Breaking

carian di sini

Friday, 24 February 2017

11:46:00

Tips lulus Adsense Bahagian Keenam - Buang widget Ping

Buang widget Ping

Kembali kita dalam tips lulus Adsense. Kali ni Abe We tertinggal sesuatu yang penting dalam tutorial untuk lulus Google Adsense ni.

Siapa ada widget dalam gambar di bawah ni?

Rasanya ramai pengguna blogspot ada widget ni. Ini lah widget ping yang selalu kita gunakan. Tujuannya untuk ping entri kita di enjin carian di atas ni.

Ok, sebenarnya, Google Adsense amat tidak menyukai widget ni. Adsense ni, dia lebih suka kepada carian organik.

Carian Organik

Carian organik ni bukanlah carian berkenaan makanan organik. Carian organik ni contohnya kalau kita taip "Resipi Sate Malatop ala Neelofa", carian tu terus menerus ke blog kita. Bukannya carian tu pergi ke babab.net/Resipi Sate Malatop ala Neelofa atau pingje.org/Resipi Sate Malatop ala Neelofa.

Adsense tak suka macam ni. Dia lebih suka carian yang lebih direct.

So, dalam masa permohonan Adsense ni, buangkan semua sekali widget ni. Simpan di dalam pc anda. Bila dah approve nanti, letak semula widget ni.

Dah baca tak tips Abe We yang sebelum ni? Haa..nanti lupa kang, baik baca. Sampai khatam tau.

Tuesday, 21 February 2017

11:00:00

Avillion Port Dickson hotel paling best

Jom bercuti ke Port Dickson

“Pa, minggu depan kita pergi bercuti nak?”
“Nak pergi mana?”
“Kalau boleh nak pergi pantai. Kita pergi PD nak?”
“Port Dickson?”
“Yup. Port Dickson. Lama tak pergi situ”
“Boleh la. Papa pun lama tak pergi sana. Last pergi pun tahun 2012 kot”

Lama sebenarnya Abe We tak pergi PD ni. Tapi bila tengok orang lain selalu pergi bercuti ke Port Dickson beach ni, kadang-kadang tertanya juga. Apa yang menarik lagi ye dekat PD tu.

Nak tau tak? Jom dengar Abe We cerita pengalaman Abe We bercuti di PD. Mungkin ada yang selalu pergi PD tetapi masih mencari tempat-tempat yang best di PD kan? Lepas Abe We cerita ni, mesti korang semua terasa nak pergi pula.

Beberapa kali, Abe We pergi ke PD ni, bab paling susah sekali ialah bab pilih hotel. Pening kepala di buatnya kalau nak pilih hotel tu. Kadang-kadang dapat hotel yang ok. Kadang-kadang yang kurang sikit. Tapi kali ni Abe We nak cerita pengalaman Abe We stayed di Avillion Port Dickson hotel.

Jenis Bilik di Avillion Port Dickson

Di sini, ada tiga (3) kategori bilik yang di sediakan iaitu Chalets, Villas dan By The Beach. Untuk setiap kategori pula kita boleh pilih mana satu daripada tiga (3) jenis bilik yang sesuai dengan saiz keluarga kita dan room setting yang menjadi pilihan kita.

Chalets
1. Garden Chalet
2. Water Chalet
3. Premium Water Chalet
Villas
1. 1-Bedroom Water Villa
2. 2-Bedroom Water Villa
3. 3-Bedroom Ultimate Water Villa
By The Beach
1. Beach Room
2. Beach Studio
3. 3-Bedroom Beach Duplex
Kesemuanya ada 9 jenis bilik yang kita boleh pilih. Haa itu baru cerita tentang bilik tau. Ada lagi yang Abe We nak cerita ni.

Garden Chalet
Premium Water Chalet

Aktiviti di Avillion Port Dickson

Sekarang jom tengok aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan di sini.

Dah menginap di tepi pantai, mestilah yang famousnya sukan air dan pantai. Antaranya sukan air yang ada ialah berkayak, luncur angin, water bee, hydro bike dan bermain bola tampar (seronok kalau kita main ramai-ramai).

Spa & Steam dan Sauna di Avillion Port Dickson

So, kalau stay sini dua hari satu malam belum tentu kita puas menikmati percutian di Avillion Port Dickson ni. Next, Avillion juga turut menyediakan perkhidmatan spa dan steam dan juga sauna. Kepada kaum hawa atau ibu-ibu mesti teruja dengar kan. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, kita juga boleh merehatkan minda dan memanjakan badan di spa serta steam dan sauna ni.

