Avillion Port Dickson hotel paling best
Jom bercuti ke Port Dickson
“Pa, minggu
depan kita pergi bercuti nak?”
“Nak pergi
mana?”
“Kalau boleh nak
pergi pantai. Kita pergi PD nak?”
“Port Dickson?”
“Yup. Port
Dickson. Lama tak pergi situ”
“Boleh la. Papa
pun lama tak pergi sana. Last pergi pun tahun 2012 kot”
Lama sebenarnya
Abe We tak pergi PD ni. Tapi bila tengok orang lain selalu pergi bercuti ke Port Dickson beach
ni, kadang-kadang tertanya juga. Apa yang menarik lagi ye dekat PD tu.
Nak tau tak? Jom
dengar Abe We cerita pengalaman Abe We bercuti di PD. Mungkin ada yang selalu
pergi PD tetapi masih mencari tempat-tempat yang best di PD kan? Lepas Abe We
cerita ni, mesti korang semua terasa nak pergi pula.
Beberapa kali,
Abe We pergi ke PD ni, bab paling susah sekali ialah bab pilih hotel. Pening
kepala di buatnya kalau nak pilih hotel tu. Kadang-kadang dapat hotel yang ok.
Kadang-kadang yang kurang sikit. Tapi kali ni Abe We nak cerita pengalaman Abe
We stayed di Avillion Port
Dickson hotel.
Jenis Bilik di Avillion Port Dickson
Di sini, ada
tiga (3) kategori bilik yang di sediakan iaitu Chalets, Villas dan By The
Beach. Untuk setiap kategori pula kita boleh pilih mana satu daripada tiga (3)
jenis bilik yang sesuai dengan saiz keluarga kita dan room setting yang menjadi
pilihan kita.
Chalets
- Garden Chalet
- Water Chalet
- Premium Water Chalet
Villas
- 1-Bedroom Water Villa
- 2-Bedroom Water Villa
- 3-Bedroom Ultimate Water Villa
- Beach Room
- Beach Studio
- 3-Bedroom Beach Duplex
Kesemuanya ada 9 jenis bilik yang kita boleh pilih. Haa itu
baru cerita tentang bilik tau. Ada lagi yang Abe We nak cerita ni.
![]() |
Garden Chalet |
![]() |
Premium Water Chalet |
Aktiviti di Avillion Port Dickson
Sekarang jom tengok aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan di sini.
Dah menginap di
tepi pantai, mestilah yang famousnya sukan air dan pantai. Antaranya sukan air
yang ada ialah berkayak, luncur angin, water bee, hydro bike dan bermain bola
tampar (seronok kalau kita main ramai-ramai).
Spa & Steam dan Sauna di Avillion Port Dickson
So, kalau stay
sini dua hari satu malam belum tentu kita puas menikmati percutian di Avillion Port Dickson ni. Next, Avillion juga turut menyediakan
perkhidmatan spa dan steam dan juga sauna. Kepada kaum hawa atau ibu-ibu mesti
teruja dengar kan. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, kita juga
boleh merehatkan minda dan memanjakan badan di spa serta steam dan sauna ni.
Sauna untuk lelaki
Ada ke tak ye
sauna untuk lelaki? Biasanya memang susah nak jumpa. Tetapi di sini kaum lelaki
juga boleh cuba. Jangan risau ok. Mereka ada pekerja lelaki untuk mana-mana
tetamu lelaki yang inginkan perkhidmatan spa di sini. And for those yang tak
boleh berenggang dengan gym sampai tak boleh pergi vacation sebab terganggu
jadual work out korang, Avillion PD menyediakan sebuah gym yang besar dan
well-equipped. World class fitness equipment pihak Avillion sediakan. So, apa
lagi yang buatkan korang taknak ke sini?
Aktiviti kanak-kanak
Asyik aktiviti
dewasa je. Aktiviti anak-anak takde ke? Sudah tentu lah ada. Avillion
menyediakan Kid’s spa juga untuk anak-anak. Di sini bagi anak-anak perempuan tu
boleh lah mencuba manicure, pedicure macam ibu-ibunya juga.
Bukan itu je, Kid’s
Cabin juga disediakan di mana anak-anak boleh enjoy pelbagai perkara seperti
painting, storybooks, watching movies dan juga bermain outdoor playground. Wah!
Pasti anak-anak akan rasa teruja dan tak bosan di sini.
Kolam renang di Avillion Port Dickson
Tadi Abe We dah
cerita aktiviti outdoor dan juga indoor. Tapi macam ada yang tak lengkap lagi.
Oohh…Lupa pula. Ada satu lagi aktiviti yang wajib kita lakukan setiap kali
tidur di hotel iaitu mandi di kolam renang!
Ada sesuatu yang
sangat mengujakan tentang kolam renang di Avillion ni. Jangan terkejut ye kalau
dengar Avillion menyediakan tiga buah jenis kolam renang. Satu khas untuk
anak-anak dimana kedalamannya sesuai dan selamat untuk anak-anak bawah 12
tahun. Yang kedua adalah swimming pool bertemakan kekeluarga dan suasana
kampung. Swimming pool ni cukup meriah bagi keluarga-keluarga besar. Yang
ketiga adalah swimming pool berbentuk panjang yang sesuai kepada
perenang-perenang yang inginkan ketenangan semasa berenang.
Sebenarnya,
bukan aktiviti ini sahaja yang ada. Ada lagi aktiviti-aktiviti santai yang
boleh anda lakukan seperti Nature’s
Walk, Fishing and Crabbing, Caklempong, mengunjungi Spice Farm, Orchid Hut, Pet
Farm, Aviary dan berehat di Look out Point sambil menikmati pemandangan indah
Avillion dan pantai Port Dickson.
![]() |
Look out Point |
Seronok
sebenarnya bercuti di PD ni. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Bagi yang
masih belum cuba aktiviti di PD tu, tunggu apa lagi? Jom lah ke Avillion PD
sure takkan menyesal. Abe We nak katakan sesuatu “This is the best Port Dickson hotel!”
Ya Allah..PC pun dah lama tak ke PD..3..4 tahun ada kot..last pergi pun tak menginap..balik hari..insyaAllah ada rezeki boleh bawa big family..
ReplyDeleteCantiknya...Premium Water Chalet tu macam menarik je... boleh terjun dari situ tak? hehe
ReplyDeleteDah selalu pi PD tp x pernah bermalam kat mana2 hotel sebab rumah dekat je ngan PD..hahaha
ReplyDeletenak juga k pd ni... xtau la bila
ReplyDeleteNak g PD gak laa jehlesss kita tau
ReplyDeletehi..sy mmg memcari2 info hotel di pd...utk cuti singkat minggu depan.avilion price berapa ye
ReplyDeletePremium water chalet tu menggoda naluri i...hehe
ReplyDeletesyoknya PD, dah lama sgt tak p sana....
ReplyDeleteMemang dalam wishlist ni, cantik sungguh!
ReplyDeleteMak datokkkkkk. Tengok pon dah rasa best. Kena pegi jugak ni one day.
ReplyDeleteHello I am so delighted I located your blog, I really located you by mistake, while I was watching on google for something else, Anyways I am here now and could just like to say thank for a tremendous post and a all round entertaining website. Please do keep up the great work.
ReplyDeleteCBD Oil