">

Minum air daun rama-rama

/
1 Comments

Bantu lancarkan penghadaman perut


Ni cerita pengalaman Abe We setelah beberapa hari minum air daun rama-rama ni. Ada sesiapa yang pernah cuba?


Air daun rama-rama ni, Abe We minum hampir setiap pagi dan sebelum tidur. Abe We tak minum hari-hari pagi dan malam. Kadang-kadang pagi je, kadang-kadang pagi dan malam dan kadang-kadang malam je.

Tapi efek dia dekat perut memang boleh di anggap terbaik.

Mana taknya, bila datang sakit perut tu, memang agak tak boleh tahan lah. Kalau tahan dalam tempoh masa yang lama, boleh bertukar warna hijau muka kita ni.

Bila masuk tandas, memang berdesup lah sistem pencernaan kita tu.

Cara minum air rama-rama


Cara minum air rama-rama ni mudah je. Kita cuma perlu masak daun rama-rama kering bersama air.  Dia akan jadi macam kita minum air teh nanti. Tapi tak payah la masak banyak-banyak. Ambil segenggam, kita boleh buat air 1.5 liter. Atau segenggam lebih sikit.


Lepas dah masak, masukkan dalam jug dan sejukkan. Abe We akan simpan dalam peti ais bila air tu dah sejuk. Simpan dengan daun-daunnya sekali.

Bila kita nak minum, kita tuang sedikit air tu dalam cawan. Kadang-kadang tu, dengan daun-daun sekali masuk. Tak pe. Daun tu kita boleh masak lagi 2 - 3 kali lagi. Bila air dah habis, kita masak air baru dengan daun yang tadi tu.


You may also like

1 comment: