golf Resort


Part yang paling best sekali ialah makan durian. Durian yang di hidangkan pula musang king dan durian pahang! Memang syiok. Tapi Abe We suka sangat kuih mochi durian dia. Makan sejuk-sejuk, pergkhhhh...malatops chu'ols!

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Harga buffer ramadhan Bangi Golf Resort


Abe We rasa, harga yang di tawarkan di Bangi Golf Resort ni sangat-sangat berbaloi. Hanya RM58 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.

Tuesday, 18 April 2017

14:32:00

Rabun Silau makin tinggi

Rabun silau sukarkan memandu ketika malam dan hujan


Siapa di sini ada masalah rabun silau? Kalau ada, cuba angkat tangan sikit. Kita geng!

rabun silau

Kisah sebelum rabun silau


Dulu-dulu lah kan, masa zaman duduk universiti, selalulah Abe We ni sakit kepala. Asyik-asyik migrain je. Setiap kali pergi klinik, di baginya ubat migrain.

Tapi bila pergi kedai optometry, dia kata rabun silau. Kena lah buat cermin mata nampak gayanya.

Abe We pun baru masuk tahun ke-7 pakai cermin mata. Tapi rasa janggal pakai cermin mata tu masih ada.

Kadang-kadang terlupa pula yang kita ni sebenarnya pakai cermin mata.

Hihiiii

Sukar memandu ketika waktu malam dan hujan


Part paling seksa bagi seorang yang rabun silau ni bila memandu waktu malam ketika hujan lebat.

Part ni memang seksa. Siapa yang alaminya?

Bila memandu waktu ni, memang slow la jawabnya bawa kereta. Kadang-kadang lubang pun tak nampak. Main langgar je. Hihihih...

Monday, 17 April 2017

17:19:00

Bateri kereta kong - Tips membeli bateri kereta

Bateri kereta kong - Tips membeli bateri kereta


Bercerita mengenai kenderaan, antara perkara asas yang kita perlu ambil berat ialah bateri kereta. Tanpa bateri kereta tentunya kereta kita tidak boleh di hidupkan. 

Bateri kereta kong - Tips membeli bateri kereta


Memang menjadi tabiat para pemandu kereta, apabila bercerita mengenai bateri kereta, mereka pasti tidak tahu tanda-tanda bateri kereta kong. Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui tanda-tanda bateri kereta kong dan tips memilih bateri kereta?

Tanda-tanda bateri kereta kong


Jangka hayat sesebuah bateri adalah di antara 2 hingga 2 tahun setengah. Ini adalah berdasarkan pengalaman Abe We dan juga pengalaman mereka yang lebih senior. Kebiasaanya setelah 2 tahun bateri di gunakan, akan ada tanda-tanda seperti sukar untuk di hidupkan. Semasa kita sedang menghidupkan kenderaan, tiba-tiba macam sukar untuk hidup, itu adalah tanda-tanda awal bateri kereta kong.

Tips membeli bateri kereta


Bagi mereka yang mengalami masalah bateri kereta kong dan tidak tahu di mana bengkel berdekatan, hubungilah Bateriku.com. Memang mudah adanya servis seperti ini. Kadang-kadang bateri kereta kong di waktu malam. Pastinya bengkel kereta semua sudah tutup. Mujur ada Bateriku.com. Tak perlu tunggu sehingga hari esok.

Bateriku.com berikan servis bateri terbaik


Sejak mengenali bateriku.com ni dan melanggani servis bateriku.com, memang sangat memuaskan hati. Servis yang di berikan juga tidak terdapat di mana-mana tempat. 

Bateri kereta kong - Tips membeli bateri kereta


Abe We pernah pergi ke bengkel kenderaan untuk membeli bateri, namun tidak sama servis yang di berikan. Namun, apakah perbezaan servis yang di berikan?

Perbezaan Bateriku.com dengan yang lain


HARGA tetap. Tiada CAJ tersembunyi.


Harga yang di tawarkan sememangnya berbaloi. Kenapa Abe We kata begitu, kerana ia berkaitan dengan waranti yang di berikan. Selain itu, jenama bateri yang di gunakan juga memang jenama yang baik. Abe We telah menggunakan jenama bateri Amaron. Bateri Amaron ni di keluarkan di India dan merupakan jenama nombor satu di India.