Sauna untuk lelaki

Ada ke tak ye sauna untuk lelaki? Biasanya memang susah nak jumpa. Tetapi di sini kaum lelaki juga boleh cuba. Jangan risau ok. Mereka ada pekerja lelaki untuk mana-mana tetamu lelaki yang inginkan perkhidmatan spa di sini. And for those yang tak boleh berenggang dengan gym sampai tak boleh pergi vacation sebab terganggu jadual work out korang, Avillion PD menyediakan sebuah gym yang besar dan well-equipped. World class fitness equipment pihak Avillion sediakan. So, apa lagi yang buatkan korang taknak ke sini?

Aktiviti kanak-kanak

Asyik aktiviti dewasa je. Aktiviti anak-anak takde ke? Sudah tentu lah ada. Avillion menyediakan Kid’s spa juga untuk anak-anak. Di sini bagi anak-anak perempuan tu boleh lah mencuba manicure, pedicure macam ibu-ibunya juga.

Bukan itu je, Kid’s Cabin juga disediakan di mana anak-anak boleh enjoy pelbagai perkara seperti painting, storybooks, watching movies dan juga bermain outdoor playground. Wah! Pasti anak-anak akan rasa teruja dan tak bosan di sini.

Kolam renang di Avillion Port Dickson

Tadi Abe We dah cerita aktiviti outdoor dan juga indoor. Tapi macam ada yang tak lengkap lagi. Oohh…Lupa pula. Ada satu lagi aktiviti yang wajib kita lakukan setiap kali tidur di hotel iaitu mandi di kolam renang!

Ada sesuatu yang sangat mengujakan tentang kolam renang di Avillion ni. Jangan terkejut ye kalau dengar Avillion menyediakan tiga buah jenis kolam renang. Satu khas untuk anak-anak dimana kedalamannya sesuai dan selamat untuk anak-anak bawah 12 tahun. Yang kedua adalah swimming pool bertemakan kekeluarga dan suasana kampung. Swimming pool ni cukup meriah bagi keluarga-keluarga besar. Yang ketiga adalah swimming pool berbentuk panjang yang sesuai kepada perenang-perenang yang inginkan ketenangan semasa berenang.

Sebenarnya, bukan aktiviti ini sahaja yang ada. Ada lagi aktiviti-aktiviti santai yang boleh anda lakukan  seperti Nature’s Walk, Fishing and Crabbing, Caklempong, mengunjungi Spice Farm, Orchid Hut, Pet Farm, Aviary dan berehat di Look out Point sambil menikmati pemandangan indah Avillion dan pantai Port Dickson.

Look out Point

Seronok sebenarnya bercuti di PD ni. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Bagi yang masih belum cuba aktiviti di PD tu, tunggu apa lagi? Jom lah ke Avillion PD sure takkan menyesal. Abe We nak katakan sesuatu “This is the best Port Dickson hotel!”

Thursday, 16 February 2017

09:45:00

Tahniah blog sheilainspire.com lulus adsense dalam masa 3 hari

Coaching blog sheilainspire.com lulus adsense

Alhamdulillah dan tahniah di ucapkan kepada +Sheila Adziz kerana lulus adsense dalam masa lebih kurang 3 hari. Tahniah dan tahniah lagi kerana ikuti coaching yang Abe We tunjukkan.

sheilainspire.com

Blog sheilainspire.com blog paling cepat lulus Adsense

Sebenarnya Abe We tak sangka juga Adsense boleh lulus dalam masa paling cepat. Start Abe We coach pada Isnin, 13/2/2017 dan pagi ni Khamis, 16/2/2017 dah ada iklan di blog akak +Sheila Adziz ni.

Abe We bukanlah pakar lulus Google Adsense Malaysia, tapi ada sedikit ilmu lah yang telah Abe We kongsikan sebelum ni.

Tips Mohon Adsense Bahagian Keempat

Buka kelas Coaching Google Adsense

Di kesempatan ini, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kelas Coaching Google Adsense secara one-to-one, boleh hubungi Abe We.

Mungkin akan di kenakan yuran sedikit lah. Boleh tak? Siapa nak masuk kelas Coaching Google Adsene bersama Wayne Harraz? Angkat tangan please......

