Malique ft Dayang Nurfaizah - Pejamkan mata

Malique ft Dayang Nurfaizah - Pejamkan mata

Lirik Pejamkan Mata - Malique ft Dayang Nurfaizah


Sebermula Maka Dipaksa Diam,
Dengar, Patuh Dan Terpaku Tunduk,
Selesakan Di Bawah, Sujudnya Rujuk Telunjuk,
Tenagamu Kencanaku Katanya Fitrah Gawai,
Kedanamu Ketawaku Dekahnya Hingga Sawai,
Berontak, Dongak, Lembayung Ku Ternampakkan,
Si Hering Menyorak, Ngoyak Awan Canggung Dan Berantakan,
Dah Diragut Total, Cinta Resiprokal,
Bila Dipersoal Kekal Equivokal,
Katanya Tanggal Tali Leher Itu,
Cukuplah Seharian Digembala,
Lupuskan Logarithma Yang Menghantui Kepala,
Dalam Tafakur, Akur, Sadur Mimpi Yang Dikabur,
Karektor Kartun Kantor Dan Karikatur Diktator,
Dikabur Takbur Shabab Yang Bermusim,
Tak Punya Tempat Di Benak Jiwaku Jemaah Mereka Bermukim,
Al-malik, Al-kudus, As-salam, Al-mukmin,
Ubat Gementar Senja Suara Ngekor Roh Ke Kasur,
Masyghur, Runsing, Jah.
Pejamkan Mata,
Mata Yang Lesu Itu,
Dan Mimpikan Yang Indah,
Mimpikan Aku,
Biarkan Gelita,
Menghapus Derita,
Pejamkanlah Matamu.
Aku Terdengar Suara Itu Lagi,
Dari Tenggara Namaku Diseru,
Disuruh Hembusnya Lilin Di Setiap Empat Penjuru,
Katanya Mata Penamu Tak Mencoret Solusi,
Kata Magismu Takkan Mampu Cetus Revolusi,
Manusia Kan Sentiasa Menyakiti,
Yang Tak Membunuh Buatmu Kebal Sehari Lagi,
Masa Untuk Koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal,
Semoga Afdal Bertemu Di Astral,
Selamat Tiba Kita Ke Republik Cinta,
Lagenda Dimensi Ruang Dan Waktu Tak Bersempadan,
Halaman Terbentang Suci, Dicuci Noda Dan Nista,
Terhapus Dogma Dan Stigma, Kepincangan Dan Kehilangan,
Arasy Yang Tiada Penghuni Mengugut Buli,
Tak Perlukan Runut Bunyi, Sembunyi, Bersunyi Sakan,
Di Hati Dan Pituitari Menarinya Tanpa Bumi,
Menyanyinya Tanpa Bunyi, Keghaibannya Kita Raikan.
Pejamkan Mata,
Mata Yang Lesu Itu,
Dan Mimpikan Yang Indah,
Mimpikan Aku,
Biarkan Gelita,
Menghapus Derita,
Pejamkanlah Matamu.
Hakikatnya Nirvana Di Sana,
Di Sini Masih Lagi Samsara,
Cuba Tak Diperhambanya Dunya,
Sukar Tapi Aku Cuba,
Sukar Tapi Aku Cuba Ya.
Kembalikan Senyuman,
Serimu Yang Dulu,
Kembali Ke Dakapan,
Ku Perlindunganmu,
Walaupun Gerhananya,
Seakan Tak Berakhir,
Selagi Ku Di Sisi,
Tak Usah Khuatir.
Pejamkan Mata,
Mata Yang Lesu Itu,
Dan Mimpikan Yang Indah,
Mimpikan Aku,
Biarkan Gelita,
Menghapus Derita,
Pejamkanlah Matamu.

P/s : video youtube di atas hanyalah preview. Sesiapa yang ingin dapatkan lagu penuh, boleh dapatkan di twitter @qarma_musiq
 Atau terus ke http://qarma_musiq.myshopify.com

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Share this:

Disqus Comments