Halaman

    Social Items


Dunkirk: Christopher Nolan‬‬ bawakan filem perang dunia ke-dua


Bagi peminat filem perang dunia ke-2 macam Abe We, filem Dunkirk memang di tunggu-tunggu.


Filem ini di bintangi oleh Tom Hardy, Cillian Murphy, Kenneth Branagh, Mark Rylance dan Harry Styles.


Filem ini akan di tayangkan pada 21 Julai 2017.

Dunkirk: Filem terbaru arahan ‪Christopher Nolan‬‬

Statue Cristiano Ronaldo tiada imej mukanya


Apa dah jadi dengan statue Cristiano Ronaldo ni? Buruk benar rupanya.

Statue Cristiano Ronaldo

Kalau tengok betul-betul, rasanya kita pun tak tahu statue ni statue Ronaldo. Agaknya macam mana reaksi Ronaldo masa dia tengok eh?

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo di kutuk


Di sebabkan rupa paras statue ni yang kurang elok rupanya, ramai yang kutuk.

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo

Statue Cristiano Ronaldo


Statue Cristiano Ronaldo buruk

Trio tawarkan harga tidak lebih RM28


Sebenarnya, bukan sengaja Abe We ke kedai Trio ni. Mulanya temankan mama Harraz je. Tapi, tak sangka pula ini yang berlaku.

Trio di Aeon Taman Equine

Jualan murah sempena penutupan kedai


Bila tengok kedai ni jual murah, dengan harga tidak lebih RM28, hati ni tertanya juga. Kenapa begitu murah?

Lalu mama Harraz pun tanya pekerja kedai tu. Dia pun jawab clearance sale sebab nak tutup kedai.

Seluar khakis hanya RM28


Di sebabkan harga yang di tawarkan sangat murah, makanya mama Harraz telah membelanja Abe We 3 helai seluar khakis. Tak payah pergi Freeport A'Famosa Outlet la nampak gayanya.

Trio di Aeon Taman Equine

Trio di Aeon Taman Equine

Trio di Aeon Taman Equine

Trio di Aeon Taman Equine



Jualan murah kedai Trio di Aeon Taman Equine

Lazada Sales 2017 - Lazada 5th anniversary sales


Sempena ulang tahun ke-5, Lazada telah mengadakan promosi jualan hebat dari 22 Mac sehingga 24 Mac 2017.

Lazada Sales - Lazada 5th anniversary sales

Apa yang menarik lagi, ada potongan harga jika anda pengguna Maybank dengan mendapat 10% diskaun bagi pengguna desktop dan 12% bagi pengguna telefon pintar.

Jangan lepaskan peluang ini...

Lazada Sales - Lazada 5th anniversary sales

Lambakan pomade di pasaran


Sejak tercetusnya revolusi gaya rambut hipster di Malaysia yang di pelopori oleh Wak Doyok, pomade sudah menjadi tidak asing lagi.

pomade
imej : google
Sebut saja pomade, dari anak kecil kepada yang dewasa. Tidak kira kaum, tidak kira warna kulit, ramai rakyat Malaysia yang sudah mengenali pomade.

Asal pomade


Pomade bukanlah asing sebenarnya di Malaysia ini. Sejak pertengahan 90-an, ramai murid-murid di sekolah telah menggunakan pomade. Cuma, mereka tidak memanggilnya pomade. 
tancho
imej : google



Tancho merupakan pomade yang paling lama bertahan di pasaran Malaysia dan paling banyak di gunakan. Dengan harga yang murah, sekitar RM2.00 sehinga RM2.50 ianya menjadi pilihan murid sekolah pada era nya.

Apa yang menarik mengenai Tancho ini ialah baunya. Bukan harganya tetapi baunya yang lebih signifikan.

Bagi mereka yang telah menggunakannya dahulu, bau Tancho memang menjadi kenangan. Tidak seperti pomade moden, bau Tancho adalah yang paling di ingati. 

Bila kita menggunakan Tancho, kemudian kita memakai songkok, secara automatiknya songkok itu wajib di tukar tanpa sebarang pertanyaan.

Cambahan kedai gunting rambut moden


Dengan tercetusnya revolusi gaya rambut hipster maka lahirlah kedai gunting rambut hipster atau di kenali sebagai “modern barbershop” yang mana mereka memenuhi permintaan rambut hipster.

barbershop
imej : google
Pelbagai kedai gunting rambut moden ini keluar ibarat cendawan yang baru tumbuh. Walaupun kedai gunting rambut moden ini semakin bercambah, kedai gunting mamak masih tidak sepi.