Senarai blog lulus Adsense di bawah Coaching Abe We
http://www.akifimtiyaz.com/
http://www.sayidahnapisah.com/
http://ciklapunyabelog.blogspot.my/

Mahaguru Prof. Madya Sir Wayne Harraz amn, pjk, spm, pmr, upsr
Pakar Lulus Google Adsense Malaysia 2014, 2015, 2016

Monday, 13 February 2017

12:52:00

Tahniah blog ciklapunyablog kerana lulus adsense

Blog ciklapunyablog draft semula entri giveaway dan wordless

Blog ciklapunyablog adalah contoh blog terbaru yang di bimbing oleh Abe We sendiri dalam permohonan adsense ini.

lulus adsense

Pemilik blog ini +CikLa Shahril telah mengikuti tips yang Abe We berikan. Rasanya tidak sampai 2 minggu, blog ini telah pun lulus adsense.

Apa yang pemilik blog ini buat?  +CikLa Shahril telah mengikuti tips ini:-

Tips Mohon Adsense Bahagian Keempat

Antara blog lain yang Abe We telah tolong ialah:-

Yang lain tu bila lagi nak mohon adsense? Jom mohon sekarang. Tips telah Abe We berikan. Percuma sahaja. Tiada bayaran. Al maklumlah, nak kumpul saham akhirat. :)
09:45:00

Tips lulus Adsense bahagian kelima - Letakkan Disclaimer

Letakkan Disclaimer di blog

Setelah beberapa entri Abe We bercerita dan merungkap permasalahan kegagalan Adsense, kita akan ke langkah seterusnya iaitu memasukkan Disclaimer.
Disclaimer adsense

Sebelum itu, bagi mereka yang terlepas untuk membaca entri berkaitan cara dan permasalahan berkaitan Adsense ini, boleh di baca di sini:-

Apa itu Disclaimer

Disclaimer atau penafian dari penulis blog adalah bahagian yang terpenting dalam memohon Adsense. Tanpa meletakkan Disclaimer, permohonan kita pastinya gagal.

Disclaimer boleh di letakkan di bawah blog post ataupun di navigasi di menu bar.

Contoh Disclaimer

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk menulis Disclaimer, copy dan paste ayat di bawah ini dan tukarkan tulisan yang berwarna merah.

Disclaimer di bawah ini di letakkan di bawah blog post. Sila masukkan widget HTML dan paste ayat di bawah ini.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di EMAILANDA@gmail.com.

[PENAFIAN] www.BLOGANDA.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Friday, 10 February 2017

09:47:00

Berapa lama blog ini bertahan

Masanya akan tiba, sedikit ilmu telah di beri

Satu soalan yang sememangnya mengganggu kotak pemikiran Abe We "Berapa lama blog ini akan bertahan?"

Tempoh tak sampai 10 tahun

Ya. Satu soalan yang sukar untuk di jawab. Tetapi akan berlaku jua. Dalam jangkaan Abe We, dalam masa 10 tahun lagi, berkemungkinan persoalan ini akan terjawab.

Hendak atau tidak, memang terpaksa menerimanya.

Mungkin hanya sedikit ilmu yang di curahkan
Tanpa ada apa-apa imbuhan
Untuk di jadikan sedikit rujukan
Bagi yang masih mencari jawapan.

Di luar ada yang lagi hebat
Setiap patah kata
beribu mata terpesona
Setiap bait ayat
Berjuta mengambil berat

Di berikan bukan untuk melawan
Bukan juga sebagai tentangan
Sekadar hanya sedikit suapan
Agar semua merasa kebaikan

Tiada apa yang mampu di beri
Cukup sekadar pengalaman diri
Untuk di jadikan cahaya diri
Bila gelap datang ia bakal menyinari

Mungkin satu, mungkin dua atau tiada
Bukan ucapan yang di minta
Cukup sekadar menjengah di ingatan
Dari apa yang di coretkan

Tuesday, 7 February 2017

12:07:00

Gamba Osaka vs JDT : Gamba Osaka bakal menang mudah

Gamba Osaka vs JDT : Semoga kejutan tercipta

Yaayyy...Petang akan berlangsung perlawanan antara Gamba Osaka menantang JDT. Perlawanan yang sengit untuk JDT sebenarnya.

Memang harapan di letakkan di skuad JDT agar mempamerkan sesuatu yang luar biasa petang ni. Namun, secara dasarnya, memang di akui JDT sangat sangat sukar untuk memberikan tentangan sengit ke atas kelab jepun ni.

Gamba Osaka sebuah kelab besar dan lebih matang lagi dari JDT. Di atas kertas sememangnya Gamba Osaka menguasai untuk memenangi perlawanan ini. Di tambah pula dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, sememangnya Gamba Osaka memiliki kelebihan sendiri.