WARANTI dari 12 hingga 30 BULAN


Berbeza dengan jenama lain, rata-rata jenama lain hanya mampu memberikan waranti dari 6 bulan ataupun 12 bulan. Berbeza dengan Bateriku.com yang mana mereka mampu memberikan sehingga 30 bulan waranti.

Keluasan jaringan kawasan servis dari Perlis Hingga ke JB


Bateriku.com juga telah meluaskan jaringan servis mereka yang mana boleh di dapati dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Penghantaran | Pemeriksaan | Pemasangan PERCUMA


Antara servis terpenting yang ada pada pihak Bateriku.com berbanding dengan jenama lain ialah penghataran, pemeriksaan dan pemasangan percuma

MOTEC (Mobile Technician) TERLATIH | PERAMAH dan BOLEH DIPERCAYAI.


Selain itu, technician yang terlatih dan peramah akan melayan kita semasa mereka melakukan kerja-kerja penukaran bateri ini. Mereka akan menggunakan alat khas dan menunjukkan kepada kita bacaan bateri kereta kita dan bacaan alternator kereta kita. Dia akan menerangkan serba sedikit mengenai bateri ini.

WARANTI servis di setiap network kawasan kami.


Waranti yang di berikan juga boleh di gunakan di mana-mana kawasan di dalam jaringan pihak Bateriku.com ini.

Waktu servis dari 7pagi hingga 1pagi


Bercerita bab waktu servis, ada tak mana-mana bengkel yang boleh bagi servis selepas pukul 7 malam? Memang tiada. Tapi berlainan dengan Bateriku.com ni, mereka memberikan servis sehingga pukul 1 pagi.

- PROGRAM #FreeChecking untuk badan koporat, kelab kereta, komuniti perumahan secara PERCUMA *bergantung pada tempahan.

Hubungi Bateriku.com di TOLL FREE : 1 800 22 2324

Atau

Click link di bawah ini untuk terus berkomunikasi menerusi Whatsapp ( Untuk kawasan Lembah klang, Perak, Pulau Pinang, kedah dan Perlis)

Click ink di bawah ini untuk terus berkomunikasi menerusi Whatsapp (Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

Anda juga boleh muat turun Mobil App BATERIKU.COM sekarang di Google Play Store dan Apple App Store. Mudah, cepat & anda boleh "track" pergerakan Mobile Technician kami.

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> lRakan Wokshop >> Rakan Tow

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Thursday, 13 April 2017

10:10:00

Bayern Munich kecundang di kaki Real Madrid

Ronaldo menjadi satunya pemain yang menjaringkan 100 gol di Champion League


Bermain di Allianz Arena bukan bermaksud ianya kubu kuat Bayern Munich. Real Madrid ternyata mempunyai kelas tersendiri dengan menundukkan Bayern Munich 1-2 hasil 2 jaringan Ronaldo.

Bayern Munich 1 - 2 Real Madrid


Dengan 2 jaringan ini, Ronaldo menjadi satu-satunya pemain yang mampu menjaringkan 100 gol di pentas Champions League.

Di tangga kedua penjaring gol terbanyak Champions League pula di miliki oleh Messi. Di jangka Messi juga mampu menjadi penjaring gol terbanyak andainya Barcelona mara ke final.

Wednesday, 12 April 2017

09:03:00

Juventus kejutkan Barcelona 3 - 0

Juventus 3 - 0 Barcelona


Dybala ternyata memberikan impak terhadap Barcelona dengan menjaringkan 2 gol dan di bantu 1 gol dari Chiellini.

Juventus 3 - 0 Barcelona

Di atas kertas, Juventus ternyata mendahului Barcelona dan nampak sukar untuk Barcelona mengejar semula. Namun, Barcelona akan bermain di halaman sendiri dan sejarah telah menunjukkan Barcelona mampu buat apa sahaja di halaman sendiri walaupun dengan jurang perbezaan gol yang tinggi.

Barcelona juga telah mengajar PSG di halaman sendiri dengan menjaringkan 6 gol walaupun sudah ketinggalan 1-4 kepada PSG.

Tunggu je la nanti Juventus....hihiiii

Tuesday, 11 April 2017

14:00:00

Mowgli girl di jumpai di India tinggal bersama monyet

Budak perempuan tinggal bersama monyet di India di gelar Mowgli girl

Seorang budak perempuan di Uttar Pradesh, India di jumpai tinggal bersama monyet. Budak perempuan ini juga di panggil sebagai Mowgli seperti karya Rudyard Kipling - The Jungle Book.

