">

Remaja 13 tahun buat laporan polis

/
0 Comments

buat laporan polis terhadap Lim Guan Eng berkenaan RUU 355


Abe We terbaca pula berita pasal politik pagi ni. Tapi yang ni nampak lain sikit. Jom baca :-

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan pe­mimpin itu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dimuat naik ke laman blognya dua bulan lalu.



Laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan, Ahmad Ali Abdul Karim di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada 24 November tahun lalu setelah membaca artikel di laman blog Guan Eng yang dilihat mengeluarkan pernyataan mengelirukan terhadap RUU355 itu.

Ahmad Ali berkata, dalam artikel terbabit, Guan Eng telah mengeluarkan empat dakwaan berbaur hasutan membabitkan rang undang-undang tersebut.

“Antara dakwaan dibuat Guan Eng itu adalah menegaskan bahawa DAP menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, jadi cubaan pindaan terhadap hukuman di bawah RUU355 itu mengarah ke arah hudud,” katanya menerusi artikel yang dimuat naik di laman blognya, https://ahmadalikarim.wordpress.com/2016/11/26/police-report-on-lim-guan-engs-false-statements baru-baru ini.

Selain itu dalam artikel tersebut katanya, Guan Eng turut memberi pandangan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk dikritik kerana tidak berpegang pada janji dan prinsip mereka untuk bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sanggup menyokong UMNO yang bekerjasama dengan Pas sehingga membelakangkan Perlembagaan negara bagi membolehkan RUU355 dipinda.

“Akhir sekali, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengulangi dakwaan beliau terhadap kegagalan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP meninggalkan Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekali gus ke arah mendekati perlaksanaan hudud,” katanya.

Ahmad Ali dalam pada itu menegaskan, laporan polis yang dibuat bukan disebabkan pe­mimpin itu menentang RUU355 tetapi membabitkan kenyataan beliau mengarah ke arah hasutan yang jelas menyalahi undang-undang negara.

“Saya sayang negara saya dan tidak mahu melihat keamanan serta keharmonian yang dikecapi semua rakyat ketika ini hilang akibat beberapa perkataan hasutan yang dikeluarkan oleh individu-individu tertentu.

“Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat memandangkan beliau adalah pemimpin tertinggi parti politik,” tegasnya.

p/s: Apa pandangan anda bila ada wakil dari parti politik mula bergambar dengan dia?


You may also like

No comments: