Komuniti blogger MEMILIH

Komuniti blogger MEMILIH

AFB.my cetus idea dan semangat berblog berterusan


Bagi mereka yang baru mengenali blog, seakan ianya nampak mudah untuk menulis. Namun, ianya bukanlah semudah yang di sangka.

Kenapa menulis blog?


Ada yang berpendapat, menulis blog ni nak menunjuk sesuatu kepada orang lain.

Ada pula yang berpandangan, ianya boleh di jadikan suatu perkongsian ilmu, pengalaman mahupun pendapat.

Dan ada pula yang menulis blog kerana ingin menyebarkan cerita panas yang mana isinya hanyalah sesuatu yang negatif, memanipulasi mata pembaca dengan tajuk-tajuk yang mengelirukan.

Biar apa pun pandangan kita terhadap blog ini, sepatutnya ianya perlulah ke jalan yang positif. Biarlah ianya memberikan impak yang positif kepada pembaca.

Perlukah komuniti blog?


Jika di tanya kepada mereka yang menulis blog, perlukah adanya komuniti blog?

Ada sesetengah yang suka berjalan sendiri. Ada pula yang selesa berkomuniti. Apa pun pilihan mereka, setiap satunya ada pro dan kon.

Untuk menulis blog secara konsisten, bagi Abe We, adalah lebih baiknya jika kita memilih komuniti blog.

Berdasarkan pengalaman, menjadi penulis lone ranger tanpa arah, tujuan dan ilmu amatlah sukar. Dan ianya akan di akhiri dengan tanda NOKTAH.

Namun, bilamana anda mempunyai komuniti, semangat anda dan sedikit ilmu dari rakan komuniti bakal menjadikan penulisan anda konsisten. Ianya seperti minyak yang di curahkan ke atas api.

Berkomuniti tetapi membawa diri


Dalam dunia dan istilah berkomuniti, apabila seseorang itu mula masuk sesuatu komuniti, secara tidak langsung kita akan bersosial.

Namun jika kita masih tidak boleh membawa diri di dalam komuniti, kita akan di pinggirkan.

Kenapa kita harus membawa diri sedangkan kita telah berkomuniti.

Dan aspek inilah yang di pegang oleh komuniti blog. Anda tidak harus mendiamkan diri sahaja. Tidak bermaknalah anda memasuki komuniti itu jika hanya memerhati sahaja.

Dan jangan terkejut jika anda secara automatik di singkirkan.

Komuniti blog memilih?


Jawapannya YA.

Komuniti blog memang memilih. Kenapa harus memilih?

Secara logiknya, bila kita berkomuniti, anda datang dengan sebuah imej. Imej apakah yang anda tonjolkan?

Perlukah anda datang kepada seseorang dengan memakai topeng dan memperkenalkan diri anda kepada seseorang?

Inilah antara imej yang di sampaikan ketika berkomuniti.

Atau, sudahlah anda bertopeng, anda lebih banyak berdiam diri dari berbicara.

Bagaimana ahli komuniti anda ingin berinteraksi?

Mungkin ada yang terasa hati apabila mereka tersingkir tanpa sebab yang konkrit.

Bagi mereka, ianya tindakan yang tidak beretika.

Namun harus di ingati, bila kita secara tidak langsung berkomuniti, penonjolan diri untuk lebih di kenali mesti ada. Tidak perlulah kita untuk terus hidup di dalam bilik yang gelap lagi.

Peluang yang baik di dalam komuniti blog


Setiap komuniti blog mempunyai kekuatan masing-masing yang di bina akar umbinya.

Tidak di nafikan, akar umbi yang kuat dapat mencorak keberkesanan komuniti itu di samping kekuatan mental pengasasnya.

Dan setiap komuniti itu di asaskan oleh mereka yang mempunyai ideologi, falsafah dan kekuatan mental yang utuh yang mana mampu membimbing ahlinya yang mempunyai sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan gelagat.

Membuat duit hasil dari blog memang menjadi pilihan. Ada yang masuk ke sesuatu komuniti hanya untuk memenuhkan poket.

Ada juga yang menjadikan penulisan lebih penting di samping menjana pendapatan.

Tak salah kita menjana pendapatan melalui blog kerana ianya adalah hasil penat lelah, komitmen dan titik peluh kita.

Mungkin suatu hari nanti, kita juga boleh menjadi lebih terkenal dan glamour hasil penulisan kita.

Tetapi perlulah beretika dalam penyampaian kita.

Terima kasih komuniti Auto Feed Blog (AFB)


Entah mengapa dan bagaimana Abe We boleh menyertai komuniti ini.

Secara jujurnya, pada masa itu Abe We mengendalikan blog berniche sukan. Dan dengan menyertai komuniti ini, di harapkan adanya peningkatan dari segi pengunjung.

Namun, blog berniche sukan amatlah sukar untuk di komen kerana niche sukan ada penggemarnya tersendiri.

Dan dari AFB ini, tercetusnya wayneharraz.com.  Blog yang kerdil jika hendak di bandingkan dengan blog di luar sana.

Komuniti ini pada mulanya kecil sahaja. Peneraju utamanya sangat berkaliber. Hasil pengalamannya, dia mampu membina empayar yang kini meningkat naik. Wahh...dah puji ni, harap-harap ada saguhati lah untuk kita nanti.

Di pendekkan cerita, berkat memasuki komuniti ini, komitmen dan konsistensi untuk menulis itu ada.

Semangat yang tidak luntur yang sentiasa di bakar oleh ahlinya. Bukan hadiah wang ringgit yang di janjikan, tetapi semangat menulis itu yang diterapkan.

Bak bait-bait lagu Ramli Sarip, aku menulis bukan kerna harta...

Sekian sahaja coretan Abe We di malam ini. Oh ye, bagi mereka yang ingin menyertai komuniti AFB.my, bolehlah tinggalkan komen atau menghubungi Abe We. Banyak yang kita boleh berkongsi.

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


12 comments

avatar

Wahh abe we.. penulisan yg mantopp.. ehemm nak saguhati? Kita bincg naa dlm group afb.. hihi..

Balas
avatar

Semakin bagus penulisan abe we.. Terbaik. Dan bersahaja.. Yerus maju beraama komuniti blog dianggotai.

Balas
avatar

Setuju apa ewan kata... Semoga kita menjadi blogger yang bermanfaat...berjaya dalam apa jua bidang yang kita pilih..stay together..berjaya bersama2

Balas
avatar

Menulis utk berkongsi maklumat..dpt pendptn melalui blog,itu BONUS..

Balas
avatar

hee~ ntah.. kakak nak kata memilih pun tak.. tengok niche jugak le..

Balas
avatar

Terbaiklah ewan. Memang kena kenal semua ahli komuniti.kalau tak mmg bawa haluan sendiri.

Balas
avatar

baiklah abe we.. hehehe

Balas
avatar

pandangan yang bernas.. di sudut yang lain.. tetapi dalam komuniti jugak kita kena pandai sesuaikan diri

Balas
avatar

tq abe we, penulisan yang bagus terutama orang baru cam cik mijah. Rasa sangat bertuah dapat join AFB.

Balas
avatar

Terbaik abg ewa..
AM yang baru berjinak-jinak pun dah mula terbakar semangat untuk terus menulis untuk tatapan sahabat pembaca2 semua..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Balas
avatar

Betul... setuju dengan pendapat Abg We jika berkomuniti kena pandai sesuaikan diri..

Balas
avatar

macam mana nak join komuniti ni yer... perkongsian menarik dari abg we.

Balas

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.