Ini ekoran dari harga yang di tawarkan antara kedua kedai ini berbeza. Bagi yang inginkan penggayaan rambut biasa dengan harga yang biasa, mereka lebih selesa memilih kedai gunting mamak. Tapi bagi mereka yang memilih gaya, kedai gunting rambut moden menjadi pilihan. 

Harga kedai gunting rambut ini pula bermula dari serendah RM20. Manakala kedai gunting mamak dari serendah RM8.

Lambakan pomade di pasaran


Pada permulaan revolusi pomade ini, rata-rata penjual pomade menjual pomade yang di import dengan harga puratanya dari RM50 ke atas.

pomade murah


Namun dalam masa 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, seiring dengan percambahan kedai gunting rambut moden, ramai yang mula mengeluarkan jenama sendiri.

Pada permulaannya, harga pomade tempatan ini di jual dengan harga RM35 setin. Harga ini separuh lebih murah dari harga pomade import.

Persaingan jualan pomade ini menjadi sengit. Muncul pula pemborong pomade yang mula menawarkan pomade dengan harga borong dan peniaga kecil boleh meletakkan jenama sendiri. Dari harga RM35 setin, kini pomade tempatan ini boleh di dapati dengan harga RM15 setin.

Manakala harga borong satu tin pomade jatuh di antara RM6 sehingga RM10. Dan lambakan pomade ini menyaksikan pelbagai jenama mulai bercambah.

Permintaan pomade kekal meningkat


Semakin banyak jenama pomade di keluarkan, bakal menyaksikan persaingan harga di antara penjual-penjual. Bagi orang lama dalam industri ini, mereka tentunya berasa sakit hati ekoran tiada kawalan harga dan margin keuntungan mereka juga bakal terjejas.

Namun, dari sudut pengguna pula mereka mahukan harga yang memberi keuntungan kepada mereka. 

Permintaan pomade ini kekal relevan pada masa sekarang dan datangnya dari pelajar sekolah terutamanya dan juga golongan remaja. 

Pada harga sekitar RM15 setin, tentunya mereka di antara golongan yang suka membelinya dan sangat murah berbanding harga RM35 setin yang di jual sebelum ini.

Harga pomade di pasaran runtuh

Bela pokok periuk kera elak nyamuk


Kalau baca tajuk entri ni, harap boleh baca dulu ye. Abe We sebenarnya suka tengok pokok periuk kera ni.


Bak kata orang lama, mengimbau kenangan silam.

Kalau masa kecil dulu, pokok ni senang je nak jumpa. Tapi bila zaman beredar, jumpa dekat nursery je la.

Cara penjagaan pokok periuk kera


Abe We pun tak arif sangat cara jaga pokok ni. Apa yang di beritahu oleh penjual pokok ni, kena bagi baja organik dan juga pastikan ada air dalam periuk dia setiap hari.

Bab nyamuk tu, Abe We masih dalam tempoh percubaan lagi. Harap-harap dengan lalat sekali dia ngap.

Harga pokok periuk kera


Harga yang di jual di sini ialah RM25.00. Entah murah entah tidak. Abe We tak dapat nak compare dengan kedai lain.

Bela pokok periuk kera elak nyamuk di rumah

Cuaca panas terik tak ganggu pengunjung


Apa yang menarik di pantai Morib? Haaa..itulah ayat pertama yang selalu Abe We fikirkan. Almaklumlah, Abe We ni bukan asal Selangor. Cuma dah bermastautin di negeri ini sejak 2012 lagi.


Karnival tamat 26 Mac 2017


Dekat Morib selalu juga ada karnival jualan ni. Tapi tak tahu bila karnival ni ada. Kalau saja-saja datang, tiba-tiba je ada. Tak nampak pula iklan dia.

Dah terlanjur pergi sini, Abe We tanya lah peniaga dekat situ sampai bila karnival ni. Dia kata sampai minggu depan (Ahad, 26 Mac 2017).

Pomade murah


Selain baju yang di jual murah, pomade juga di jual murah.


Pomade di sini di jual serendah RM15. Ok sangatlah kan. Kalau dekat luar sana, standard harga yang jual RM35.

