Harga pomade di pasaran runtuh

/
7 Comments

Lambakan pomade di pasaran


Sejak tercetusnya revolusi gaya rambut hipster di Malaysia yang di pelopori oleh Wak Doyok, pomade sudah menjadi tidak asing lagi.

pomade
imej : google
Sebut saja pomade, dari anak kecil kepada yang dewasa. Tidak kira kaum, tidak kira warna kulit, ramai rakyat Malaysia yang sudah mengenali pomade.

Asal pomade


Pomade bukanlah asing sebenarnya di Malaysia ini. Sejak pertengahan 90-an, ramai murid-murid di sekolah telah menggunakan pomade. Cuma, mereka tidak memanggilnya pomade. 
tancho
imej : google



Tancho merupakan pomade yang paling lama bertahan di pasaran Malaysia dan paling banyak di gunakan. Dengan harga yang murah, sekitar RM2.00 sehinga RM2.50 ianya menjadi pilihan murid sekolah pada era nya.

Apa yang menarik mengenai Tancho ini ialah baunya. Bukan harganya tetapi baunya yang lebih signifikan.

Bagi mereka yang telah menggunakannya dahulu, bau Tancho memang menjadi kenangan. Tidak seperti pomade moden, bau Tancho adalah yang paling di ingati. 

Bila kita menggunakan Tancho, kemudian kita memakai songkok, secara automatiknya songkok itu wajib di tukar tanpa sebarang pertanyaan.

Cambahan kedai gunting rambut moden


Dengan tercetusnya revolusi gaya rambut hipster maka lahirlah kedai gunting rambut hipster atau di kenali sebagai “modern barbershop” yang mana mereka memenuhi permintaan rambut hipster.

barbershop
imej : google
Pelbagai kedai gunting rambut moden ini keluar ibarat cendawan yang baru tumbuh. Walaupun kedai gunting rambut moden ini semakin bercambah, kedai gunting mamak masih tidak sepi.

Ini ekoran dari harga yang di tawarkan antara kedua kedai ini berbeza. Bagi yang inginkan penggayaan rambut biasa dengan harga yang biasa, mereka lebih selesa memilih kedai gunting mamak. Tapi bagi mereka yang memilih gaya, kedai gunting rambut moden menjadi pilihan. 

Harga kedai gunting rambut ini pula bermula dari serendah RM20. Manakala kedai gunting mamak dari serendah RM8.

Lambakan pomade di pasaran


Pada permulaan revolusi pomade ini, rata-rata penjual pomade menjual pomade yang di import dengan harga puratanya dari RM50 ke atas.

pomade murah


Namun dalam masa 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, seiring dengan percambahan kedai gunting rambut moden, ramai yang mula mengeluarkan jenama sendiri.

Pada permulaannya, harga pomade tempatan ini di jual dengan harga RM35 setin. Harga ini separuh lebih murah dari harga pomade import.

Persaingan jualan pomade ini menjadi sengit. Muncul pula pemborong pomade yang mula menawarkan pomade dengan harga borong dan peniaga kecil boleh meletakkan jenama sendiri. Dari harga RM35 setin, kini pomade tempatan ini boleh di dapati dengan harga RM15 setin.

Manakala harga borong satu tin pomade jatuh di antara RM6 sehingga RM10. Dan lambakan pomade ini menyaksikan pelbagai jenama mulai bercambah.

Permintaan pomade kekal meningkat


Semakin banyak jenama pomade di keluarkan, bakal menyaksikan persaingan harga di antara penjual-penjual. Bagi orang lama dalam industri ini, mereka tentunya berasa sakit hati ekoran tiada kawalan harga dan margin keuntungan mereka juga bakal terjejas.

Namun, dari sudut pengguna pula mereka mahukan harga yang memberi keuntungan kepada mereka. 

Permintaan pomade ini kekal relevan pada masa sekarang dan datangnya dari pelajar sekolah terutamanya dan juga golongan remaja. 

Pada harga sekitar RM15 setin, tentunya mereka di antara golongan yang suka membelinya dan sangat murah berbanding harga RM35 setin yang di jual sebelum ini.


You may also like

7 comments:

  1. Replies
    1. Main lawan harga bro.. itu la makin murah.. Siapa yang paling berani letak harga paling rendah, memang orang beli

      Delete
    2. untung pada pembeli. budak sekolah confirm lah cari yg murah

      Delete
  2. Anak kecik CM pun taw nak pakai pomade :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..saya pun tak pakai. nak juga try

      Delete
  3. Replies
    1. saya pun pernah pakai. tapi bau dia.....

      Delete