Mowgli girl

Apa yang menariknya mengenai kisah ini ialah cerita dari mulut ke mulut. Ada yang kata dia di besarkan oleh monyet, di pelihara oleh monyet sejak kecil lagi dan bermacam-macam.

Budak ini juga tidak boleh berjalan secara normal dan juga tidak boleh bercakap. Malah dia berasa tidak selesa duduk bersama manusia dan lebih selesa duduk bersama haiwan.

Mowgli girl

Budak ini di jumpai oleh pihak berkuasa tempatan di hutan berdekatan. Pihak polis percaya dia adalah seorang kelainan upaya yang di tinggalkan oleh keluarganya.

Semasa di jumpai juga, dia berpakaian seperti orang lain dan ini menguatkan teori polis yang mana dia di tinggalkan oleh keluarganya kerana keadaannya yang tidak sempurna.

Pihak berkuasa tempatan menamakannya Ehsaas dan di percayai berumur di antara 8 hingga 12 tahun.


13:25:00

Wenger Out! Enough is enough

Peminat Arsenal mahukan Wenger di pecat


Wahhh..peminat Arsenal dah makin garang sekarang ni. Akibat dari kalah kepada Crystal Palace, lagi membuak-buak kemarahan peminat Arsenal terhadap Arsene Wenger.

Wenger Out

Tak pasti berapa lama lagi Arsene Wenger akan berada di Arsenal. Adakah sampai musim ni saja? Tetapi sejak kehilangan Henry dan di ikuti Van Persie, sejak itulah permainan Arsenal mulai bosan. Apa-apa pun, Glory Glory Man United....

Monday, 10 April 2017

17:08:00

Cara kupas limau dalam masa 3 saat

Cara mudah kupas limau, oren dalam masa 3 saat


Boleh ke kita kupas limau atau oren dalam masa 3 saat? Agak sukar kan? Tahukah anda, sebenarnya boleh.

Cara kupas limau dalam masa 3 saat

Di petik dari laman youtube milik Rumble Viral, mereka menunjukkan cara paling pantas untuk mengupas limau atau pun oren.

Cara kupas limau dengan pantas


1. Ambil pisau dan potong di kedua-dua hujung limau atau oren tadi.

Cara kupas limau dengan pantas

2. Belah limau di bahagian tengah dan jangan sampai terbelah dua pula. Cukup sekadar membuatkan kulitnya terbelah sahaja.

Cara kupas limau dengan pantas

3. Kopakkan limau dan hasilnya....

Cara kupas limau dengan pantas

Video Cara kupas limau dengan pantas



Friday, 7 April 2017

14:25:00

Harga Samsung S8 dan S8+

Samsung S8 dan S8+ temui peminat Malaysia dengan harga RM3,299 dan RM3,699

Samsung salah satu pencabar Apple telah mengeluarkan telefon terbaru mereka iaitu Samsung S8 dan S8+

Samsung S8 dan S8+

Harga Samsung S8 dan S8+


Bagi mereka yang sememangnya peminat tegar telefon pintar Samsung, harga yang di tawarkan ialah RM3,299 bagi Samsung S8 dan RM3,699 bagi Samsung S8+.

Design Samsung S8 dan S8+


Telefon Samsung S8 dan S8+ di datangkan dengan 5 varian warna pilihan iaitu hitam, kelabu, biru, perak dan emas.

Samsung S8 dan S8+

Spesifikasi Samsung S8 dan S8+


Samsung S8 dan S8+ ini di jangka mampu menarik minat penggemar telefon pintar dengan saiz yang mampu memberikan kepuasan ketika menggunakannya.
Samsung S8 dan S8+


Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut spesifikasi Samsung S8 dan S8+ ni, boleh terus ke link ini http://clkme.me/qTOcf5


12:00:00

Twitter perkenalkan Twitter Lite bagi mereka yang punyai masalah internet

Twitter Lite bantu pengguna yang mengalami masalah internet


Twitter telah memperkenalkan aplikasi baru mereka iaitu Twitter Lite khusus bagi mereka yang mengalami masalah internet.

Twitter Lite

Menurut Twitter, dengan menggunakan aplikasi Twitter Lite ini, pengguna dapat mengurangkan penggunaan data sebanyak 40%.

Dan jika aplikasi data saver tambahan di gunakan, di jangka ia dapat mengurangkan sehingga 70% penggunaan data internet.