Keputusan perlawanan

Gamba Osaka 3 - 0 JDT

Saturday, 4 February 2017

08:11:00

Chatime Malaysia tutup operasi

Chatime Malaysia guna resipi tiada dalam kontrak

Baru je Abe We terbaca ni. Tapi di sebabkan waktu berkerja, tak sempat lagi lah nak pergi shopping complex untuk tengok kiosk Chatime ni.

Apa yang tersebar di akhbar menyatakan, syarikat minuman berasal di Taiwan ni telah menamatkan kotraknya bersama rakan niaganya di Malaysia.

Ini berikutan dari resipi yang di gunakan di Malaysia tiada dalam kontrak mereka.

Di sebabkan itu, tiada sebarang persetujuan antara kedua belah pihak untuk menggunakan resipi seperti yang tertakluk di dalam kontrak mereka, makanya Chatime pun menamatkan kontrak kerana merasa di tipu dan tertipu.

Friday, 3 February 2017

12:28:00

Mengatasi gagal lulus adsense

Tips lulus Adsense

Seperti yang kita ketahui, antara requirement untuk lulus adsense ialah blog kita mestilah menggunakan template responsive.

Setelah kita mengaplikasi kan template responsive ni, kita apply adsense terus dari dalam blog kita di widget Earning. Google Adsense akan mengambil masa tiga (3) hari untuk review blog kita. Setelah di review, antara email permulaan yang di hantar oleh Google Adsense seperti berikut:-

lulus adsense

Cara atasi gagal permohonan Adsense

Kaedah ini adalah berdasarkan pengalaman Abe We sendiri yang telah menolong beberapa blog lain lulus Adsense. Anda boleh praktikkan kaedah ini yang Abe We selesaikan menerusi email yang di hantar oleh Adsense.

Insufficient content: To be approved for AdSense and show relevant ads on your site, your pages need to have enough text on them for our specialists to review and for our crawler to be able to determine what your pages are about.
To resolve this issue, please work through the following suggestions:

·         Make sure that your pages have sufficient text – websites that contain mostly images, videos or Flash animations will not be approved.

Jawapan:-
Sila draftkan semula entri yang berkaitan giveaway, wordless dan mana-mana entri yang lebih gambar dari teks. Semasa proses permohonan adsense, entri yang bersifat lebih gambar dari teks wajib di hilangkan sementara sehinggalah adsense approve permohonan kita.

·         Your content should contain complete sentences and paragraphs, not only headlines.

Jawapan:-
Sila pastikan entri mempunyai teks yang cukup. Lebih baik 300 patah perkataan. Apa yang penting, entri mestilah mempunyai Heading, teks, gambar, sub-heading, teks, gambar dan seterusnya.

·         Ensure that your website is fully built and launched before you apply for AdSense – do not apply while your site’s still in a beta or “under construction” phase or only consists of a website template.

Jawapan:-
Sila pastikan blog anda sudah melebihi enam (6) bulan usianya dan juga telah beroperasi sepenuhnya. Bukannya blog yang hanya ada satu (1) atau dua (2) entri.

·         Place the ad code on a live page of your website. It does not have to be the main page, but test pages that are empty except for the AdSense ad code will not be approved.

Jawapan:-
Tunggu Adsense di approvekan dahului. Kemudian baru kita letakkan kod adsense di tempat yang sesuai.

·         Provide a clear navigation system for your visitors so that they can easily find all of the sections and pages of your website.

Jawapan:-
Sila letakkan widget Labels di dalam blog anda.

·         If you’d like to monetise YouTube videos, please apply for the YouTube monetisation program. Note that blogs and websites that contain only videos will not be approved.

Jawapan:-
Abaikan.

Thursday, 2 February 2017

14:00:00

Akaun FB dan Twitter Najib Razak kena spam 20 sen

Rakyat marah kenaikan harga minyak 20 sen seliter

Nak kesian kan PM kita sorang ni ke nak kesian kan nasib kita sebagai rakyat? Baik kita kesian kan diri sendiri kan? Jadi menteri ni semua di tanggung. Minyak tak payah fikir. Makan pun tak payah fikir banyak. Kerja rumah pun langsung tak payah fikir.

Jengah-jengah la FB & Twitter Najib Razak. Tengok bahagian komen. Hahaha.....

11:59:00

Dilema hantaran perkahwinan

Dilema hantaran perkahwinan

Terdengar radio Bestfm pagi tadi, 2 orang deejaynya Along Cham dan Zairi berceritalah mengenai hantaran kahwin ni. Abe We tak dengar sangat lah semua yang call dan komen yang di bacakan oleh DJ tu. Ada sikit lah yang Abe We dengar.

sumber google

Part paling nak kata kelakar tak juga, nak kata seram agak seram juga. Datang dari seorang pemanggil wanita. Masih belajar lagi. Katanya

"Dia nak hantaran RM30k. Ye lah, minyak masak naik harga, petrol naik harga, GST lagi..."

