Keputusan SPM 2016 di umum hari ini.

Keputusan SPM 2016 di umum selepas jam 10.00 pagi


Saat yang mendebarkan hari ini bagi lepasan SPM 2016. Abe We dulu pun sangat berdebar menanti saat ini. Apatah lagi ibu bapa kita kan?

Bagi mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, alhamdulillah di ucapkan. Bagi yang kurang cemerlang, jangan risau. Keputusan SPM bukanlah tiket terkakhir anda.

Sebenarnya, walaupun ada yang kurang cemerlang SPM, tetapi mereka juga boleh berjaya dalam kehidupan.

Abe We nak kongsi sedikit cerita mengenai beberapa kawan Abe We yang kurang cemerlang dalam SPM, namun jauh lebih berjaya dari Abe We.

Miliki sijil SKM Kimpalan


Sejujurnya, semasa di alam persekolan dulu, Abe We tidak dapat menggambarkan apa yang ada dalam sektor pekerjaan di luar sana.



Selepas belajar dan berkerja, rupanya banyak sektor pekerjaan yang mampu menjamin masa depan kita walaupun tidak cemerlang SPM.

Kalau tidak silap Abe We, ada lebih kurang 10 - 20 orang kawan Abe We yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang Kimpalan.

Setelah memiliki sijil ini, mereka boleh menjadi supervisor di dalam bidang mereka. Mereka mengambil sijil kemahiran kerana kurang cemerlang dalam SPM. Namun, dari segi kehidupan mereka, mereka jauh lebih berjaya.

Kerja di sektor Minyak dan Gas


Setelah mereka memiliki sijil SKM ini, mereka memohon kerja di sektor Oil and Gas yang mana gaji yang di tawarkan sememangnya tinggi.

Setiap pekerjaan ada risikonya dan dari risiko inilah mereka memiliki pendapatan lebih dari mereka yang mempunyai Diploma mahupun Ijazah.

Mereka juga sangat di buru oleh syarikat minyak di luar sana.

Beli rumah pada usia muda


Dahulunya semasa sekolah, Abe We terfikir juga masa depan mereka ni. Adakah mereka akan terus bekerja di sektor perkilangan? Atau sektor lain?

Mana tak nya, semasa di sekolah dulu, minda Abe We masih tertutup. Asyik-asyik lepas habis sekolah je, kerja kilang. Itu saja kerja yang mudah dapat.

Tapi bila dengar mereka mula bekerja di sektor Oil & Gas, memang tak sangka betul. Kehidupan mereka bertukar. Mereka miliki kereta yang jauh lebih mewah.

Bukan itu saja, tetapi juga mereka mampu membeli rumah lebih dari satu.

Betapa kuasa Allah melebihi jangkaan kita. Kadang-kadang, kita tengok orang tu tak berjaya dalam pelajaran, kita anggap dia terus tidak berjaya. 

Sebenarnya tidak. Sebenarnya kita mampu mengubah nasib kita sendiri jika kita berani dan yakin serta mempunyai sedikit kepintaran.

Tapi apa yang penting, hidup jangan menipu orang lain. Itu yang kita patut jauhkan.
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Keputusan SPM 2016 di umum hari ini."

Fi Hifzillah. moga semua lancar dan dpt yg terbaik. hehe

Apa pun keputusan yang tercatat..syukurilah..kehadapan kita tidak pernah tahu bagaimana corak dan warnanya.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF