Berapa lama blog ini bertahan

Berapa lama blog ini bertahan

Masanya akan tiba, sedikit ilmu telah di beri


Satu soalan yang sememangnya mengganggu kotak pemikiran Abe We "Berapa lama blog ini akan bertahan?"


Tempoh tak sampai 10 tahun


Ya. Satu soalan yang sukar untuk di jawab. Tetapi akan berlaku jua. Dalam jangkaan Abe We, dalam masa 10 tahun lagi, berkemungkinan persoalan ini akan terjawab.

Hendak atau tidak, memang terpaksa menerimanya.

Mungkin hanya sedikit ilmu yang di curahkan 
Tanpa ada apa-apa imbuhan 
Untuk di jadikan sedikit rujukan 
Bagi yang masih mencari jawapan.

Di luar ada yang lagi hebat 
Setiap patah kata 
beribu mata terpesona
Setiap bait ayat
Berjuta mengambil berat

Di berikan bukan untuk melawan
Bukan juga sebagai tentangan
Sekadar hanya sedikit suapan
Agar semua merasa kebaikan

Tiada apa yang mampu di beri
Cukup sekadar pengalaman diri
Untuk di jadikan cahaya diri
Bila gelap datang ia bakal menyinari

Mungkin satu, mungkin dua atau tiada
Bukan ucapan yang di minta
Cukup sekadar menjengah di ingatan
Dari apa yang di coretkan

2 comments

avatar

Perkara baik yang dikongsi kebaikkan akan berpanjangan..insyaAllah.

Balas
avatar

Kak Sue pun pernah terpikir macam tu..semoga apa yang kita tulis beri mafaat kepada orang lain..

Balas

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.