Persediaan sebelum berkahwin

Sebenarnya, tak salah kita nak letak/bagi hantaran tinggi. Namun ia berdasarkan kepada kemampuan kita. Ada orang cakap, letak hantaran tinggi, tapi bab kat dapur failed. Itu pandangan orang. Tapi kalau kita mampu apa salahnya.

Tapi pada zaman sekarang ni, tak di nafikan barang semua naik harga. Nak dapat hantaran 10 tahun lepas memang tak dapatlah. Untuk katering pun, satu kepala kurang-kurang dah RM15.00. Kalau keluarga pengantin tu panggil jemputan 1000 orang, dah RM15,000 untuk katering sahaja. Belum lagi goodies bag dan sebagainya.

Bagi lelaki, memang agak sukar juga untuk kumpul duit. Bayangkan bagi mereka yang baru lepas grad, umur dalam 24 tahun, nak kumpul duit dalam masa 3 tahun untuk berbelas ribu ringgit memang pedih. Dan di sebabkan ini, ada yang sanggup buat personal loan.

Jumlah simpanan yang perlu ada

Agaknya berapa ribu ye kita nak simpan untuk majlis kahwin kita? Kita boleh congak secara kasarlah.

Lelaki:-
1. Duit Hantaran - RM15,000.00 (anggaran katering RM15.00 sekepala)
2. Mas Kahwin - RM300.00 (bergantung pada negeri masing-masing)
3. Goodies Bag - RM3,000.00 (RM3.00 per bag x 1000 tetamu)
4. Baju sanding - RM500.00 (bargantung pada mak andam)
5. Pelamin (termasuk tepung tawar dll aksesori) - RM2,000.00 (bargantung pada mak andam)
6. Khemah/Dewan - RM2,000.00
7. Dulang hantaran - Yang ni sangat subjektif. Biasanya lelaki beli keperluan lelaki dan akan di tukar dengan pihak perempuan sebelum majlis akad. Mungkin boleh letak anggaran RM3,000.00. Tapi kalau letak hantarannya kamera DSLR, boleh jadi RM7,000.00 - RM8,000.00.
8. Kenduri sebelah lelaki - RM15,000.00 (sama anggaran dengan duit hantaran)
Berdasarkan kos di atas ni, secara kasarnya hampir RM40,000 yang perlu di sediakan oleh pihak lelaki. Dah boleh dapat kereta Saga dah ni.

Perempuan:-
1. Goodies Bag - RM3,000.00 (RM3.00 per bag x 1000 tetamu)
2. Baju sanding - RM500.00 (bargantung pada mak andam)
3. Pelamin (termasuk tepung tawar dll aksesori) - RM2,000.00 (bargantung pada mak andam)
4. Khemah/Dewan - RM2,000.00
5. Dulang hantaran - Anggaran RM4,000.00.
6. Make Up Artist - RM300.00
Anggaran pihak perempuan - RM8,000.00

Banyak tak kita berhabis duit? Banyak kan? Ni tak masuk photography, videography lagi. Tambah lah photography RM2,000.00 atau videography RM5,000.00 untuk dua-dua majlis.

Persoalannya sekarang, apa yang akan terjadi selepas majlis perkahwinan ni?

Kehidupan selepas kahwin

Jika mereka yang belum berkahwin lihat, duit banyak pakai untuk majlis kahwin, tetapi sebenarnya, duit lagi banyak di perlukan sehari selepas majlis kahwin tu.

Nak sewa rumah, bayar api, air, pergi honeymoon (ni paling penting. Kalau tak pergi, sampai tua kena ungkit bang!)

Dan yang lagi mengerikan, NAK BELI RUMAH!!!!!!!

Bagi mereka yang nak kahwin tu, tolonglah buka mata. HARGA RUMAH SEKARANG MAHAL.

Nak dapat rumah RM300,000.00 dah susah. Rumah berharga RM300,000.00 keatas, bulanan yang kita perlu bayar kepada bank ialah RM1,500.00 dan keatas.

Setakat gaji RM3,000.00, koyak poket bang! Kalau boleh, poket tu cakap tak nak jadi poket. Kalau boleh dia jadi tali kasut pun dia sanggup.

Bang, bayangkan nanti ada anak, susu, pampers, duit pengasuh lagi... Sakit bang... Makan penedol pun tak mampu rawat bang...

Sekian ngomelan comel Abe We...