">

Dilema hantaran perkahwinan

/
7 Comments

Dilema hantaran perkahwinan


Terdengar radio Bestfm pagi tadi, 2 orang deejaynya Along Cham dan Zairi berceritalah mengenai hantaran kahwin ni. Abe We tak dengar sangat lah semua yang call dan komen yang di bacakan oleh DJ tu. Ada sikit lah yang Abe We dengar.

sumber google

Part paling nak kata kelakar tak juga, nak kata seram agak seram juga. Datang dari seorang pemanggil wanita. Masih belajar lagi. Katanya

"Dia nak hantaran RM30k. Ye lah, minyak masak naik harga, petrol naik harga, GST lagi..."


Persediaan sebelum berkahwin


Sebenarnya, tak salah kita nak letak/bagi hantaran tinggi. Namun ia berdasarkan kepada kemampuan kita. Ada orang cakap, letak hantaran tinggi, tapi bab kat dapur failed. Itu pandangan orang. Tapi kalau kita mampu apa salahnya.

Tapi pada zaman sekarang ni, tak di nafikan barang semua naik harga. Nak dapat hantaran 10 tahun lepas memang tak dapatlah. Untuk katering pun, satu kepala kurang-kurang dah RM15.00. Kalau keluarga pengantin tu panggil jemputan 1000 orang, dah RM15,000 untuk katering sahaja. Belum lagi goodies bag dan sebagainya.

Bagi lelaki, memang agak sukar juga untuk kumpul duit. Bayangkan bagi mereka yang baru lepas grad, umur dalam 24 tahun, nak kumpul duit dalam masa 3 tahun untuk berbelas ribu ringgit memang pedih. Dan di sebabkan ini, ada yang sanggup buat personal loan.

Jumlah simpanan yang perlu ada


Agaknya berapa ribu ye kita nak simpan untuk majlis kahwin kita? Kita boleh congak secara kasarlah.

Lelaki:-
  1. Duit Hantaran - RM15,000.00 (anggaran katering RM15.00 sekepala)
  2. Mas Kahwin - RM300.00 (bergantung pada negeri masing-masing)
  3. Goodies Bag - RM3,000.00 (RM3.00 per bag x 1000 tetamu)
  4. Baju sanding - RM500.00 (bargantung pada mak andam)
  5. Pelamin (termasuk tepung tawar dll aksesori) - RM2,000.00 (bargantung pada mak andam)
  6. Khemah/Dewan - RM2,000.00
  7. Dulang hantaran - Yang ni sangat subjektif. Biasanya lelaki beli keperluan lelaki dan akan di tukar dengan pihak perempuan sebelum majlis akad. Mungkin boleh letak anggaran RM3,000.00. Tapi kalau letak hantarannya kamera DSLR, boleh jadi RM7,000.00 - RM8,000.00.
  8. Kenduri sebelah lelaki - RM15,000.00 (sama anggaran dengan duit hantaran)
Berdasarkan kos di atas ni, secara kasarnya hampir RM40,000 yang perlu di sediakan oleh pihak lelaki. Dah boleh dapat kereta Saga dah ni.

Perempuan:-
  1. Goodies Bag - RM3,000.00 (RM3.00 per bag x 1000 tetamu)
  2. Baju sanding - RM500.00 (bargantung pada mak andam)
  3. Pelamin (termasuk tepung tawar dll aksesori) - RM2,000.00 (bargantung pada mak andam)
  4. Khemah/Dewan - RM2,000.00
  5. Dulang hantaran - Anggaran RM4,000.00.
  6. Make Up Artist - RM300.00
Anggaran pihak perempuan - RM8,000.00

Banyak tak kita berhabis duit? Banyak kan? Ni tak masuk photography, videography lagi. Tambah lah photography RM2,000.00 atau videography RM5,000.00 untuk dua-dua majlis.

Persoalannya sekarang, apa yang akan terjadi selepas majlis perkahwinan ni?

Kehidupan selepas kahwin


Jika mereka yang belum berkahwin lihat, duit banyak pakai untuk majlis kahwin, tetapi sebenarnya, duit lagi banyak di perlukan sehari selepas majlis kahwin tu.

Nak sewa rumah, bayar api, air, pergi honeymoon (ni paling penting. Kalau tak pergi, sampai tua kena ungkit bang!)

Dan yang lagi mengerikan, NAK BELI RUMAH!!!!!!!

Bagi mereka yang nak kahwin tu, tolonglah buka mata. HARGA RUMAH SEKARANG MAHAL.

Nak dapat rumah RM300,000.00 dah susah. Rumah berharga RM300,000.00 keatas, bulanan yang kita perlu bayar kepada bank ialah RM1,500.00 dan keatas. 

Setakat gaji RM3,000.00, koyak poket bang! Kalau boleh, poket tu cakap tak nak jadi poket. Kalau boleh dia jadi tali kasut pun dia sanggup.

Bang, bayangkan nanti ada anak, susu, pampers, duit pengasuh lagi... Sakit bang... Makan penedol pun tak mampu rawat bang...

Sekian ngomelan comel Abe We...


You may also like

7 comments:

  1. Kehidupan selepas perkahwinan itu tersangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sangat setuju. memang sangat mencabar.

      Delete
  2. semakin lama semakin tinggi hantaran. lama-lama ramailah orang yang tak kahwin. bukan sebab taknak kahwin tapi belanja mahal sangat. adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. jadi takut sebab hantaran mahal sangat

      Delete
  3. tiba-tiba rasa macam nak kawin jer.. ehh

    hahhaa

    http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html

    ReplyDelete
  4. Sebab tu takut nak kawen..takut letak hantaran banyak sangat..hahahaha

    ReplyDelete