Kasut Adidas murah


Selain dari tu, ada juga peniaga yang jual kasut Adidas, Nike murah. Katanya direct dari kilang. Harga yang di jual serendah RM50.


Kemeriahan karnival jualan di pantai Morib

Highway Kulai ke Kuala Lumpur sesak


Di kongsikan dari group Whatsapp.

Satu kemalangan di antara lori dan bas terjadi di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Kuala Lumpur.



Di fahamkan kejadian berlaku di Kulai menuju ke Kuala Lumpur. Tidak dapat di pastikan keadaan mangsa yang terlibat.

Orang ramai di minta berhati-hati ekoran keadaan cuaca hujan.

Kemalangan bas dan lori di Highway KulaiKemalangan bas dan lori di Highway Kulai



Kemalangan bas dan lori di Highway Kulai ke Kuala Lumpur

Berat turun 0.5kg


Awat Abe We ni makin kurus ni? Dari 64.3 kg pada 20/1/2017 turun 0.5 kg pada 14/3/17.

tips kurangkan berat badan
Berat pada 20/1/2017

tips kurangkan berat badan
Berat pada 14/3/2017

Rasanya macam timbang ni tipu je. Saja je nak sedapkan hati Abe We ni.

Tapi kan, Abe We memang kurang makan dah sekarang ni. Lagi-lagi makan malam.

Ni kalau tiba bulan ramadhan, mesti lagi kurang beratnya. Kebiasaannya turun 5 kg. Apa pun, kita tunggu bulan ramadhan nanti. Kita timbang lagi.

Berat menurun

Uber penuhi permintaan di Langkawi, Alor Setar dan Miri


Uber bukanlah satu nama asing di Malaysia. Walaupun tidak di sukai oleh pemandu teksi, namun Uber tetap utuh berdiri di Malaysia.


Bagi Abe We selaku pemandu dan pengguna Uber, khidmat ni memang bagus. Kita tak kan tertipu dengan harganya. Kita juga boleh tahu harga tambangnya awal-awal lagi.

Berbanding dengan teksi, kita hanya tahu tambangnya setelah kita sampai ke destinasi kita.

Selain itu, banyak kes pengguna di tipu tambang oleh pemandu teksi.

Dan bila kita bercuti ke sesuatu destinasi, kadang-kadang kita hendak ke mana-mana, sukar untuk mendapatkan khidmat teksi.

Ataupun kita hanya keluar bila perlu sahaja.

Jadinya, Uber adalah pilihan yang terbaik untuk perjalanan singkat kita.

Uber akan beroperasi di Langkawi, Alor Setar dan Miri

Babak "Gay" di edit


Setelah isu kemarahan dan persoalan yang di bangkitkan oleh peminat Beauty and the Beast mengenai isu filem ini, Lembaga Penapisan Filem Malaysia akhirnya membenarkan tayangan filem.

Beauty and the Beast

Antara penyebab filem di di haramkan seketika ialah kerana adanya adegan gay yang di lakonkan oleh Josh Gad yang membawa karektor Le Fou.

Le Fou





Beauty and the Beast tetap akan di tayangkan di Malaysia

Tiket F1 di jual murah, pastikan penonton tempatan ramai datang


Formula One akan berlangsung pada 29 September 2017 hingga 1 Oktober 2017 ini. Akibat dari kemerosotan penonton tempatan, SIC telah menawarkan tiket murah kepada pemengang MyKad.

Tiket F1 murah

Bagi pemengan MyKad, tiket serendah RM58 telah di tawarkan. Murah tu tiket ni. Boleh pilih tempat duduk berbumbung ataupun tidak. Tempatnya di Covered Hillstand C2 (berbumbung) dan juga K2 Hillstand (tidak berbumbung).

Tiket F1 murah

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tempat duduk ni, boleh rujuk gambar di bawah ini.
Tiket F1 murah

Kalau mengikut apa yang di katakan KJ, F1 tidak akan di sambung kontraknya bersama SIC berikutan masalah pengunjung dan SIC tidak dapat keuntungan yang setimpal.

Jadi pemandu Uber best juga masa-masa macam ni. Mesti ramai yang nak guna servis Uber. Kan?

Tiket F1 di jual murah kepada pemegang MyKad


carian di sini



Subscribe Our Newsletter